hai assalammualaikum

Cara Hantar Gambar Tak Pecah Di Whatsapp - Selalu kalau nak hantar gambar dekat whatsapp, selalu hantar je dekat gallery. Mula-mula tekan yang ada tanda klip, lepas tu pilih gallery. Dapat je gambar terus. Macam sama cantik je takda pecah tengoknya. Tapi sebenarnya gambar yang diterima tu pecah dan tak sama saiz dengan gamabr asal. Masa nad pergi MSMW 2017, ada kawan ajar macam mana nak hantar gambar dekat whatsaap tak pecah..hahaa. Biasalah, kita memang ketinggalan.

Cara Hantar Gambar Berzaiz Penuh Di Whatsapp

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Klik Klip

1) Klik dekat icon klip kertas tu. Kemudian dia akan keluar bermacam jenis benda iaitu document, camera, gallery, audio, location dan contact.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Tekan document

2) Lepas tu nak hantar gambar kan..jangan tekan gallery, tapi tekan dekat document. Kita fikir document nak hantar word je kan..tapi boleh juga hantar gamabr.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Pergi browse

3) Lepas tu pilih browse other docs.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Pergi Images

4) Akan keluar seperti dalam gambar, dan tekan dekat mana gambar korang tersimpan. Macam phone nad dekat Images.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Pilihla mana gambar nk dihantar


5) Lepas tekan Images, macam-macam la folder gambar keluar. Yang kita ambil guna kamera, tekan camera.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Pilih gambar

6) Keluar semua gambar yang diambil guna kamera. Pilihla gambar mana yang korang nak hantar dekat whatsapp.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Gambar dihantar ke whatsapp

7) Lepas dah pilih gamabr mana yang dihantar dekat whatsapp, dia akan terus keluar perkataan cancel atau send. Semestinya send la kan.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
selesai

8) Tadaa, gambar yang dah dihantar akan keluar macam ni dekat whatsapp. Jadi kepada group atau orang yang dihantar tu kena la download dulu.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Gambar yang dh didownload akan keluar di folder whatspp doc

9) Hah!!,jangan risau gamabr dekat mana, kalau telefon korang dah berupdate, dia akan keluar dekat folder gambar dengan nama whatsapp doc tu. Hah!!, gamabr yang dihantar guna document tadi akan keluar siap-siap dekat situ lepas korang download gamabr tadi..selesaiii..

Cara ni boleh hantar video juga tapi terhad 100mb sahaja. Bagi pengguna iOS, buka photos > pilih gambar > save to files > pilih icloud drive dan tekan add. Untuk hantar gambar, buka whatsapp > tekan tanda + > document > browse > pilih gambar.

Ok selamat mencuba.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours