Bangi Wonderland, Tempat Mandi Manda Sekeluarga di Bangi, Promosi Cuti Sekolah, Enjoy dengan Keluarga di Bangi Wonderland

 hai assalammualaikum

Bangi Wonderland


Kegembiraan Berganda  Gempak Giler Bangi Wonderland December Ini 

Enjoy Mandi Manda Di Bangi Wonderland - Bila ada rezeki memang takkan lepaskan peluang pergi ke salah satu tempat yang menarik untuk bercuti dan bawa Fariza jalan-jalan. Duduk rumah je pun bosan je kan. Haritu dapat pergi Port Dickson, lepas tu dapat tengok Dinosaurs, kali ni, nad bawak Fariza pergi ke tempat mandi manda lagi. Semestinya dia akan suka, dapat main air. Kali ni, nad pergi dekat-dekat je, nad pergi Taman Tema Air dekat Bangi Wonderland. Kegembiraan berganda dengan adanya Showcase Gempak Giler yang diadakan di Bangi Wonderland sepanjang December ini, bermula 1 December sehingga 31 December 2017. Dengan promosi tiket Gempak Giler 2017 yang memang murah dan berbaloi. Dapat jumpa artis lagi pada hari minggu tau.

Promosi tiket

Promosi Tiket December Sempena Gempak Giler 2017 

Ni kali pertama nad jejak ke Bangi Wonderland. Sampai je sini, cari parking dan ke tiket kaunter dengan menggunkana lif. Jangan risau, ada penunjuk dekat lif tu tingkat berapa ke kaunter tiket. Sempena Gempak Giler 2017, Promosi Tiket memang sangat murah sepanjang December ini, iaitu:

Dengan Mykad
Isnin - Jumaat  (11 pagi - 6.00 petang) : RM150 untuk 4 orang
Sabtu - Ahad (10 pagi - 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang

Tanpa Mykad
Isnin - Jumaat (11 pagi - 6.00 petang) : RM180 untuk 4 orang
Sabtu - Ahad (10 pagi - 6.00 petang) : RM2100 untuk 4 orang

Kalau korang nak tau, harga tiket hari biasa tanpa promo ialah

Dengan mykad
Dewasa (Warganegara): RM58
Kanak-Kanak < 130cm (Warganegara): RM48
Kanak-kanak  < 90cm : Percuma
Warga Emas: 50% diskaun

Tanpa Mykad
Dewasa : RM70/orang
Kanak-kanak (90cm - 130cm) : RM60/orang
Kanak-kanak (bawah 90cm) : Percuma
Warga emas / OKU : Diskaun 50%

Waktu operasi
Isnin - Jumaat : 11 pagi hingga 6 petang
Sabtu -Ahad / Cuti Sekolah/ Cuti Umum : 10 pagi hingga 6 petang
Ditutup pada setiap hari Selasa kecuali sepanjang cuti sekolah dan cuti umum.

Showcase Gempak Giler..Memang Gempak weiii

Showcase Gempak Giler 2017 

Dijemput untuk memeriahkan majlis launching Showcase Gempak Giler 2017, dengan ucapan kata-kata aluan daripada General Manager Bangi Wonderland Theme Park & Resort.

Kata-kata Aluan daripada General Manager

Persembahan daripada Aero Fit by One Nation Fitness

Perasmian berjalan dengan lancar dan kami semua tetamu turut di persembahkan denga tarian daripada Aero Fit performance by One Nation Fitness. Tengok diaorang menari, sampai nad pun rasa nak menari..hahaha.

Group photo

Sesi group photo.

Enjoy diaorang

Game pertama, game Gorila. Kena kepit bola dekat kaki dan ketiak, pastu berjalan dan patah balik

Game kedua, game gelung. Masukkan gelung tanpa lepas tangan. Video boleh tengok dekat SINI

Bukan itu sahaja, malah ada game waktu tu di mana melibatkan para tetamu yang hadir waktu tu. Memang supporting habis diaorang ni. Kita pregnant, kita tukang ambil gambar jela..hehee.

Persembahan Artis Sempena Gempak Giler 2017

Hah!!, jangan tak tau, sempena Gempak Giler ni, bukan sahaja ada promosi tiket, malah ada persembahan daripada artis. Sambil mandi, sambil boleh melihat artis menyanyi secara dekat. Nak buat apa denagn diaorang, buatla..hahaa. Nak bergambar, nak nyanyi sama-sama, nak berjoget, nak ajak mandi..eh..hehee. Artis yang hadir pun best-best.

Ezad Lazim

Ameng Spring

Tapi persembahan arti ni dalam pukul 2 petang. Ala korang mandi manda, tak sedar, tengok-tengok dah pukul 2 petang. Artis pun dah datang..ehehe. Ada je orang akan bagitau artis akan buat persembahan. Persembahan pulak dekat khemah besar tu. Masa nad, artis yang datang ialah Ameng dan Ezad Lazim. aduh suaranya, sedap betul. Dapat tengok depan-depan diaornag nyanyi. Sempoi dan sporting diaorang ni.

Artis ni datang ikut tarikh mereka. Untuk 2 dan 3 December dah lepas. Ok, ada lagi 9 dan 10 Diecember, korang boleh datang ke Bangi Wonderland untuk melihat artis sambil bermandi manda. Artis lain yang akan mengempakkan Bangi Wonderland
2 Disember : Ameng Spring dan Ezad Lazim
3 Disember : Awie dan Siti Nordiana
9 Disember : Amy Search dan Nico G
10 Disember : Khalifah dan Projector Band

Hah!!, apa lagi, set la masa dengan kawan-kawan dan keluarga untuk 9 December dan 10 december tu. Artis best tu..Depan-depan tengok oo...

Menarik di Bangi Wonderland

Apa Yang Menarik Di Bangi Wonderland??

Selesai aktiviti semua tu, apa lagi, mulalah nak terjun masuk air. Fariza dah masuk awal-awal dengan daddy dia. Nad pulak tak sabar nak masuk air..hehee. Nak jelajah Bangi Wonderland ni, nak tengok apa yang menarik dekat sini. Tempatnya takdela besar mana, tapi best, sebab lokasi setiap tempat tak jauh dan dekat. Jadi takdela penat berjalan.

Permainan yang ada di Bangi Wonderland

1) Kids Adventure


Kids Adventure


syok dia mandi

Daddy ajar dia taknak takut air pancut ni..hehe

Hahaha..masuk dalam gelung air

Gelongsor yang boleh dimain oleh kanak-kanak dan orang dewasa
Tempat pertama khas untuk kanak-kanak ialah Kids Adventure. Mainan dekat sini bukan je kanak-kanak boleh main, malah orang dewasa..hehee. Lagi suka part jatuh air dalam bekas tu..

2) Pirates Bay
3) Boomeriang


Nak main ombak, boleh pergi ke sini.
Kalau nak main tempat berombak, boleh ke Pirates Bay ni. Kalau korang perasan ada, gelongsor warna ungu tu, hah, yang tu Boomeriang.

4) Typhoon River
5) Meander River


Best betul

6) Spiralax
7) Body Slide
Main gelongsor puas-puas
Yang warna merah tu Spiralax dan warna hijau Body Slide. Warna merah tu kena pakai pelampung, tapi Body Slide takyah pakai pelampung

8) Insane Racer

Gelongsor Warna warni

Turung dengan keadaan meniarap. Ada khad pelapik dia
Yang ni nad pernah naik dulu waktu study. Bercuti dekat Gambang. Fuh, rasanya macam terbang kau..hahaha..

9) Anaconda Trail
10) The Fall

Best nii

Warna hijau tu Anaconda Trail. Dapatkan tiub anda untuk menunggang di Anaconda Trail. Perjalanan ini hanya terus turun tetapi mencabar dengan bergelombang seperti badan ular. Wrana ungu pulak The Fall. Yang tu korang kena baring dan turun. Huishh tinggi tu..Ia adalah permainan yang menyeronokkan untuk anda dengan rakan dan keluarga

11) Magic Funnel

Uuuu..nampak tak..mesti best kalau naik
Hah!!, datang sini wajibla naik ni weii..rugi kalau tak naik. Naik ramai-ramai dengan kawan. memang nampak menyeramkan, tapi mesti enjoy. Nampak dia berpusing dengan ketinggian tu..fuh..Nasib nad pregnant..hahaa.

12) Water Cannon

Tu ada orang tu..
Yang ni korang kena baring dekat tiub, pastu di sedut keluar..fuh..

13) Pirates Spa

Mandi santai. Ni dekat pintu masuk dah nampak

Permainan lain yang ada ialah
14) Green Pearl
15) Surf Rider
16) Wonder Loop


Khemah besar
Kemudahan yang ada


Kemudahan Yang Disediakan Di BAngi Wonderland

Dekat sini banyak juga kemudahan yang disediakan. Semua lengkapla..Ada yang kene bayar, ada yang tak.

1) Tempat simpan barang locker
2) Toilet
3) Baby room
4) Surau
5) Changing room
6) Medi Room
7) Sewa pelampung
8) Pondok dan khemah
9) Cabana

Tempat nampak je kecik, tapi macam-macam permainan ada. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati
Bangi Wonderland Theme Park And resort
No 2  Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
website : www.bangiwonderworld.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
Instagram : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland/
Contact:: 03-89128333

Selamat Hari Lahir Abang Ben

Waktu ni, diaornag buat kejutan dekat Ben Ashaari, tapi nad tak sempat nak sambut sempat datang lambat sikit. Tapi apa pun Selamat Hari Lahir Abang Ben.

ENJOY MANDI MANDA DI BANGI WONDERLAND
Thank You Bangi Wonderland

"A day with Bangi Wonderland"
Terima kasih diatas jemputan pihak @officialbangiwonderland (Bangi Wonderland ThemePark & Resort) sempena sambutan Anniversary setahun operasi.
Kami daripada @kelabbloggerbenashaari
amat menghargai kerjasama yang dijalinkan.

Kami berharap agar Bangi Wonderland terus maju dan akan ada ruang kerjasama pada masa masa akan datang di antara KELAB BLOGGER BENASHAARI X BANGIWONDERLAND. .

#KBBA9
#KelabBloggerBenAshaari #KembaraKBBA9
#BangiWonderland
#ShowcaseGempakGiler2017
#PromoGempakGiler
#BangiThemePark
#Bangi #Selangor #WaterThemePark
#ThemePark #PromoCutiSekolah
#CutiSekolah
#schoolHoliday #tourismselangor
#blogger #bloggermy
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

17 comments so far,Add yours

  1. fuh panjang entry ni gigih baca tau hahah memamng gempak giler ni , boleh tahan harga dia nampak macam berbaloi

    ReplyDelete
  2. Wah, macam2 permainan ada, boleh la grab pakej 4 orang tu nanti...

    ReplyDelete
  3. wow bestnya, pakej price tu macam berbaloi sangat. Satu hari macam tak cukup masa ni hehe

    ReplyDelete
  4. Menariknya bangi wonderland kna terjah juga ke sana oneday

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya tengok korang.. teringin nak pergi satu hari nanti

    ReplyDelete
  6. amik pakej lagi ok kot. Cukup² 4 je untuk family akak :)

    ReplyDelete
  7. Harga promosi kat atas tu typo ke betul tu yg RM2100...kalau salah nanti nad betulkan ye...ini kalau anak akak nampak sure berzikir dia kat telinga akak ni ..harap2 dia x pi skodeng la entry kawan2 mama...

    ReplyDelete
  8. bestnyaa.. dekat dengan rumah.. tp tak sanggup nak menghitamkan diri kat sana hahah.. panaihhhh

    ReplyDelete
  9. Gempak sangat Bangi Wonderland ni.. Syoknya kalau dapat luangkan masa disana.. 😍

    ReplyDelete
  10. wahhh.. bestnya bawak anak-anak main airr.. harraz pun suka main air gak.. alalaaaa.. bila la dapat pi sini.. huwaa

    ReplyDelete
  11. Bestnya weyh. Dah la dekat je, tak yah pi jejauh. Nanti nak try pergi la sekali

    ReplyDelete
  12. sama dengan anak kak ema..takut nak mandi bawah air pancut... suka mandi di pirates bay.

    ReplyDelete
  13. seronok la fariza berendam.. hee~ comel jek dia basah kuyup pun..

    ReplyDelete
  14. Memang gempak best giler kat sini. Nak pegi lagi....

    ReplyDelete
  15. bestnye. i've never been there.

    ReplyDelete