SELAMAT HARI LAHIR FARIZA

in , by Nadia Johari, 22:47:00
hai assalammualaikum

Fariza Dua Tahun - Semalam 23 Oktober hari lahir anak sulong kita, siapa lagi kalau bukan Fariza Nafisah. Setiap hari kira umur dia, nak tengok dia membesar..hahaha. Semalam dia dah dua tahun. Ya Allah, macam baru haritu nad lahirkan dia. Bawak dia dalam kandungan selama 9 bulan lebih. Terlbih overdue, Fariza taknak keluar dari perut mommy. Pertama kali rasa sakit nak bersalin. Pertama kali masuk labour room. Pertama kali meneran nak keluarkan anak. Semuanya pertama kali bagi nad. Dan paling tak sangka, pertama kali kena jahit dua kali sampai kena masuk operation. Memang pengalaman yang takkan dilupakan.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Fariza selepas keluar dari perut mommy

Tak susah pun nak keluarkan Fariza dari perut mommy. alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ni la Fariza masa lahir. Muka suci murni je..hehee. Comel je. Geram mommy. Tengokmata macam sepet. Tengok macam bulat. Bau baby best betul. Duduk hospital 5 hari, sebab masa nak keluar wad Fariza demam pulak. Dugaan datang, takpela, mommy tabah demi anak mommy. Tapi awak kuat sayang, kuat sangat. Awak dengar cakap mommy suruh kuat, suruh baik cepat, dan akhirnya kita dapat keluar hospital selepas 5 hari.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Kecik, sebab sakit

Kecik comel je awak, dah masuk sebulan. Masa ni awak sakit, asyik menangis je. Salah mommy jugak kot, sebab leher awak terkehel. Mommy tak tau nak buat apa. Badan awak kejap panas, kejap sejuk. Nasib Allah temukan dengan seorang nenek tukang urut yang tau pasal urat-urat ni. Nenenk urut, awak menangis, mommy tengok pun menangis. Mommy tau sakit, tapi nak kena baik sayang. Alhamdulillha, awak kembali sihat dengan urutan tu.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Pandang pemandangan Kl di Kl Tower

Awak semakin debab dan montel. Mommy suka tengok awak sihat sayang. Sejak tu mommy janji takkan sakiti awak lagi. Mommy jaga elok-elok. Mommy bagi susu badan biar awak sihat selalu.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Bila dah pandai

Awak makin membesar, makin lama makin pandai dan banyak akal. Pandai merangkak, pandai berdiri, pandai berjalan. sikit-sikit awak tunjuk perubahan. Mommy suka awak membesar depan mommy. Mommy puas jaga kamu sayang.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Dengan pakwa mana tu

Setahun sudah. Setiap moment tu amat berharga.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Main pasir di Pulau Pangkor

Dari setahun, sekarang dah dua tahun. Awak dah pandai cakap sikit-sikit. Dah pandai panggil mommy "mama"..tak kisahla, asalkan ada panggilan..hahaa. Dah pandai menulis, dah pandai tengok semua benda. Yang ni mommy kena jaga awak betul-betul. Mommy nak awak jadi orang yang berguna bila besar nanti.

SELAMAT HARI LAHIR FARIZA
Semoga menjadi anak yang berguna

Macam-macam reaksi awak sekarang yang buat mommy tersenyum. Bila ada benda sedih, awak yang gembirakan mommy. Awak bakal jadi kakak lepas ni. Smeoga menjadi kakak yang baik kepada adik ye. Mommy dan daddy doakan awak jadi budak baik, budak budak dengar kata, budak bijak, budak cantik dan semuanya la. Semoag Allah memberkati hidupmu. Amin.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. selamat hari ulangtahun kelahiran kedua fariza, lepas ni jadi kakak yang baik utk adik2 yer

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2