hai assalammualaikum

Sibuk je budak kecik tu..kacau daddy buat kerja

Cara Suami Buat Surprise Lain Dari Yang Lain

Surprise Dari Suami Yang Tak Kena Tempat Tapi Sweet - Mr mafia bukanla seorang yang romantik, sweet macam orang laki lain buat dekat isteri dia. Contoh macam bawak pergi makan siap lilin, bunga ke, atau buat surprise masa birthday atau ulangtahun ke..takdenya. Kadang siap lupa tarikh penting tau..huhuhu. Walaupun dia tak romantik, tapi mr mafia ni ada satu sikap yang suka bagi hadiah, atau beli apa-apa secara senyap, surprise dan tak kena tempat dan waktu..hahaa. Tu kadang mr mafia ni sweet je. Oh my abang cekeding!!..haaha..

Banyak dah dia buat surprise dekat nad. Kalau hadiah dalam bentuk benda memang dia akan bagi senyap-senyap, tak pun kau jalan shoppong mall, terus dia cakap " hah sayang pilihla ".  Kita tak tau apa, terpinga-pinga, cakap kat dia, " buat apa "..dia suruh pilih juga. Tak pun bila kita ngadu sesuatu, yang barang tu penting untuk kerja, nanti mesti akan dapat..hahaa. Janji, kau jangan meminta-minta. Contohnya, abag nak tu, abang nak ni..memang takkan dapatla..Sebabnya, mr mafia bukan dapat gaji bulan-bulan kau nak mintak itu ini...hehee. Jadi sebagai isteri kena paham. Yang penting mengadu tu dah ok..haha.

Hadiah yang dia bagi macam theme blog ni. Dia yang hadiahkan sempena harijadi nad. Yea, masa tu sedih, dia tak ucap ke apa, tak bawa pergi mana, tak buat apa-apa, rupanya, last-last dia panggil dan tunjuk rupa blog..hah!!, gitu kau. Theme blog ni berbayar. Mr mafia tau isterinya kerja berblog, jadi dia nak nampak bagi kemas blog ni. Biar, orang nampak, dan baca entry-entry lain yang menarik dekat blog Miszrockers Blogspot ni, walaupun entry sebenarnya biasa je..huhu. Alhamdulillah, lepas tukar theme ni, traffic ok, nampak kemas, banyak entry lama-lama keluar. Kira tersusun dan kemas.

Powerbank pineng

Haritu nad borak dengan mr mafia, cakap powerbank dia yang nipis berapa? Sebab nad beli. tak cukup satu powerbank sebba nad guna dua phone. Kalau event dari pagi sampai malam macam event MSMW nad pergi tu, memnag telefon dua-dua mati, powerbank pulak satu. Habis semua bateri..hahaa. Nasib la ada member pinjamkan powerbank dia. Kalau tak, tak tau nak ambil gambar macam mana, nak telefon dia suruh ambil macam mana. Sebab tu ank kena ada dua powerbank..haaha. Dasyat tak. Lepas tu, haritu tiba-tiba je dia belikan dan bagi kat nad. Masa tu nad ingat dia beli telefon, rupanya powerbank. Padahal powerbank tu nad yang nak beli sendiri..huhu. Dia beli jenis pineng tapi tebal sikit dari yang nad nak. Kita ni punya kesian dia sebab takde duit sangat. Tapi dia beli sebab kesian dekat isteri. Gitu..

Banyak juga hadiah dia bagi surprise ni, macam beg dompet KICKERS, telefon Asus dan telefon Honor. Sampai sekarang masih guna lagi.

Kalau bab makanan, walaupun isterinya nak sangat waktu tu, tapi tak dapat, dia akan cuba bagi hari lain bila dia ada duit. Macam durian la..hahaa.Tak pun, bila dia ada duit dia akan ajak makan dekat luar secara tiba-tiba. Tapi geramnya, kadang dia ajak masa kiat dah masak banyak..huishh..geram..yela, makanan kita masak tak habis..membazir tau..

Hah macam tu la mr mafia. Apa-apa pun terima kasih abang untuk semua ni..Sayang hargainya..eh romantik pulak ayat ni..hahaa..jangan marah..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. romantik dalam diam. Sweet je kita baca :)

    ReplyDelete
  2. Auuuu, sweet cara tersendiri......tahniahhh, semoga terus bahagia dan berjaya membina keluarga...merpatkan hubungan..menjaga hingga ke jannahNYA..AMIN

    ReplyDelete
  3. Kadang yang tak berapa romantik ni kejutannya tu buatkan kita menitis air mata kan..hehe

    ReplyDelete
  4. auwww, sweet sgt, teringat lak arwah suami IQ, suka juga buat surprise macam ni. sekarang dah tak der surprise, sedih plak..huhu!

    ReplyDelete
  5. alooo..sweetnye sangat hubby Nad...semut kerumun dah kat entri ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. moga kebahagiaan akan terus kekal hingga ke jannah nad dan suami..

    ReplyDelete