Kitsui Minuman Suplement Terbaik, Nak wajah cerah dan putih, Wajah bebas jerawat dengan menggunakan Kitsui

hai assalammualaikum

Whitenin BB Dirnk Dan Pimple Away Dari Kitsui

Kitsui Whitenin BB Drink Dan Pimple Away

Kitsui Untuk Putih Kulit dan Bebas Jerawat - Dah lama nad tau pasal produk Kitsui ni, sebab nampak ada beberapa kawan nad yang ambil supplement Kitsui ni. Mungkin ada juga yang jarang nampak atau dengar produk Kitsui ni. Takpe, meh nad kenalkan korang dengan Kitsui ni. Nad pun tengah amalkan minuman Kitsui ni. Sebenarnya Kitsui dah lama ditubuhkan sejak 1996 lagi, dan produk dia bukan satu jenis je, tapi banyak jenis kau..fuh. Ikut korang ada masalah apa, macam nad, masalah jerawat, bekas jerawat dan pori besar, dalam masa sama nak putihkan kulit. Jadi nad pilih Whitenin BB Drink dan Pimple Away Drink.

Macam nad kata, Kitsui ada banyak jenis..ada untuk detox, kuruskan badan,whitening, besarkan payudara, buang lemak, selesaikan masalah jerawat dan banyak lagi la. Nad terpengaruh pun sebab tengok testimoni kawan-kawan dan pengguna-pengguna di facebook dan instagram yang positif-positif belaka. Tengah mengandung ni, paham-paham jela, wajah kusam dengan tak cukup tidur, jadi nak kembalikan wajah yang cantik mulus, bebas dari jerawat. Mengandung kali ni, memang nak cantik je, taknak macam sebelum ni, nampak selekeh je..hahaa. Nad dah amalkan dari minggu lepas lagi. Memang best sangat, dan dah nampak sikit perubahan dekat wajah nad.

Apa kelebihan Whitenin BB Drink dan Pimple Away Drink dari KItsui ni?
Meh nad terangkan satu-satu produk, dan kelebihan dia. Untuk korang juga yang nak wajah cerah, putih, gebu gebas, pada masa yang sama bebas daripada jerawat. Kedua-dua ni memang sesuai untuk mereka yang ada masalah teruk dengan jerawat.

Kelebihan Whitenin BB Drink

Whitenin BB Drink

Kalau sebut white, mesti fikir nak putih je kan, tapi sebenarnya ia adalah penyelesaian bagi masalah kulit, masalah jeragat, bintik-bintik hitam dan kusam. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti Alpha lipoid Asid, Ekstrak Campuran Beri, Ceri Acerola dan Ekstrak Oren. Nampak tak bahan-bahan dia, memang bagus dan elok untuk kulit kita.

KELEBIHAN WHITENIN B.B

- Mencerah & memutihkan seluruh wajah
- Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
- Membantu mengurangkan jerawat muka dan badan.
- Mengawal minyak berlebihan di muka.
- Menaikkan seri wajah.
- Mencerahkan mata.
- Menghalang penghasilan melanin kulit.
- Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu
- Menutup liang pori muk.a
- Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu.

Ia didatangkan dengan saiz pembungkusan 15 paket x 10 gm. Jadi memang mudah nak ambil. Hanya tambah 1 paket (10 gram) untuk 150ml air suam atau air biasa. Goncang dan minum dengan segera. Ambil supplement, mestilah kena minum air masak yang secukupnya untuk hasil yang terbaik. Korang boleh ikut , nak ambil satu paket atau dua paket sehari. Macam nad, nad ambil whitenin ni belah pagi semasa perut kosong.

Whitenin BB drink Berwarna oren

Nampak tak rupa Whitenin BB drink. Warna oren kan. Rasanya seperti oren dan manis.

Pimple Away Drink

Tadi nad dah cerita berkenaan Whitenin BB Drink, sekarang pulak Pimple Away dari Kitsui ni. Ia adalah untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, masalah otot, masalah jeragat, bintik-bintik hitam dan kusam. Jadi korang yang ada masalah jerawat yang teruk, boleh cuba ambil Pimple Away ni.

Pimple Away Drink

KELEBIHAN PIMPLE AWAY

- Mengecilkan ruang pori.
- Mencegah dan menghilangkan jerawat.
- Membaiki strukur kulit ( hilang parut ).
- Mengatasi masalah kulit berminyak.
- Mengatasi kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
- Menghilangkan ‘blackheads & whitehead’ di muka.
- Mengurangkan kemerahan kesan dari keradangan.

Bahan kandungan dia adalah  Alpha Lipoic, Tricalcium Phosphate, Vitamin C+, dan Non Dairy Creamer. Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dengan saiz pembungkusan 15 paket x 10 gm.

Satu sachet sehari

Cara minum hanya tambah 1 paket (15 gram) dalam 150ml air suam atau air biasa. Goncang dan minum dengan segera. Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk hasil yang terbaik. Ambil 1 paket sehari, sebaik-baiknya sebelum tidur. Goncang sebelum minum. Nad ambil Pimple Away ni sebelum tidur. Warna air ni warna putih macam air barli.

Pengambilan air yang dicadangkan untuk produk Kitsui:
- Boleh bancuhkan/goncangkan dalam air suam atau air biasa.
- Boleh juga bancuhkan/goncangkan dalam air sejuk tetapi perlu pastikan betul-betul larut dulu sebelum minum.
- Elakkan pengambilan dengan air panas

Wajah cerah berseri dan jerawat tak ada

Kalau rujuk pada kotak, result boleh dapat dalam masa 7 hari. Tapi tindakbalas badan seseorang adalah berbeza. ada yang cepat cerah dan ada yang lambat. Yang penting kena konsisten. Perubahan nad, muka memang makin berseri dan jerawat pun jarang dah ada.

Bahan semulajadi 

Semua produk Kitsui adalah dari bahan semulajadi, menawarkan pelbagai jenis ekstrak yang berkualiti dari seluruh dunia. Produk Kitsui bertujuan untuk menawarkan produk kesihatan semulajadi yang selamat dan berkesan dan mempunyai kelulusan GMP. Kitsui boleh diambil oleh wanita dan lelaki. Hah!, yang ni specialnya, untuk yang mengandung atau menyusukan anak pun boleh ambil produk Kitsui ni. Yela, apa ibu minum, anak pun dapat khasiat daripada kita ambil. Ibu nak putih anak pun nak putih juga..gitu.  Disarankan ambil setelah kandungan atau ibu yang menyusukan itu 4 bulan ke atas.Tapi perlulah ambil nasihat daripada doktor juga untuk keselamatan ibu dan anak.

testimoni pengguna

Wah, pencapaian Kitsui yang menjadi "most wanted" oleh watsons. Kitsui juga pernah memenangi Super Health Brand Asia 2016/2017..Oh ya! produk Kitsui mudah didapati, ada je di Watsons atau Guardian. Bila masuk Watson atau Guardian tu, bolehlah tengok Kitsui, mesti ada macam-macam jenis. Mesti pilih apa masalah korang hadapi ya. Jangan ambil semua..hehee. Boleh juga beli online di Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Produk KITSUI, sila layari :
Web : www.kitsui.com.my
Facebook : kitsui my
Instagram : kitsuimalaysia


Meh tengok video nad tunjukkan cara minum dan muka nad yang berseri setelah ambil Kitsui..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

43 comments so far,Add yours

  1. Berapa harga sekotak...cam menarikla sbb k.sal tgh nyusukan anak..kotla blh meriahkan juga pengeluaran susu badan

    ReplyDelete
  2. buat dalam bentuk minumam memang senanh nak apply berbanding yg jenis krim sapu2 tu..
    kalau lelaki sesuai boleh ler kot try.

    ReplyDelete
  3. Memang dah amalkan minum whiten bb tuh

    ReplyDelete
  4. Wahhh boleh dpt dekat watson and guardian.. mesti elok kan..

    ReplyDelete
  5. pernah dengar produk kitsui ni mmg top..ramai yg bg feedback positif..nti boleh try..ada jual ye kat watson n guardian

    ReplyDelete
  6. tgh berjerawat sesat skrg. huwaaaaaaaaa.. ok ada kt watson.. yakin sket

    ReplyDelete
  7. Dah lamakan jenama kitsui ni sebab tgk kat farmasi banyak ada.bestnya la leh hilangkan jerawat,akak ni napa ntah tetiba banyak lak jerawat perubahan hormon ke apa huhhuu

    ReplyDelete
  8. sesuai untuk kombinasi skin x nad?

    ReplyDelete
  9. patut nampak perubahan ketara pada kulit nad.. licin tanpa sebarang jerawat.

    ReplyDelete
  10. Kita dh lama perati kitsui ni.. Mcm best je... Harga dia berapa tu?

    ReplyDelete
  11. Pernah tgk dkt watson tapi xsure untuk apa sebenarnye kitsui ni.. sekarang baru tau. Tq info

    ReplyDelete
  12. Tgk ramai dah yg try kitsui ni..banyak manfaat dia ye utk kulit.. Zaza pun naik jerawat dah sikit2 kat dahi uhuk..

    ReplyDelete
  13. Wahhhh... Plawless tu muka dia. Banuak jugak baca review pasal kitsui ni. Macam best jer.

    ReplyDelete
  14. Boleh la nak suruh anak try. Banyak nau jerawat nasi kat muka tu. Mungkin hormon remaja tak stabil lagi kot....

    ReplyDelete
  15. wah, cantik berseri nad lepas amalkan produk ni. huda nak try juga lah

    ReplyDelete
  16. Wah, Bestnya produk ni. Bagus utk kulit

    ReplyDelete
  17. muka orang yg buat review nampak glowing mesti hasil menguna produk ni kan

    ReplyDelete
  18. memang minum shj ke sis?ade kolagen ke

    ReplyDelete
  19. berseri wajah mak yong ni tau...akak pun dah start naik jerawat ni..hadoiii..memang nak kena cuba ni

    ReplyDelete
  20. wow no wonder lah muka berglowing glowing ni, orang cakap kalau mak cantik cenderung dapat anak perempuan hehehe

    ReplyDelete
  21. Wahhh untuk ibu menyusu pun boleh, nak cubalah. Nak berseri jugak!

    ReplyDelete
  22. Mahal x ni Nad? Ade jual kat Watsons ke? Mcm familiar je kotak² dia

    ReplyDelete
  23. Bagus untuk bayi dalam kandungan juga rupanya..Nnati baby keluar kulit bersih je..kan??

    ReplyDelete
  24. Woww patutlah makin berseri je tgok nad skrg ni..glowing je muka. Sesiapa nak muka putih n bersih boleh lah cuba produk ni kan...ummm nk cuba lah nanti

    ReplyDelete
  25. Rose tak pernah cuba lagi... macam best je, rasa oren... mesti makin berseri ni Nad

    ReplyDelete
  26. Baca banyak feedback yang positif dengan kitsui ni. Nak cuba yang pimple tu. Geram pulak ada je blackhead yang menyinggah je huhu

    ReplyDelete
  27. Wa.. bestnya.. boleh try ni. Mslh jerawat kan

    ReplyDelete
  28. Menarik. Boleh cuba nanti sebab lately ni jerawat makin galak dok naik kat muka

    ReplyDelete
  29. macam best je ni. boleh try suggest kat kawan yang tengah cari produk untuk lenyapkan jerawat dia

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  30. berseri-seri muka nad. Boleh tak produk ni digunakan untuk anak2 reaja. sbb my yana ni jerawat banyak sgt

    ReplyDelete
  31. Waaa.. ibu mengandung pun boleh minum ye. Makin berseri la nmpknya.

    ReplyDelete
  32. Pernah dengar kitsui.. tapi xpernah pakai... bleh rekemen kat kawan ni.. sesuai untuk jerawat..

    ReplyDelete
  33. menarik dan nampak sihat? lelaki boleh cuba ker?

    ReplyDelete
  34. Bagus ni belikan tuk Kakak Eillya. Dak remaja muka depa mudah naik jerawat

    ReplyDelete
  35. Ala... dah xde jerawat... nanti nk picit apa dekat muka hahaha.... bila lama xde jerawat then sekali tumbuh jerawat gatal... perghhhh bini suspect laki dia gatal nk nikah lagi hahaha

    ReplyDelete
  36. Your skin more glowing after taking the supplement drinks. Feel want to try.

    ReplyDelete
  37. I want to try the whitening bb drink right after my pregnancy, hope I will get my glowing skin back.

    ReplyDelete
  38. Bestnya boleh nyahkan pimple

    ReplyDelete
  39. Bestnya bila dapat kulit idaman kan. Wanita dan kecantikan berpisah tiada..hehe

    ReplyDelete
  40. Boleh ye minum sebelum baca di kotak dia kata selepas makan

    ReplyDelete