Spageti Carbonara, Cara Mudah Buat Spageti, Spageti Sedap

hai assalammualaikum

Spageti Carbonara Yummy - Hah!!, dah beberapa hari makan lontong je, makan ayam je, dah naik muak dah..hahhaa. Jadinya malam semalam kita tukar menu pulak ye. Kita makan, makanan western. Ada juga makanan goreng, macam mee goreng , yela keluarga besar, tak semua orang suka makan spageti kan. Tapi bila kuah spageti sedap, habis juga makanan western ni ha..hehehe.

Spageti Carbonara, kakak yang suruh buat, dia beli barang, tapi nad yang disuruh masak. Okla, tak susah pun buat spageti, sebab bahan semua yang dah siap sedia dalam botol. Ko tinggal campak-campak je. Selesai.

RESEPI SPAGETI CARBONARA

Ok,ni la bahan-bahannya:
- Prego Carbonara mushroom
- Sos cendawan Cambells
- Spageti
- Sosej dipotong bulat
- Ayam dipotong dadu kecik

RESEPI SPAGETI CARBONARA

Bahan dalam bekas ni ialah
- 2 biji bawang merah besar
- 4 biji bawang putih
- 1 sudu origano
- 1 sudu black pepper

Cara membuatnya:
- Rebus spageti sehingga menjadi mee. Dah siap, toskan dan bubuh di bekas lain.
- Tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau. Dah naik bau, masukkan sosej dan ayam pula sehingga nampak masak. Jangan masak garing kuning ye..hahaa.
- Dalam 3 minit, masak ayam dan sosej, masukkan Prego Carbonara dan Mushroom Campbells. Dikacau sehingga sebati.
- Masukkan black pepper dan origano.
- Masukkan air sedikit, kacau dan tunggu sehingga nampak kuahnya pekat,.
- Dah pekat boleh angkat. Siap.

RESEPI SPAGETI CARBONARA

RESEPI SPAGETI CARBONARA

Boleh dihidangkan. Maaf gambar tak cantik, sebab dah lapar..hahaha. Habis kau, spagetinya..anak kita Fariza memang tak yah cakapla, dia memang suka.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours