hai assalammualaikum

Anak Lelaki Atau Anak Perempuan?? - Ramaila kawan-kawan dan orang tersayang cuba teka jantina baby dalam perut nad ni..hehehe. Biasalah, bila ada yang mengandung, benda nak tau sangat semestinya jantina baby kan. Nad dengan mr mafia sendiri, pun excited nak tau jantina adik Fariza ni. Masa check up haritu, adala doktor bagitau masa scan, tapi dia kta " macam"..kali kedua scan pun doktor kata " macam"..huhuhu..

Untuk anak kedua ni, nad takde beria scan, pergi klinik lain atau buat scan 3d,4d bagai untuk tau jantina. Cukupla scan masa check up tu. Tak tau kenapa, untuk anak kedua ni, biarla tunggu dia keluar nanti..hehehe..kira surprise la kan. Selalunya dalam 4 bulan kandungan, dah boleh tau jantina baby sama ada " bebird atau bunga "..Tapi kadang scan pun boleh salah jantina kan..

Dalam masa sama, sebenarnya nad baca-bacala petua orang dulu, nak tau jantina baby, lelaki ke perempuan..hahaha. Biasalah baca-baca, cakap kalau lelaki perut lonjong ke depan, perempuan membulat. Kalau lelaki suka bersolek, perempuan tak suka solek. Nad pregnant kali ni suka bersolek. Muka nampak lebih berseri. Tapi tengok kawan, laki ke perempuan, diaorang suka solek..hahaha..Masa alahan, laki kurang alahan, perempuan kuat alahan. Nad boleh jugakla alahan. Pastu, kalau baby lelaki suka gerak kanan, kalau perempuan gerak belah kiri. Nad ni dua-dua pun iye. Tidur pulak boleh belah kanan dan kiri..Ermm entahla. Suka baca je, takda caya 100% pun..hehehe.


Hah tengok gambar ni, yang gambar belah kiri, masa mengandungkan Fariza, belah kanan gambar mengandung terkini. Pakai baju sama. Saja nak suruh korang teka..hahaha. Tengok muka, nampak selekeh dengan berseri..hahha. Tak reti haishh nak tengok perut..hahha..

Walaupun doktor kata "macam " ehem jantina baby, kalau betul, nad dengan mr mafia tak kisah pun. Asalkan baby keluar dengan sihat, kuat dan sempurna. Harap nad dengan baby selamat dan dipermudahkan urusan. Terima kasih korang yang doakan nad dengan baby. Nanti dah keluar, nad umumkan lelaki ke perempuan adik Fariza ni ye..hehhe.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Semog dipermudahkan. Asalkan sihat tak kisah jntina apa pun. Tp sbb dah ada girl, mesti nak boy pulakkan

    ReplyDelete
  2. Berseri-seri nampaknya kali ni. hihi. Lelaki ke perempuan, dua2 rezeki kan,,, hihi. Semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  3. tahniah nad.. alhandulillah..syukur dah selamat bsalin ya. slnt bpantang

    ReplyDelete
  4. berseri nad ni. semoga dipermudahkan ye :)

    ReplyDelete
  5. Semoga jadi anak yang berbakti pade orangtua

    ReplyDelete