hai assalammualaikum

Dah Boleh Pergi Event Tanpa Fariza - Selalunya kalau ada event, nad akan bawak Fariza sekali, sebab dia masih menyusu badan, takut dia cari-cari nad. Tapi sekarang dia dah berusia dua tahun, dah alhamdulillah, dah minum susu botol, dah makan, senang nak jaga dia dah. Kalau sebelum ni, bila tinggalkan dengan daddy dia masa baby, huru hara jadinya..hahaa. Korang boleh baca entry Bila Dady Jaga Fariza. Masa ni daddynya tak reti lagi la nak buat apa-apa. Sekarang dah boleh jaga anak dah..

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Haritu nad ada event formal. Tak boleh bawak budak. Nak taknak kena mintak mr mafia jaga. Risau juga, takut dia taknak dengar cakap daddy dia, takut daddynya tak paham apa yang Fariza nak. Nak taknak terpaksa la juga tinggalkan, sampai bila Fariza nak dengan mommy kan. Bior dengan daddy seharian. Tengok apa jadi..huhu. Nad pergi event pun bukan suka-suka. Bekerja, bila dapat duit, boleh bantu mr mafia sikit. Pagi sebelum pergi tu pun dah ajar mr mafia baut susu Fariza. Yup, Fariza dah minum susu botol. Senang sikit dah sekarang.

Masa dekat event tu, mula la whatsup suami, tanya anak dah bangun belum, buat apa??, haishh semua ditanya la. Yela risau. Suami cakap dia keluar jumpa kawan, terus bawak anak, lepas anak bangun..haha. Dengan tak mandi semua..adoii la.. Lepas balik baru mandikan budak ni. Satu hal, dia mandikan dalam besen. Mau tak seronok Fariza. Sampai taknak keluar dari besen. Orang laki kalau jaga, macam tu la.

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Tadi masa keluar, diaorang singgah beli Mcdonalds. Lepas mandi, mr mafia bagi Fariza makan kentang goreng tu sambil layan cerita. Setakat dia hantar tu, ok la nad tak risau. Kiranya semua berjalan dengan lancar..hahaha. Fariza ni satu je, kalau dia dah tak nampak mommy dia dari dia bangun, ok la. Tapi kalau dia nampak mommy dia keluar, hah!!, tu biasa, memang dia akan menangis nak ikut. Sama macam daddy dia nak keluar, meraung nak ikut.

Lepas tu nad tak tau apa jadi, sebab update tugasan event. Event pulak dari pagi sampai ke malam. Event MSMW 2017. Waktu tu bateri phone pun dah habis. Powerbank pun habis..adoilaa. Nasib abik ada kawan bawak plug lebih, powerbank diaorang masih penuh. Pinjam sekejap. Lepas tu dah balik, mintak mr mafia ambil.

DAH BOLEH TINGGALKAN FARIZA DENGAN DADDY DIA

Dalam kereta tengok Fariza dah tidur. Mr mafia cakap dari dia bangun sampai petang, tak tidur. Masuk dalam kereta ni nak ambik nad, baru dia tidur..alahaii..kesian dia. Mr mafia cakap, dia nak tidur, tapi Fariza kejut ajak main..hahaa. Maknanya dia main sorang-sorangla..hahaa. Dari dalam kereta sampai ke malam, dia tidur. Bangun nampak mommy dia, mulalah keluar sifat manja dia..hehee. Kita pun layanla..memang tidur lambat dia waktu tu sebab dah tidur kan..aiyakk..hahaa.

Memang dah boleh tinggal dengan daddy ni. Tapi takda la selalu. Mr mafia pun ada keje. Tengok event juga..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. bagus mcm ni. nti lagi2 dah ada adik.. dah jadi kak long

    ReplyDelete
  2. Senanglah lps ni nad nak attend event. Tak risau dan pening kepala dah. :)

    ReplyDelete