hai assalammualaikum

King Crab, Teringin Nak Makan - Nad ni memang penggemar seafood, lagi-lagi yang bercengkerang ni. Tak kisahla udang, ketam, spesis bercengkerang yang boleh dimakan. Selalu je mr mafia beli udang dan ketam bila pergi pasar. Sebab kitaorang berdua memang suka makan seafood. Kalau takda macam tak lengkap je barang dapur basah..hahaha.


Nad selalu layan youtube orang makan king crab ni. Dah la besar, isinya padat dan penuh. Tengok orang makan, kita terliur. Kalau ketam yang kecik dah sedap, apatah lagi king crab ni. Mesti sedap oiii. Tengok kat youtube, diaorang tulis boiled seafood. Mungkin ketamnya direbus untuk jadikan dia lembut dan mudah dimakan. Yela, kukit ketam kan keras, tapi nad tengok kat youtube, senang je diaorang kopek, ada sesetengah part yang keras juga, kena guna gunting. Bila direbus dia lembut sikit.

Tengok ada orang negro makan, fuh..cara dia memamg buat kita telan air liur dan nak sangat-sangat makan. Dia ada sediakan sos yang membuatkan ketam tu jadi sedap sikit. Dalam hati " kalaula dapat ketam ni, dapat makan, bestnya "..hahaha..

Haritu pergi Mytown, shopping mall, pergi bahagian groceries, ternampak king crab ni. Pergh memang besar..tapi tengok sajer harga dia, RM200 lebih kau..hahaha..Dengan harga macam tu mampu tengok dan pegang jela sebab harga macam tu boleh beli barang dapur dua bulan..hahaha. Tapi mana tau, ada satu hari kaya sekejap, dapat makan king crab ni..hahaha..Waktu tu memang  akan ku ambil video tengah makan..hahaha..Lantak la orang cakap ape pun..hahaha..

Ada orang cakap dengan Manhanttan Fish ada jual. Tu tempat makan dalam wishlist..tapi entah bila leh pergi..miahaha..sebab tempat makan tu pun mahal gak. Tapi sekali sekala nak makan mewah tak salah..

Kakak kita pulak ajak kongsi beli. Memang fikir beribu kali weeii..Kalau beli masak tak jadi, tak best pulak kan.. Takpela, tengok orang makan jela..hahaha. Harap-harap ada rezeki makan king crab, makan lobster..memang dah lama teringin nak makan. Ada sesiapa nak sponsor..hahaha..mengandung ni..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. insyaAllah ada rezeki nanti tu.. org mengandung sellau murah rezeki kan

    ReplyDelete
  2. Saya pun peminat seafood juga.. ketam tu klu kat grocery RM200, klu siap chef masak masuk restoran ntah berapa ntah hahaa.. In shaa Allah, mudah2an ada rezeki tu nanti.. aamiin :)

    ReplyDelete
  3. mengandung kee kak nad? tahniah kak nad .. jomm p tp tggu min balik kl

    ReplyDelete
  4. InsyaALLAH ada rezeki..mana tahu dapat jemputan review king crab...

    ReplyDelete