Hokkaido Cheese Tart, Hokkaido Cheese Tart Murah, Hokkaido Cheese Tart Sedap,

hai assalammualaikum

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Hokkaido Baked Cheese Tart - Selalu nampak orang post makan Hokkaido Baked Cheese Tart ni, sedap ke? Tengok besar, macam sedap. Selalu nad makan cheese tart yang jenis kecik-kecik tu, memang tak berhenti makan. Mengandung ni, tiba-tiba teringin pulak nak rasa Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Haritu pergi Setia City Mall, nampak kedai Hokkaido ni, apa lagi beli la.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Masa ni ada 4 perisa je. Original, coklat, dua perisa baru matcha azuki, tak tau perisa apa, dan perisa durian.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Nad pilih, original, coklat memang wajib dengan durian. Nak rasala macam mana kan. Sedap ke. Bentuknya dalam gambar nampak je besar, tapi dia sedang-sedang je. Harga pun boleh tahan. Nad beli 3 jenis ni RM 14.43 campur dengan gst 0.83 jadi semuanya RM15.30..huhuhu..sekali sekala nak rasa takpe..baby nak rasa..hahaha.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Balik tu, kongsi dengan kakak nad. Gigit la kecik-kecik..hahaha. Yang ni original. Rasa ori la, hanya cheese. Okla, tapi sebab dia besar, jadinya macam sikit je isinya. Nad ni bukan suka sangat makan cheese, jadi cepat muak.

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Yang ni perisa coklat. Ada kacang atas dia. Hah coklatnya sedap. Tapi cair pulak coklat dia. Tapi bolehlah..

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

Yang ni pulak perisa durian. Memang ada rasa dan bau durian. Biasa je rasa dia. Nak kata teruja, takdela teruja sangat.

Antara Hokkaido dengan cheese tart kecik tu, nad lebih suka makan cheese tart kecik tu. Sebab isinya padat, lepas tu makan terus masuk mulut. Memang semua dapat rasa. Bila makan Hokkaido Cheese Tart ni macam, tak berapa sedap sangat,mungkin tartnya yang cepat rapuh, isinya tak berapa penuh atau padat. Takpe sekurangnya dah rasa..hahaha. Lepas ni takde kempunan lagi.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours