hai assalammualaikum


Cara Shading Muka

Shading Muka dengan Dyxx Stick dan Concealer - Sejak berkawan dengan orang pandai makeup ni, nad pun sikit-sikit belajar pasal makeup. Tengok tutorial dekat instaram, youtube, facebook. Lama-lama paham teknik cara makeup yang betul. Kalau sebeluk ni, cuma pakai foundation, eyeliner, maskara dengan gincu je. Tak tau bab shading muka. Lepas tengok tutorial makeup, terus rasa nak cuba juga.

Muka start beli barang-barang makeup khas untuk shading muka ni. Memang banyak jenis dekat kedai makeup tu, tapi nad tengok yang mudah digunakan, dan sesuai dengan muka nad. Kadang kita apply dekat muka, muka jadi tak cantik, dengan shading yang terlalu gelap, atau concealer kita pakai, muka jadi minyak. Setakat ni makeup untuk shading nad dah jumpa, tapi untuk concealer, banyak juga beli untuk kesesuaian muka..haha. Akhirnya jumpa juga. Bila dah lengkap barang untuk shading muka ni, barulah try error makeup muka ni.

Mulanya tak tau apa fungsi shading dan contour ni. Lepas baca, baru paham. Shading ni untuk buat shape muka dan bagi hidung mancung. Jadi yang tak berapa nak "sharp" bentuk muka dan hidung tu caranya dengan makeup macam ni la.


Dua produk yang nad guna untuk shading dan highlight kan muka. NYX wonder stick.dan Concealer Cover Perfection TIP dari Althea.



Mulanya nak.jimat pakai NYX wonder stick ni, sebab dia ada dua untuk shading dan highlight tapi highlight dia tak sesuai dengan muka nad. Muka jadi berminyak. Jadi nad beli concealer dari Althea. Selama buat try error dekat muka, menjadi akhirnya..hehehe..



Apa yang nad tengok tutorial, diaorang shading bahagian rangka pipi, bawah muka, atas dahi dan hidung. Setiap org memiliki bentuk wajah yang berbeza. Kalau kita kenal bentuk wajah kita, maka lebih senang untuk tahu area mana shading dan highlight perlu di apply.



Lepas tu sapu highlight dengan concealer dari Althea. Concealer ni juga nad selalu pakai untuk cover dark circle bawah mata dan parut.

Lepas dah apply dua benda ni dekat muka, bolehla sapu dengan berus yang bersesuaian.



Nah ni la hasilnya muka lepas buat shading dan highlight. Tak cantik lagi macam MUA buat tu, hehehe..tapi puas hati..

Korang pun boleh je cuba buat. Nad ada shading jenis serbuk dan cecair juga. Tengok mana nad nak pakai. Tapi lebih suka Dyxy Stick ni. Shading ni beri impak besar pada wajah supaya lebih nampak tegang, terbentuk, hidung mancung. Shape muka yang sempurna akan determine mekap yang terletak sempurna.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

18 comments so far,Add yours

  1. comel jer.. hehehe.. akak pun x reti sgt shading ni

    ReplyDelete
  2. hehehe kite tak reti shading2.. tau tepek bedak je tapi tingin nak mekap floless cuma tak reti..

    ReplyDelete
  3. wow, no wonder lah muka nampak runcing dah terletak je rupanya dia buat teknik shading , buat ke masa kita jumpa di churroos haritu hehe

    ReplyDelete
  4. bestnyaa pandai shading2,kita tau tepek bedak je,eh macam senang pulak ,kita ada foundation je jenama ni,ni yg tergoda ni hahahha

    ReplyDelete
  5. part ni masih tak reti lagi..ada gak kadang tgk video tutorial make up tapi tak berani try & error lagi kat muka..

    ReplyDelete
  6. pandainya. akak kalau tgk tuto pun still muka putih semacam..Hahaha

    ReplyDelete
  7. Serious! pandai you buat shading. I tried on mine and end up like 'shemale'. aihhhh! fails big time.

    ReplyDelete
  8. warghh....nak dah teror la make up...pm nad ajar k.sal please..cam senang jew

    ReplyDelete
  9. NYX wonder stick macam best jer.. thanks for sharing for this product!! i would want to grab one ! hehe

    ReplyDelete
  10. You looks pretty after the shading. I want to try it too.

    ReplyDelete
  11. pandainya Nad buat shading. Kalau akk dh jadi opera cina dah..

    ReplyDelete
  12. wao.. u r really good in doing those highlight and shading ya.. I wanna try this product as well...

    Racheal

    ReplyDelete
  13. Pandainya makeup dan shading. I tak erti nak shading and highlight. Macam taruh cat saje. LOL

    ReplyDelete
  14. Oh, Looks like a great concealer and I really love NYX cosmetic brand. I will check into this.

    ReplyDelete
  15. Thanks for your review! I will try this nyx concealer :)

    ReplyDelete
  16. Rawlins memang gila NYX dah sekarang - dok tambah koleksi tapi taktau la bila nak pakai. Haha

    ReplyDelete
  17. Wahh ... Tengah meletop brand NYX ni. Cantik laaa Nad pakai. Smooth jer nampak!

    ReplyDelete
  18. menarik pula shading jenama ni. Smooth jer tekstur

    ReplyDelete