hai assalammualaikum


Kuatnya Ibu Mengandung

9 bulan Takkan Semua Orang Paham - Ya, sebelum nad rasa apa itu mengandung, tak tau pun macam rasanya bila mengandung. Tak tau apa sakitnya, alahan dan sebagainya. Lepas dah rasa tu, baru nad paham, macam ni bawak zuriat dalam perut selama 9 bulan. Zuriat yang diberikan Allah, yang perlu kita jaga. Orang nampak ibu mengandung ni kiut, comel, cakap itu ini, tapi diaorang tak paham rutin sebenar ibu mengandung ni melainkan dah melaluinya. Tak semua orang faham betapa kuatnya ibu hamil, yang cuba kuat walaupun sebenarnya dia tak kuat.

Kuat melalui liku-liku kehidupan dengan adanya manusia dalam perutnya. Nampak macam senang, tapi sebenarnya susah.  Tak semua orang paham, perasaan ibu mengandung yang kadang merajuk,menangis, menginginkan sesuatu dan memerlukan perhatian. Orang cuma tau, diaorang ni mengada-ngada la, banyak songeh la dan merimaskan.

Diaorang tak pernah rasa sakit pinggang yang terlalu sakit, ditekan-tekan, ditendang-tendang disebabkan bayi yang semakin membesar dalam perut. Orang lain tidur lena, tapi ibu mengandung mampu tidur berapa jam je. Mereka takkan paham macam mana sakitnya bila baby merengkot-rengkot, bergerak ke kiri kanan dalam perut..fuh..

Esok pagi bangun perlu buat kerja juga. Tak buat, nanti dikata malas. Disuruh kita lawan perasaan sakit tu. Dikata jangan terlalu manjakan diri, kena bergerak..hurmm..Bergerak memang perlu, tapi kalau dah sampai tahap penat sangat, berehat pun perlu. Lainla ada orang gaji dalam rumah. Respek dengan ibu mengandung yang bekerja, yang tak bekerja pun kena buat kerja 24 jam juga. Lagi bila ada anak dan mengandung.

Masa mengandung, macam-macam hormon berubah. Kerap kencing, sesak nafas, lenguh sana sini. Kuatkan ibu mengandung ni, mampu tahan semua ni selama 9 bulan. Belum lagi ada sakit lain, macam diabetes ke, keputihan ke, tak selesa sana sini. Kena rasa sorang-sorang. Lagi kalau sakit pinggang,boleh dikatakan hari-hari sakit pinggang. Sedih bila tiada siapa yang tau kesakitan kita dan tiada yang mengurut, lagi seksa. Kita kalau boleh nak diurut, baru sedap sikit badan ni. Diurut hari-hari satu nikmat. Kadang ibu mengandung malas nak cakap suruh diurut sebab taknak susahkan sesiapa.

Paling sedih bila mengidam sesuatu makanan tapi tak dapat. Mintak pelik-pelik memang takkan dapatla macam, rumah ke, kereta ke,..hahaha..kalau mintak makanan yang mudah dicari tapi tak dapat juga memang sedih sangat. Mana semua orang faham kenapa ibu mengandung tu nak makan tu. Dapat rasa sekali pun dh happy. Lepas tu takde mintak dah. Tak dapat, tahan air liur jela..hahaha..tengok gambar orang tu makan..huhu..Pendam jela bila tak dapat..kuat betul ibu mengandung nelawan nafsu, sedangkan teringin sangat-sangat.

Lagi sakit bila sampai masa nak bersalin. Sakit kontraksi, sakit nak mengeluarkan baby dari dalam perut. Ada yang kena tahan berjam, ada yang susah bersalin. Ada yang mudah bersalin, ada yang komplikasi. Macam-macam dugaan ibu mengandung ni nak bersalin.

Banyak lagi yang dilalui ibu hamil demi mempertahankan anugerah allah iaitu anak. Emosi dan perasaan mereka lain dari kita. Selalulah mencintai, menyanyi dan menghormati perasaan wanita hamil. Bukan mudah membawa anak ke sana sini selama 9 bulan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. pengorbanan seorang ibu tiada tolok bandingnya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Pengorbanan seorang Ibu...

    ReplyDelete
  3. Comelnya perut. Betul tu nad. Perut boyot pon masih gagah buat kerja dan uruskan anak-anak lagi. Pengorbanan seorang ibu kan.

    ReplyDelete