hai assalammualaikum

Resepi Sambal Ikan Bilis Dan Petai - Haritu pergi pasar, nampak petai, tiba-tiba ada idea nak masak apa dengan petai ni. Tau-taula kalau petai dijual dengan 3 batang sekali. Tak boleh beli sebatang atau seulas ke..hahaa. Tiba-tiba idea nak masak macam-macam dengan petai ni. sebab tu beli. Kalau tak, takdanya nak beli walaupun petai ni memang kegemaran nad untuk makan buat ulam. Jadi belila 3 batang terus. Haritu ingat nak masak resepi udang sambal dengan petai, sekali udang mr mafia takda beli yang sedang, dia beli udang galah. Jadinya, kita tukar resepi, kita masak sambal ikan bilis dan petai..sedap jugak..aumm

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI
RESEPI SAMBAL IKAN BILIS DAN PETAI

Taraa..Sambal Ikan bilis yang rangup dengan petai. Sedap weii. Cili kering tu terbeli yang pedas weii..Memang berasap bila makan..hahaa. Tapi rasanya mantoppp. Meleleh hingus keluar. Lidah terjelir-jelir sebab pedas. Ikan bilis tu rangup sebab nad goreng dulu. Tu yang sedap. Petai pulak, selalu nad makan buang kulit, kali ni nak cuba masak dengan kulit. Orang kata masak petai dengan kulit ni bagus. Memang sedap juga petai dengan kulitnya. Pergh memang terbaikla sambal ikan bilis dan petai nad buat ni..hahaa. Mr mafia pun cakap sedap, sampai tambah dua, tiga kali..tapi nad masak nasi sikit je. Sebab kadang nasi tak habis, kadang habis. Susah nak paham mr mafia ni, ntah bila lauk kita sedap, dengan tak sedap..huhuhu..

Ni cara nad buat. Bahan-bahannya
- Segenggam ikan bilis. Ikut la keluarga korang banyak mana.
- Petai dibelah dua
- Cili kering yang dah direbus dan diblender
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- belacan sedikit
- Air
- Garam dan gula

Cara membuatnya
- Goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan ikan bilis.
- Potong bawang merah, bawang putih. Kemudian ditumbuk sehingga lumat.
- Panaskan bawang yang sudah ditumbuk dan masukkan cili yang sudah diblender, gaul sehingga masak sambal.
- Masukkan air sedikit, garam dan gula. Yeaa nad tak guna asam jawa atau asam keping macam mak ajar masak sambal. Sebab rasanya akan lain dan mr mafia tak suka..pernah buat..hahaa.
- Bila sambal dah masak dan nampak kering sedikit, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi dan petai sekali. Gaul bagi sebati.
- Dah sebati sambal dengan ikan bilis dan petai, siap la dihidang. Boleh makan..hehee

Selamat mencuba.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. dapnyerr..meletop2 petai dlm mulut... hihi makan tu jer ngan nasik panas2..dahh..x yah lauk lain..hehehe

    ReplyDelete
  2. waduh kena cuba ni. nampak mengiurkan..

    ReplyDelete
  3. BUat sambal ikan bilis petai suami suka sangat ni febret dia

    ReplyDelete