hai assalammualaikum

Semua Budak Fariza Nak Tegur - Haritu pergi check up nad dekat Klinik Kerajaan. Terpaksa jaga Fariza sebab daddy dia ada hal. Kalau check up nad, memang nad risaula sebab kadang mood dia tak berapa baik sebab kena paksa bangun awal. Kadang dia suruh jalan-jalan sebab dia bosan bila duduk je. Tapi nasib baik pagi tu dia ok je. Sebab apa?? Sebab ramai kawan haritu dekat Klinik..syukurr..

FARIZA HAPPY IKUT MOMMY PERGI CHECK UP

FARIZA HAPPY IKUT MOMMY PERGI CHECK UP

Fariza ni peramah betul tau. Nampak je budak-budak, dia suka betul. Dia la yang tegur budak tu dulu..hahaha. Mula-mula biasala, tengok dulu budak-budak tu lari, bermain. Lepas tu pandang mommy dia, tersenyum. Nad tau dia nak join, tapi tak tau macam mana. Last-last, dia terus gelak besar, dan ikut budak tu lari..hahaa. Memang nad perasan Fariza suka berkawan. Orang cakap tak tau malu la budak ni..hahaa. Nampak kawan je, dia sebut " hai "..hahaha. Kalau ada budak yang nak berkawan dan bermain dengan dia, seronok la dia. Kadang nad kesian juga dengan dia, kadang dia cakap " hai ", atau dia tegur budak tu, tapi budak tu buat tak tau je, atau dalam hati " kenapa dia ni, nak hai-hai kita "..kesian gak..hahahha. Anak kita punya la nak berkawan..hahaha.

Haritu nad senang sikit la jaga dia, sebab dia bermain. Main sampaila nombor giliran nad dipanggil. Nasib cepat waktu tu, walaupun ramai orang. Sampai masa nombor giliran nad, nad kena la bawak Fariza sekali masuk. Takkan nak biarkan dia dekat luar main dengan budak-budak ni. Kang ke mana perginya. Nasib dia jaga kelakuan masa dekat dalam. Dia tengok apa nursenya buat dekat mommy dia. Sambil tu nad bagi pen dan kertas. Macam biasa dia akan fokus menulis..hahaa.

Lepas tu, nak pergi cek jantung baby pula. Memnag kena letak dia sekali dekat tilam nad baring tu..hahaa. Kang letak dekat meja nurse, dia ganggu barang nurse pulak. Masa nurse cek jantung baby, bunyila "dup,dup,dup "..Sekali dia dengar, terus senyum. Bunyi benda tu kan kuat..hehehe. Dia dengar,mula terkejut, dengan mulut ternganga, lepas tu senyum..hahhaa. Kita cakap " tu adik "..dia pun " dik, dik "..hahhaa..kenangan sangat ni..hehe.

FARIZA HAPPY IKUT MOMMY PERGI CHECK UP

Alhamdulillah semua ok. Entah macam mana kakak Fariza ni bila adik dia dah keluar.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Macam Rayyan semua nak tegue , alala kaklong xsbr nak tgk adik yaa

    ReplyDelete