hai assalammualaikum

Hari Minggu Mereka : Sepahkan Rumah Nenek - Semalam nad balik kampung sebab rumah saudara ada majlis cukur jambul anak dia. Tidurla semalaman dekat kampung. Bukan main seronok Fariza dapat jumpa sepupu dia. Bila dah dapat jumpa, main pun dah tak ingat dunia. Celik mata je, terus main. Budak-budak kan, tau main je. Dah penat, tau la lapar nak makan, nak susu.

Harini, Fariza dengan sepupu dia syok pulak main kan. Nad pulak dalam bilik, tengah online. Tak kisahla dengar Fariza dengan sepupu baya dia sorang ni bermain, terkekek-kekek. Ada pulak sorang anak buah setahun pun join. Tapi nad tak tengok pun, layan online jap..hahaha.



Sekali adik ipar balik, ayah budak setahun tu, dia cakap " kak tengok ni ". Nad keluar lala..Allahuakbar, mengucap dalam hati sambil ketawa..hahaha. Adoii budak-budak ni, habis bedak dibuat mainnya. Yang lagi parah, habis lantai rumah nenek, kotor oiii..Bedak dengan mereka tak boleh dipisahkan. Yang buka bedak ni baju merah tu..ayoyo..ingat main ape la.

Masa ni pun nenek tengah tidur. Jadi sebelum nenek bangun, kasi bersih la tempat ni. Suruhla anak buah perempuan bersihkan..hahaha.



Suka diaorang kan. Habis muka Fariza macam hantu. Adoiilaaa..Ceria betul hidup mereka kan. Main, sepahkan. Kena marah buat muka comel dan tak bersalah. Pastu main lagi dan lagi..Hidup penuh warna warni sekarang. Masih enjoy dengan kehidupan waktu kecil ni. Tak tau lagi pancaroba kehidupan ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours