hai assalammualaikum

Selera Makan Fariza Sekarang - Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni nad tengok Fariza berselera nak makan. Kalau sebelum ni, dia memang makan, cuma memilih je. Kadang taknak makan nasi, nak ayam je, nak ikan je. Tapi sejak duduk kampung, dia nak makan nasi dengan lauk. Nad fikir, mungkin dia nampak sepupu-sepuu dia makan, dia pun makan. Risau jugak macam tu.

Tapi masa balik bandar, alhamdulillah, dia nak makan nasi dengan lauk. Kadang nak makan sendiri, kadang nak suap. Memang ada waktu dia jadi balik macam dulu, nak makan lauk je, nasi taknak. Tapi tak lama. Kadang mintak suap, nasi juga. Suka nad tengok. Sedap hati sikit bila anak selera makan. Lagi-lagi makan nasi.

Fariza ni, kalau nampak nad lauk, atau nampak nad dah siap masak, nanti mesti dia cakap " nak..nak"..masa tu terus nad akan suapkan dia makan nasi. Budak bila cakap nak, memang dia nak dan dia tengah lapar. Masa tu, nad suap memang dia nganga jela. Lepas tu cakap " nak..nak". Fariza ni senang, kadang dia bila mommy daddy dia nak makan, dia pun join nak makan. Nanti sediakan pinggan dia sendiri. Nanti dia makan la sendiri.

FARIZA BERSELERA MAKAN
Roti canai satu lagi

FARIZA BERSELERA MAKAN
Dap..dap..dap

FARIZA BERSELERA MAKAN
Cicah kari ok

FARIZA BERSELERA MAKAN
Kek pulak

FARIZA BERSELERA MAKAN
Sedapnya nengok

Lagi kalau bawak dia keluar. Dah puas berjalan memang lapar la. Mulala dia bantai makan banyak. Macam Fariza, dia selalu ikut daddy dia pergi kedai mamak. Kadang saje pergi,, kadang daddy dia jumpa kawan, dibawa fariza. Haritu mr mafia bagi gambar. Dia cakap lepas makan kek, tak puas makan roti canai. Ingat dah kenyang, rupanya tambah lagi satu roti canai kosong. Siap cicah kari. Air pulak, air milo. Jenis Fariza ni, dia makan apa sahaja.

Makanan pedas pun dia makan. Dia lagi suka. Nad perasan, dia suka makan kari, sambal, kicap gitu. Oh dengan sayur yang ada kuah, sayur sup,macam tu la. Pernah nad buat sambal, tengah cuci pinggan, dengar dia panjat kerusi makan. Tengah ambil makanan,. Tau apa dia makan??' Ikan bilis sambal..haishh budak ni.. Lagi dia sukayang mee, mihun, nasi goreng..eh semuala dia makan..hahaa

Banyak makan, lepas tu sennag berak. Hah!! Jenis Fariza memang macam tu. Kalau dah makan je, mesti berak. Tu yang letih. Tapi orang cakap, sihat macam tu. Pencernaan bagus..hahaha. Tapi nad yang letih. Sikit-sikit pergi bilik air, tunduk basuh berak dia..adoii..patah pinggang gini..hahaha. Takpela, yang penting diaupdate berselera makan. Harap-harap checkup nanti, naikla berat badan dia.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Ank ena pon susah mkn..tp klu jumpa kwn2 tgk org mkan dia nak pulak.. mungkin kt rumah feeling xsama xde kwn..huhu.. klu nk bg mkn pon kena bg dia main jdi die leka xperasan kita suap.. klu dia dah perasan nasi kita bg alamak dia geleng kepala la..

    ReplyDelete
  2. Bila anak berselera makan kita rasa seronok jer tengok nak2 kalau dia makan bertambah.. tenang hati kita ni kan Nad..

    ReplyDelete
  3. hahahaha~ comel nya !!! tak pe la anak nak makan.. tak payah risau.. yang nak dirisaukan bila anak taknak makan.. gemok la kak long nanti..

    ReplyDelete
  4. Hahahaha kak nad da la kecik comel je...hehe takpe pengorbanan seorng ibu... Yg pnting fariza sihat ~~

    ReplyDelete
  5. Cepatnya masa berlalu, dah besar dah fariza pun. Last tengok dia masa dia kecik lg. dah lama tak jumpa akak

    ReplyDelete