hai assalammualaikum


Selamat Datang Tahun 2018 - Sebelum memulakan cerita, nad nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun baru ni memberi sinar dan harapan yang menggembirakan kepada korang semua. Jangan kenang yangvpahit, ambil yang manis je. Supaya tahun baru ni memberi kebahagiaan kepada diri dan orang lain.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia sehingga kini. Kalau ikut tahun baru ni, umir dah masuk ke 3 series weii..nasib muka masih nampak muda..hehehe. Jadi kena kekalkan kemudaan ni walaupun umur meningkat dan anak nak masuk dua ni. Belum masuk anak dua lagi tapi bakal melahirkan anak kedua untuk tahun 2018 nanti. Lagi beberapa minggu je lagi..tengah menunggu hari..tu la debaran 2018..

Walaupun dah pernah merasai pengalaman bersalin, tapi takut dan debar tu tetap ada. Harap dipermudahkan masa bersalin nanti, sama seperti pengalaman melahirkan Fariza. Setiap hari mengira hari, waktu. Rasa pergerakan anak, semua la. Mana tau kali ni terawal bersalin ke..air ketumban keluar ke..tak tau kan..hehe..penting semua kene siap sedia. Memang berdebar habis ni. Lagipun due date awal bulan 2. Harap bulan 2 la dia nak keluar..hehee..

Debaran 2018, insyallah keluar si kecil ni, nad mommy kepada anak dua orang. Macam mana la agaknya. Kelam kabut ke atau boleh control. Yang sorang ni pun jaga dah huru hara rumah..hahaha. Harap nnati dah ada geng, bolehla bermain bersama, dan tak kacau mommynya sangat..hahhaa. Kena buat jadual nanti ni. Biar teratur je keje. Jangan nanti dua-dua mintak teman sudah..satu kerja kang tak jalan..haha. Kalau sorang menangis, sorang lagi ikut menangis..hahhaa..lagi haru..

Tak dapat bayangkan oii. Tengok jela macam mana nanti ye. Mestila kena yakin untuk uruskan anak dua ni. Yeszaa..yakin boleh..hehehe..

Lagi mencabar, mampu ke update blog sehari satu entry. Memang target setiap hari ada entry. Harap dapat buat..cayok nad..hahaha. Kalau terlepas tarikh, harap dapat kejar la..hehhe. Ni pun untuk entry 1.1.2018..kihkih..Yang penting percaya pada diri mampu buat. Mampu jadi mommy dua anak, mampu jadi mommy blogger..kann..orang lain boleh, takkan kita tak boleh..

Tapi fikir juga, boleh ke pergi event..huhu..mungkin permulaan tak pergi, bila dah besar sikit baru boleh. Bertabahlah..Insyallah rezeki berbloglain sentiasa datang. Doakan yang terbaik ye,.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. tak lama je lagi tu..harap semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2018.
    Selamat menanti kehadiran orang baru.

    ReplyDelete
  3. inshaa Allah. hadiah 2018 bes nih nad..

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan nanti ye

    ReplyDelete