hai assalammualaikum

Brownies Dan Nutella Cheese Tart Dari Fanabakes - Sejak kebelakangan ni, kerap juga brownies lalu dekat timeline, tak kiralah facebook, instagram, twitter pun ada. Kita ni dahla memang tekak suka manis-manis masa mengandung. Suka kek yang berunsur coklat. Bila ramai yang post,mulalh kita terliur nak makan. Tengok yang post semua jauh-jauh belaka, takde delivery Kuala Lumpur area Pandan Jaya. Sedih dah rasanya.

AKHIRNYA DAPAT JUGA BROWNIES DARI FANABAKES
Nutella Brownies

Jadinya kita carila orang jual kek brownies yang berdekatan dengan rumah nad. Akhirnya jumpa juga satu instagram yang jual brownies dekat area KL. Mula-mula dm, tanya harga sekian-sekian. Ok dia balas. Lepas tu, tak agak, nak order. Masa tu tak berbalas juga, takpela mungkin tengah cuti deepavali. Tunggu jela, sambil-sambil tengok orang post kek brownies ni, kek coklat. Meleleh weii..paham-paham jela bila mak, buyung dah ngidam.

Nutella Cheese Tart

Dan lepas tu, nasib dia balas. Dia kata suh whatsup, cepat sikit. Okla, nad whatsup terus. Dan cakap nak order nutella cheese tart. Teringin nak brownies, tapi order nutella cheese tart, hahahha..sebab harga nutella cheese tart murah. Tu pun kesukaan nad cheese tart ni. Tengok brownies, macam besar, tapi lepas tu dia cakap, dia ada jual brownies murah dengan harga RM20..huisshh apa lagi kita pun orderla, nutella brownies. Harga untuk nutella cheese tart RM 10 / 25 pcs.

Lepas tu cakap ada delivery tak. Dia cakap takde, self pickup. Okla takpela, sebb tempat selfpickup pun dekat KTM Angkasapuri. Dekat la juga dengan rumah. Cakap dengan Mr Mafia, dia ok, takde keje masa tu. Kalau dia cakap tak ok, mesti sedih weiii...dahla ngidam giler-giler.

AKHIRNYA DAPAT JUGA BROWNIES DARI FANABAKES
Akhirnya dapat juga apa yang diidamkan

Bila dah dapat Nutella brownies dan Nutella Cheese Tart dekat tangan, allahu, bestnya. Balik tu, biasalah, ambil gambar lepas tu terus makan..hahahhaa. Sedap memang sedap. Nutella cheese tart comel-comel je, masuk satu terus dalam mulut. Fariza pun suka. Tak manis sangat, memang sedapla. Brownies pun sedap. Tak manis, memang ngam-ngam la. Hishh..hilang keinginan tu..hehehe..sebab dah dapat.

Korang boleh la usha
Instagram : Fanabakes
Whatsapp : 017-4342950
Facebook Page : Fanabakes
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. wah nampak sungguh menyelerakan. nnti leh la try

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  3. meleleh air liur tengok brownies and nutella cheese tart tue..nampak sedap betul. Nanti boleh la cuba..

    ReplyDelete
  4. Bestnya perasaan bila dapat penuhi keinginan kan? Bak kata org putih 'craving satisfied' gituuuuu. Hehehehehe. Sorry lambat balas sebab memang busy sngt2 dengan orders, pastu DM tak keluar notification. Tu yg suruh whatsapp tu. Hihihi. Cepat sikit kan.

    ReplyDelete