SUAMI KU YANG KELAKAR DAN RUMIT

in , by Nadia Johari, 21:59:00
hai assalammualaikum

Inilah lelaki Kita! - Walaupun muka mu garang tapi, awak kelakar sayang..hohohoho. Nak sangat masuk Maharajalawak kan, hah, boleh dah la kot. Tapi kalau orang tak gelak, biar sayang je yang gelak ye..hehehe. Ye, mr mafia ni muka memang garang, biasalah mr mafia kan. Tapi kalau dengan isteri dia, hilang mafianya..Inilah lelaki kita ye..


Alkisahnya, bila seorang isteri menyuruh suaminya beli sayur yang dah siap masak. Bila si isteri dah masak ikan sambal dan dia tengok stok sayur dah habis. Jadinya, si isteri menyuruh suaminya pergi beli sayur yang dah siap di kedai Maimunah..eh sukati aku je buh nama kedai tu..hahahaha. Jadinya, isterinya pun pergi ke bilik kerja suaminya, dan berkata
Ister: " abang, pergi beli sayur, sayur dah habis "..
Suami : " sayang nak sayur apa? "..
Isteri : " Kalau boleh beli sayur masak lemak, sayur ubi ke "
Suami: " Kalau takde, tauge boleh? "
Isteri : " Bolehla "

Suruh Beli Sayur Masak Lemak, Dibeli Sayur Yang Boleh Buat Masak Lemak

Si isteri menunggu di rumah. Dalam beberapa minit, suami pun pulang. Perut pun dah lapar. Tak sabar nak makan. Suami pun bagi apa yang dibeli. Si iteri cek, tengok semua sayur mentah. Okla, dalam hati dia beli sayur, bagusla, sebab stok sayur dah habis. Tapi cek lagi takda sayur masak lemak. Yang ada dalam bungkusan, ayam sambal..ermm..terus si isteri tanya dekat suami


Isteri: " Abang, mana sayurnya?? "
Suami ; Tu ade tu abang beli..abang bagi sayang semua sayur
Isteri : Sayang cakap, sayur masak lemak. Sayur yang dah dimasak. Ni semua belum di masak.
Suami; Laaa...ingat sayur yang boleh dimasak lemak..

Isteri dah muncung ni..dahla lapar..Lepas tu, suami " laa..(sambil gelak)..takpela abang masak "..nak merajuk tapi tak boleh..sebab tahan gelak..Lepas tu cakap " haishh nak cakap macam mana lagila dengan abang ni..adoii pening, nak kena details ke "..suami " ye lepas ni cakap betul-betul "..huaaa..dah betul la tu..pening nad..last-last sayur masak tumis jela..

Suami ku Rumit Semasa Masak

Masa dia masak, pula, ada agenda dia lagi. Disebabkan dia beli taugeh, jadi masakla sayur taugeh. Selalunya kalau taugeh, suami suka bubuh tauhu. Selalunya nad masak tumis, campak-campak je. Lepas tu sayur tu ada kuah. Tapi suami kita, siap goreng tauhu tu dulu, baru buat tumis. Adoii, lambat nor..perut dah berkeroncong ni..Lepas dia goreng tauhu, lepas tu potong bawang,cili segala. Nad cakapla " kenapa masak tumis kena goreng tauhu?"..suami " memangla macam ni, sayang tau la nanti "..last isteri terus masak tumis lepas dia sediakan bahan semua. Lepas tu dia nampak nad campak-campak, dan bubuh air. Suami cakap " la ingat sayur takde air, sebab tu abang goreng tauhu tu. Kalau tau bubuh air, takde abang goreng tauhu tu "..aduhh..ni lagi satu..pelik sangat..huish..rumit betul laki kita ni weii..

Sampai dia cakap " ishh tak boleh berkumpulan dengan sayang dalam lawan-lawan masak ni. Asyik gaduh je "..hahaaha. memang tak boleh weii...susah nor tengok cara dia masak.

Lagi malam tu, nad memang malas masak, dia offer nak masak meggi. Kita pun okla. Kalau nad, rebus air, bubuh meggi dan serbuh kuah. Godek-godek lepas tu buh telur. Siap. Tapi suami kita, masak bawang, pastu ape ntah dia buat kat dapur. Lama betul. Nak tunggu sampai setengah jam juga masak meggi..hahaha. Tapi serumit suami kita masak, sedap juga air tangan dia..wakakaka. Tapi perut dah lapor, takleh tunggu lama weii...Orang laki memang sedap kalau masak. Tapi tu la..rumit..hehehe..

Takpela bang, apa pun sikap awak, sayang tetap sayang awak..hahaa.. Biar garang, dalam masa lawak semua adala..KIta layankan jela..

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. haha.. macam2 hal yea.. hubby TB pun kalau bab beli barang dapur memang kadang2 tersalah beli gak.. tapi klu bab masak.. huuu. dia lah masterchef.. kalah teman.. ='( .. malu gak kita x pandai masak macam dia

    ReplyDelete
  2. alolo..sweetnya nad..macam fattzura..hihi

    ReplyDelete
  3. Lelaki nampak jer macam simple tapi dah kenal memang ada gak ocd nya. Kannnn
    Hehee

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2