hai assalammualaikum


Jual Bayi Secara Online

Berita Bayi Dijual Secara Online Telah Diselamatkan - Semalam nad tengok berita TV3. Lama dah tak tengok berita ni. Lepas tu, ternampak berita tentang jual bayi secara online atau di laman talian. Bayi yang ditunjukkan muka dan ditulis " twin for let her go "..harga RM 15k..Dah macam jual barang pulak nad rasa sebab dia sebut " let go "..

Mungkin pasangan ni ada masalah kewangan atau ada yang berlaku disebaliknya. Tapi ada cakap, mak ayah umur masih muda, kalau masalah kewangan, boleh je bekerja. Takde alasan nak jual anak. Sudahla kembar, Allahu, sanggup pulak nak jual anak senang-senang macam tu. Orang lain ada yang susah nak dapat anak, berusaha nak anak. Yang senang dapat anak, senang-senang nak jual. Ada tu sanggup buang anak. Apalah manusia macam ni. Nad ni teringin nak kembar, tapi belum dapat lagi. Dah ada anak ni, kira bersyukur dah.

Lagi satu, jual anak secara online. Memang la akan dilihat orang. Sebab zaman sekarang, cari apa-apa secara online. Mudah dan senang kan. Bayi ni kira bertuah, sebab yang tengok iklan jual bayi ni, orang yang prihatin. Orang ni pergi report dekat balai polis dan alhamdulillah telah diselamatkan. Cuba bayangkan kalau di lihat dengan orang yang jual bayi juga atau orang jahat, beli dan buat benda tak baik dekat, bayi kembar tu. Allahuakbar..sedih tau.

Oh, nad baru google, rupanya pasangan itu telah melakukan perkara terkutuk dan perempuan itu mengandung. Jadi, paham-pahan jela, " lahirkan anak luar nikah "..taknak bertanggungjawab ke atas perbuatannya, nak bebas katanya..bodoh..pastu nak bagi anak dekat orang tapi takkan nak bagip macam tu je..bengapnya la..korang nak baca boleh pergi SINI..baca pun rasa nak hempuk je..

Fikirlah sebelum melakukan sesuatu..Bila dah jadi macam ni, tanggungjawabla.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Taktahu nak komen macam mana. Wlu apa yang jadi, sepatutnya famili ada untuk menasihati dorang. Anak amanah wlu mcm mana pun. Geram je baca kat FB tadi. Tapi..entahlah...

    ReplyDelete
  2. speechless..tak tau berapa ramai pasangan kat luar ni berusaha macam2 nak dptkan zuriat sendiri..yg budak2 skrg, suka2 dah terlanjur..termengandung..lepas tu tak nak bertanggungjawab..lagi best dah la nk lepas tangan macam tu je, boleh pulak nak jual..ada orang nak tolong jaga pun dah syukur tau sbb mak bapak sejenis tak nak bertanggungjawab..hmmm..marah akak baca..

    ReplyDelete
  3. Bayi betul ke tipu tipu ni?? Arghhhh kesiannya! Tergamaknya buat macam tu, tak rasa penat melahirkan ke hmmm :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby betul tapi rasanya berjaya diselamatkan.

      Delete
  4. Macam-macam benda tak masuk akal dibuat oleh manusia sekarang ni kan!

    ReplyDelete
  5. pelik Mudah.my approve iklan macam ni, bukan Mudah.my tapis ke apa yang nak dijual? IQ dulu nak iklan susu pun tak lepas. hurmm...

    ReplyDelete
  6. Sama lah kita nad.. Dah lama tak tengok berita. Tau pasal kes ni pon dari FB Syed Azmi.

    ReplyDelete
  7. Mula2 ingat iklan main2 je. Sekali betul2 pulak. Dekat Mudah ni macam2 benda boleh jumpa. Admin Mudah tu pun satu hal. Boleh pulak dia lepaskan iklan tu.

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this touchy story with us! I insanely like the opinion you highlighted within the article.

    ReplyDelete