Articles by "apps"
Showing posts with label apps. Show all posts
hai assalammualaikum

Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2019 Kembali - Cuti,  cuti cuti,  jom bercutiiii. Siapa tak suka bercuti kan.. Setiap hari kena kerja, kerja dan kerja,  penat minda,  penat badan, penat segalanya. Anak pulak, penat otak asyik belajar je. Jadi, sekali sekala kenalah rancang bercuti untuk rehat dan tenangkan fikiran. Tak kisahla bercuti luar negara atau dalam negara, asalkan dapat luangkan masa bergembira dan bersuka ria untuk diri sendiri atau bersama keluarga.


Seronok bila dapat bercuti, tengok tempat menarik, dapat makan makanan tempatan dan part paling seronok mestilah shopping...hehehe. . Sebelum seronok nak buat semua tu, selalunya kita akan rancang dulu percutian semua, supaya berjalan dengan lancar.

Selalunya, kalau rancang percutian ni mestilah kita nak bercuti secara jimat. Tengok duit poket kita,  tengok budget kita supaya tak berlebihan, rancang secara berhemah. Setiap kali nak bercuti, kita hanya buat research tempat menarik yang kita nak pergi,  sebenarnya korang pun kena research tentang kos lain seperti kos penginapan, kos pergi balik,  dan macam-macam lagi la. Lagi yang bercuti dengan keluarga,  memang kena rancang dengan teliti.

Traveloka Saleabration dan Matta Fair 2019 Kembali

Nad dengar Matta Fair 2019 akan bakal tiba beberapa hari lagi, hah mesti korang tertunggu-tunggu kan, lagi-lagi yang memang tengah rancang nak bercuti tu. Tak sabar nak dapatkan pelbagai diskaun menarik untuk mereka pergi bercuti seperti diskaun penginapan,  diskaun tiket kapal terbang dan pakej pelancongan dalam dan luar negara.


Kalau dah namanya Matta Fair,  semestinya orang ramai berpusu-pusu datang nak tengok, berebut-rebut nak dapatkan pakej menarik percutian,  memang penuhla Matta Fair tu. Macam nad,  memang tak dan nak pergi,  dengan anak lagi semua. Tak terdaya nak mendukung budak seorang ni. Nak suruh suami pergi sendiri,  memang tak la dia nak pergi,  sebab dia tak tau nak pergi mana,  nak pikih apa. .hahahha. Selalunya kalau bab bercuti ni,  kitaorang akan berbincang bersama-sama.

Tapi, nad tetap tengok dan cari promosi untuk bercuti kali ni. Mana lagi, kalau bukan Traveloka. Traveloka pun ada buat Saleabration sempena Matta Fair Promo ni,  jadi usah bersedih ya kalau tak dapat pergi Matta Fair. Traveloka Saleabration,  sama je seperti Matta Fair, menawarkan pakej menarik dengan promosi berbaloi dari kos penginapan,  kos tiket penerbangan,  korang boleh je dapat tawaran murah, boleh je dapat diskaun daripada harga biasa. Tak sabar ni nad nak tengok promosi apa yang ada dekat Traveloka Saleabration nanti. Nak booking untuk percutian tahun ni.

Setiap kali nak bercuti,  nad memang akan usha Traveloka. Semuanya dihujung jari, sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga.  Cara ni pun dapatla suami isteri berbincang dengan tenang, dekat rumah sambil tengok pakej murah,  yang berkenan di hati..hehehe.





Kali ni,  teringin nak bercuti ke Langkawi. Dah lama betul tak jejak Langkawi ni. Last dulu pergi masa waktu belajar. Langkawi sekarang banyak tempat menarik,  sesuai untuk percutian seisi keluarga.

Dataran Langkawi yang ada Helang besar tu memang wajib pergi. Port untuk bergambar. Naik brigde dekat Langkawi pun best,  ada lagi gambar zaman muda dulu dekat bridge ni..Datang ke bridge ni jangan pergi waktu kabus,  kang tak nampak jalan. .hehehe. Cable car tu pun syok. Boleh tengok pemandangan dekat Langkawi. Dulu zaman muda pernah la naik, gayat la juga. .Hehehh.. Teringat kawan sampaib erduduk naik cable car tu..hehhe. Kali ni nak pergi dengan keluarga pulak.


Salah satu tempat yang nad nak pergi pantai Langkawi ni. Haritu nampak kawan post gambr dia pergi Pantai Chenang Langkawi ni,  terus dalam hati,  wah Langkawi ade pantai la...Memang kena pergi ni. Cantik betul pantai dia.


Takkan mak dengan bapak je gembira kan,  mestilah nak bagi anak-anak gembira juga. Tempat nad nak bawak anak-anak ialah tengok hidupan laut di Underwaterworld Langkawi. Tengok tempatnya macam besar. Banyak hidupan laut dekat situ. Takdela diaorang bosan kan,  Fariza mesti suka giler. Adik pun dah mula bagi reaksi bila tengok binatang ni.


Lagi satu tempat nad nak pergi 3D museum. Gambar macam betul-betul terkeluar. .hehehe. Dekat sini ambik gambr dengan anak-anak memang best ni.

Memang banyak lagi tempat dekat Langkawi ni. Lagi tempat shopping. Shopoing pinggan mangkuk, shopping coklat.. Perghh. .memang syurga dunia betul datang sini. Tapi jangan ikut nafsu kalau shopping,  kang tak tau nak sumbat mana kan. .hehehe. .

Untuk percutian kali ni,  nad teringin juga nak merasa naik kapal terbang walaupun dalam Malaysia. Senang dengan Traveloka sebab ade tiket penerbangan ulang alik ke setiap destinasi yang kita nak pergi. Boleh pergi bila-bila masa sahaja. Nak booking awal dulu pun boleh.

Traveloka pun ada penerbangan dan penginapan dalam satu platform. Jadi takdela susah-susah nak cari banyak tempat. Memang setiap kali nak bercuti,  nad usha Traveloka untuk booking hotel dengan harga yang murah. Kita ni, kalau boleh nak bercuti biar stay di tempat yang selesa dan tenang dengan harga yang berbaloi. Nak guna apps dia pun mudah dan senang.

Banyak kelebihan tempah dengan Traveloka ni, antaranya, ia tiada harga tersembunyi. Harga yang dipaparkan,  tu la harga dia sebenar. Harga yang ditawarkan juga lebih murah. Boleh jimat banyak tau. Antara hotel nad pernah duduk dengan harga murah menggunkan apps Traveloka, Hotel Kinta River Ipoh.

Traveloka ni,  promosi dia berterusan,  selalu je akan ada promosi dari semasa ke semasa.  Hah, banyak kelebihan Traveloka ni,  korang jangan lupa download apps dia. Memang berbaloi guna Traveloka kalau nak bercuti. Traveloka Saleabration akan datang beberapa hari lagi ni. .haishh nak pergi bercuti ke Langkawi ni.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Traveloka Sale-abration atau promosi lain, korang boleh lawati laman sesawang Traveloka di www.traveloka.com





hai assalammualaikum


Aplikasi Cannis Bakal Disenaraikan Dalam Nasdaq Menjelang 2021 - Korang pernah dengar berkenaan Cannis App? Nad ada terbaca pasal cannis ni dekat blog kawan. Tengok macam menarik Cannis App ni, sebab ia mengabungkan 7 dalam 1 fungsi dalam satu apps. Bagus kan, sebabnya kita ni memang suka guna apps-apps ni macam shopping, chat dan macam-macam lagi. Penuh pulak telefon bila banyak apps ni. Bila dapat tau pasal Cannis app 7 dalam 1 ni, lagi kita nak tau lebih lanjut kan. Nad dah install app tu dekat google store, sekarang tengah tengok-tengok macam mana dia berfungsi. Nad dapat tau, aplikasi Cannis bakal disenaraikan dalam Nasdaq menjelang 2021..Woww!!..

"Bintang Terhebat yang Akan Bersinar di Nasdaq ~ Cannis"

Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.


Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.


Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.

"Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.


Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun.

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.


Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti yang digabungkan dengan Mod O2O

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.


Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.


Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App.

Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.

Korang pun boleh install aplikasi Cannis ni, dan tengok macam mana fungsi dia ok.
hai assalammualaikum

Mudahnya Email Gambar Dan Video Menggunakan Wetransfer.com - Nak mudah, memang apa-apa email nad akan tengok dekat apps email je yang ada dekat phone. Semua email nad balas dekat phone ni. Tapi masalah nad setiap kali nad sent video dekat email, mesti tak lepas disebabkan besar. Video selalunya untuk job, kadang ada klien mintak tolong email untuk tengok dulu video tu sebelum diapprove.

Bila email je video, pulak tu tak boleh, terpaksala transfer dekat dropbox pastu baru boleh sent video tu dekat email. Takpun transfer ke laptop, masukkan dalam dropbox pulak, baru boleh sent email video tu. Kadang dropbox pula penuh storage. Masalah lagi. Banyak kerja pulak, yela nad ni dengan nak uruskan anak semua. Semua video memang dalam phone, nad edit pun guna phone.Nak kena cari jalan penyelesaian macam mana nak sent video dekat email secara mudah.


Wetransfer.com Apps Hantar Video Dan Gambar 


Nad baru tau satu apps ni,memudahkan kita sent video dekat email secara mudah. Tu pun klien yang bagitau. Kihkihkih. Kalau tak sampai ke sudah tak tau. Apps yang memudahkan kita sent video atau gambar dekat email walau saiz besar,nad guna apps Wetransfer.com

Jadi nad pun nak cuba pakai apps ni. Nad download dekaf playstore. Lepas download biasalah kene register bagai. Tapi sekejap je. Mudah je.



Dah selesai, terus boleh guna. Buka je wetransfer tu, dan pilih gamabr atau video yang korang nak sent email.



Lepas dah pilih, akan keluar korang nak hantar email dekat siapa. Tulis la gamabr   atau video tu untuk apa.

Lepas tu, tekan perkataan transfer tu.


Nanti dia tunjuk macam dalam gambar tu. Kira dia tengah hantar la tu. Sampai la 100%.


Bila dah transfer selesai, dia tunjuk macam gambar dekat atas. Maknanya dah sent email dekat orang yang korang nak hantar tu.

Nanti orang tu akan terima, dan download la video atau gamabr kita bagi. Dia akan sent dekat email kita, so kita akan tau juga. Mudah kan. Cubalah korang.
hai assalammualaikum

Cara Hantar Gambar Tak Pecah Di Whatsapp - Selalu kalau nak hantar gambar dekat whatsapp, selalu hantar je dekat gallery. Mula-mula tekan yang ada tanda klip, lepas tu pilih gallery. Dapat je gambar terus. Macam sama cantik je takda pecah tengoknya. Tapi sebenarnya gambar yang diterima tu pecah dan tak sama saiz dengan gamabr asal. Masa nad pergi MSMW 2017, ada kawan ajar macam mana nak hantar gambar dekat whatsaap tak pecah..hahaa. Biasalah, kita memang ketinggalan.

Cara Hantar Gambar Berzaiz Penuh Di Whatsapp

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Klik Klip

1) Klik dekat icon klip kertas tu. Kemudian dia akan keluar bermacam jenis benda iaitu document, camera, gallery, audio, location dan contact.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Tekan document

2) Lepas tu nak hantar gambar kan..jangan tekan gallery, tapi tekan dekat document. Kita fikir document nak hantar word je kan..tapi boleh juga hantar gamabr.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Pergi browse

3) Lepas tu pilih browse other docs.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Pergi Images

4) Akan keluar seperti dalam gambar, dan tekan dekat mana gambar korang tersimpan. Macam phone nad dekat Images.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Pilihla mana gambar nk dihantar


5) Lepas tekan Images, macam-macam la folder gambar keluar. Yang kita ambil guna kamera, tekan camera.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Pilih gambar

6) Keluar semua gambar yang diambil guna kamera. Pilihla gambar mana yang korang nak hantar dekat whatsapp.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Gambar dihantar ke whatsapp

7) Lepas dah pilih gamabr mana yang dihantar dekat whatsapp, dia akan terus keluar perkataan cancel atau send. Semestinya send la kan.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
selesai

8) Tadaa, gambar yang dah dihantar akan keluar macam ni dekat whatsapp. Jadi kepada group atau orang yang dihantar tu kena la download dulu.

CARA HANTAR GAMBAR TAK PECAH DI WHATSAPP
Gambar yang dh didownload akan keluar di folder whatspp doc

9) Hah!!,jangan risau gamabr dekat mana, kalau telefon korang dah berupdate, dia akan keluar dekat folder gambar dengan nama whatsapp doc tu. Hah!!, gamabr yang dihantar guna document tadi akan keluar siap-siap dekat situ lepas korang download gamabr tadi..selesaiii..

Cara ni boleh hantar video juga tapi terhad 100mb sahaja. Bagi pengguna iOS, buka photos > pilih gambar > save to files > pilih icloud drive dan tekan add. Untuk hantar gambar, buka whatsapp > tekan tanda + > document > browse > pilih gambar.

Ok selamat mencuba.

hai assalammualaikum

Facebook Kena Locked Sementara - Sejak beberapa minggu, nad memang jarang bukan facebook. Tiba-tiba semalam nak buka facebook, yela, nak tengok apa yang terbaru dekat facebook dan nak post something dekat facebook. Dah lama kan tak buka facebook, rasa lain macam bila tak buka.


Jadi malam semalam nak buka facebook, tiba-tiba keluar ayat macam dalam gambar. Dia cakap facebook akaun nad kena temporary locked sebab dikatakan ada attack dari " phishing". Nad memang tak cuak, sebab sebelum ni nad pernah kena macam ni. Beberapa kali jugakla kena. Masa pertama kali kena, memang cuak, tapi ni kali ke berapa ntah dah tak cuak..hahaha. Tapi terkejut juga sebab kali ni buat tak menjadi..adoii..nangis kejap, tak boleh tidur dari semalam.

Selalunya, keluar gambar tu,, nad tekan continue.Lepas tekan continue, macam pertama kali kena, nad kena tukar pasword. Banyak kali juga kena..dah sampai empat kali tukar pasword.

Kali kelima kena, bukan pasword dah..tekan continue, dia suruh buat pilihan sama ada
- pilih kawan daripada kawan yang ditagged yang ditunjuk
- pilih recent comment timeline facebook




























Antara dua ni, nad pilih kawan yang akan ditagged. Senang sikit sebab nad kenal kawan-kawan nad ( contoh gambar di atas. Maaf madi, kuar gambar u. Masukkan dalam blog ni..nak bagi contoh ). Masa buat tu nasib nad kenal semua kawan yang di tag. Selesai semua lima gambar keluar, dia ketatkan lagi security suruh tukar pasword sekali lagi. Tukar, lepas tu alhamdulillah boleh login facebook semula.


Tapi kali ni, jadi lain, lepas tekan continue gambar atas tu, dia keluar ayat cannot vrify identity. Aduh..apa nak buat ni. Dahla nak post job. Jadi pula macam ni.

Siang tu bagitau kawan-kawan blogger apa nak buat, diaorang pun cakap continue. Tapi masalahnya nad dah tekan continue, cuma dia tak boleh cam verify identiti. Diaorang suruh sabar, buat nanti semula. Nad dah tak tentu hala. Ada sorang kawan blogger nak tolong, tapi tempat opis dia kene block fb. Jadi tak dapat buat..hahaha..adoii. Jadi whastup mr mafia, suruh dia tolong.

Kot dia boleh buat dekat komputer dia. Nad dekat kampung, mungkin kat telefon tak dapat buat, dekat komputer baru boleh buat..Masa tu mr mafia tolongla. Kita pun bagila pasword dan email. Sekali mr mafia buat boleh. Dia tekan continue jadi macam pilihan atas sama ada pilih kawan atau recent comment. Jadi nad mintak dia pilih kawan yang akan ditagged. Jadi, dia hantarla gambar yang ditagged tuyang. Nad cam tiga gambar,, lagi dua gambar tak cam..arghh sudahh..risau lagi takut kena blocked terus.

Tapi mr mafia cakap, takpe ada satu lagi pilihan, dia hantar code dekat telefon kita, lepas tu tukar pasword. Nad kata ok. Lepas code hantar dekat telefon nad, terus nad bagitau mr mafia. Setel masuk code mintak masuk pasword baru. Hah!! Buat lagi pasword baru, yang ke berapa ntah.hahaha..memang kena tulis dekat buku pasword ni. Kang lupa naya nad.

Lepas tu nad cuba login semula, alhamdulillah ok. Hilang cuak nad kejap. Terika kasih mr mafia. Nasib ade suami tolong..kalau tak, muram jap kita. Fuh. Dia kata mungkin nad ada tekan link yang sepatutnya atau spam. Dia ada cakap satu apps ni, mungkin apps ni yang nad tekan dan yang spam. Sebab tu jadi gitu. Eee jahat apps ni tau. Jadinya nad mintak dia buang. Syohh..

Pesanan, jangan tekan link yang ntah apa-apa atau link yang permainan facebook.tu macam anda bakal kerja apa, berapa umur anda, eh macam-macamla.. kalau nak selamat facebook. Ni pun nad tengah nak, padam apa yang tak berkaitan dekat facebook. Takutt!!!!..

Nad baca ramai yang kena ni. Ada yang dapat diselamatkan..ada yang macam tak.
hai assalammualaikum

Sekarang semua orang pakai Instagram sebagai media sosial untuk berkongsi gambar dan juga video. Instagram digunakan sebagai tempat untuk menyimpan koleksi gambar atau video untuk dijadikan sebagai kenangan dan berkongsi dengan orang ramai. Kalau sebelum ni nak tengok video ke apa, dalam youtube, tapi sekarang dekat Instagram pun dah boleh muatnaik video, tak kisahla video apa pun, contoh macam video personal, makeup, video parodi atau video lucu lain yang menarik perhatian orang lain. Macam nad, suka masukkan video Fariza dan makeup.

Sebelum ni Instagram hanya mengehadkan penggunanya untuk upload video dengan tempoh video cuma 15 saat, tapi kini Instagram meningkatkannya menjadi 1 minit atau 60 saat. Dengan tempoh yang lebih panjang daripada sebelumnya, Tapi kadangkala, ada juga masalah nak masukkan video dalam Instagram ni disebabkan ukuran file yang sangat besar atau video HD. ada juga walaupun fail sudah kecil tapi tetap saja tidak boleh di upload ke Instagram. Stress tau..hahaa..


Biasanya apabila gagal melakukan upload video ke Instagram, dia akan cakap " Video Tidak Boleh Dikirim " atau " Video Wasn't Posted " macam dalam gambar tu. Menyampah tau tak. Kadang ada job kerja tak lepas..dah buat banyak kali pun tak menjadi..haishh..bingung masa tu.

Padahal dekat rumah ni dah guna internet WiFi. Cari google, macam mana nak selesaikan masalah ni, tengok semua orang post sama je, suruh restart, bersihkan data, masalah internet dan Uninstall dan Install Semula Instagram. Memang sama je..jadi cari lagi cara lain. Cari punya cari dan akhirnya jumpa juga.

Cara yang nad jumpa ni, nad dah cuba sendiri dan ia berhasil. Dah takde masalah nak upload video dekat Instagram. Takde lagi perkataan " Video Wasn't Posted "..huh..


Cara Video Dapat Diupload Ke Instagram Tanpa Gagal

Caranya ialah dengan menginstall aplikasi Video Converter Android di Google Playstore. Dalam banyak-banyak video Converter, nad pilih yang warna biru tu iaitu Video Compact. Nad install satu-satu tengok mana yang mudah digunakan, dan yang Video compact nad pilih ni sangat mudah.


Bila korang tekan Video Compact tu, akan keluar Trim and Compress, Batch Comression dan Convert to MP4. Tekan yang convert tu MP4, masukkan video korang yang tak dapat diupload di Instagram. Keluar perkataan seperti dalam gamabr, tekan " OK ".



Selepas tu dia akan tunjuk rupa macam ni. Ok korang tekan je bentuk " < " dibahagian atas tu dan dia akan keluar korang nak share dekat mana. Ni contoh. Kalau nak share dekat Instagram, tekan sahaja Instagram.



Lepas tu tunggu sampai habis proses.


Tadaa..settle..tengokla perbezaan dua ni..hehee..

Selesai masalah nak post video dekat Instagram tanpa gagal. Nad tak pakar bab ni, tapi nad mencuba. Mungkin orang lain lebih arif nak selesaikan benda ni dengan mudah. Ni pun nad cari sendiri penyelesaiannya. Apa guna laptop, internet , google jela..hahaa. Tanya orang nanti remeh.
hai assalammualaikum

Pokemon Go Bagus Atau Tidak? - Dah lama tak main games dekat telefon. Sebelum ni orang ketagih Candy Crush, sama gak macam nad, dulu main Candy Crush sampai rasa taknak tidur..ahhaa..Tapi sekarang nad cuma ada satu telefon je, sebab telefon lain dah macam hang je. Telefon yang ada sekarang hanya untuk kerja dan berhubung. Game?? Tiada lagi..taknak rosakkan telefon dah. Tak mampu nak beli baru. Dan taknak bagi space telefon ni penuh. Nad install benda penting je.

Sebut je game bukan saja kanak-kanak yang suka, tapi orang tua pun suka. Siapa tak suka main games. Kalau boleh 24 jam dengan main games. Sesetengah orang bagi pendapat, game sebagai hiburan selepas penat bekerja. Main Game bagi mengisi masa lapang. Game ada positif dan negatih dia. Ikut orang yang bermain tu la kan. Kalau dah sampai lalai, tak kisah kiri kanan tu dah bahaya sangat.



Setiap masa mesti akan ada game terbaru yang akan menarik orang untuk bermain. Kalau sebelum ni Candy Crush, Clash Of Clans, sekarang, yang terbaru ialah Pokemon Go. Yang nad tau, dulu ada rancangan Pokemon, binatang tu dipanggi Pikachu. Memang dulu giler la layan cerita ni. Tapi berkenaan permainan Pokemon Go ni memang nad tak amik tahu. Walaupun nampak ramai yang post dekat Facebook,Instagram, tapi entah nad tak berapa minat nak install..haha..






Tengok cara main, macam kena tangkap Pokemon, tapi entah cara tangkap macam mana pun tak tau. Siap ada tulis dekat masjid, surau banyak. Apa dia kena jalan mana-mana..ish-ish. Kang dah kalau terlebih khusyuk, parit depan mata pun tak perasan. Tak pasal-pasal terjatuh kang. Macam kes wave, kereta masuk sungai..huhuhu..Macam-macam berita boleh baca berkenaan Pokemon Go ni. Semuanya macam negatif. Tapi tak tau la kan orang yang main tu. Kena pandai-pandai kawal.




Ada terbaca dekat http://muftiwp.gov.my berkenaan hukum bermain Pokemon Go ni. Banyak pendapat yang diberikan. Semuanya bersebab. Mereka bagi pandangan mereka yang rasa boleh kita berfikir. Dah besar kan, takkan nak ngajor..hehee..Semua tu terpulang dekat korang kan.

Nad tau game ni semua memang best. Boleh main masa kita terluang. Dan nad tau, kalau nad main mesti akan lalai. Jadi nad dah lama tak sentuh game pun. Install game pun takde. Dekat phone hanya ada dua game sahaja, tu pun game block dengan game "X" dan "0" tu. Sekarang nad dah ada anak. Baik nad habiskan masa dengan anak je. Main kejar-kejar dengan anak je.


Fariza ni pun dah merayau sana sini nak dikejar. Last-last tangkap masuk box..ahhaa..diam situ..main situ..Main dengan anak amat berharga tau!!!..





hai assalammualaikum

Camera 360 Ada Apps Comel Terbaru - Lama dah tak buka camera 360 sejak kamera phone nad ni dah memang lawa..hahaha..Haritu dah buang 360 tapi install balik sebab suka-suka..hahha..Lama jugak la tak berupdate segala apps yang ada ditelefon sebab tak cukup space. Dan haritu buat pembersihan untuk banyakkan space telefon dan akhirnya update la segala apps.


Semalam terdetik nak buka camera 360. Sekali buka tengok macam biasa je. Tapi ternampak benda terbaru dekat situ. Ada subjek muka senyum..hahah..warna kuning tu. Sila tengok gambar, nad ada tandakan. Hah tekan tu nanti macam-macam keluar.


Macam-macam ada, panda ada, topi ada, mata ada..huishh macam-macamla..dahla semua conel-comel belaka. Apa lagi..anak jadi mangsala..hahaha


Bertambah comel anak dara ni bila guna apps ni..hahaha..haishh mommy excited sangat dengan apps ni.


Hah tengok kucing ni..comel kan..hahhaa


Dragon ball..hahhaa



Hah korang p la update camera 360 korang..hehhe