hai assalammualaikum

Fariza Main Futsal - Dari sebelum ada anak, sampai Fariza dah ada, memang akan teman mr mafia pergi main futsal. Tapi takdela selalu, bila rasa nad nak pergi, baru Fariza pun pergi. Memang best bawak Fariza teman daddy dia main Futsal, sebab dia enjoy main sekali. Pulak tu, kadang jumpa kawan baru. Dia pun suka berkawan dengan sesiapa pun tak kira la budak kecik ke atau orang besar.




Ingat lagi masa dia kecik ni, masa bambam, ikut daddy main futsal. Suka dia..heehe..Bola dengan pipi dia dah sama besar..hahahaha.

Haritu, dapat pergi temankan daddy lagi. Suka dia. Pergi sana siap bawa bola dia sekali, bawa air dia. Memang bawa barang dia semua biar dia tak bosan. Sampai tempat futsal happy giler dia. Sebab nampak orang main bola, terjerit-jerit. Dia pun ikut jerit..hehehe..




Lepas tu, nak masuk pulak dalam padang futsal. Dia yang tak sabar nak masuk dalam padang futsal. Sibuk ajak daddy dia suruh masuk dalam tu. Bila dapat masuk, sukanya dia. Dapat main bola dalam tu. Bagila dalam beberapa minit sebelum daddynya start nak main dengan kawan-kawannya. Bila dah puas dia keluar sendiri.


Lepas daddynya main, dia nak masuk lagi. Aduh..part ni paling parah, sebab dia nangis-nangis nak masuk..haaha. Tak boleh nak oiii, orang besar main..kang awak terpelanting kena bola. Memang nad kena pujuk, carila apa benda yang ada depan mata.Ajak kira botol air la, ajak menulis, tengok phone. Jalan sekejap je. Lepas tu dia nak jalan-jalan. Ikutla dia jalan-jalan.

Nampak bola, hah!!main bola besar tu dekat luar. Tengah mengandung, layan anak macam ni, memang mommy sihat juga..hahaha.



Nad memang galakkan mr mafia bersukan dari dia duduk rumah takda buat apa. Dari dia duduk edit je. Tak sihat. Kalau bersukan kan sihat tubuh badan. Bagi badan tuff sikit. Kalau anak nak ikut main futsal pun takpela..tapi jangan jadi ganas sangat..hahaha. Sebab dulu nad pun suka main futsal...heehe.


Bersuka untuk kesihatan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours