hai assalammualaikum


Menunggu Hari Bersalin -Dah masuk February, memang bulan yang ditunggu..hehehe. Harini juga cuti wilayah, jadi orang Kuala Lumpur bercuti lagi la. Semalam Thaipusam. Esok sapa sambung cuti, memang best la cuti sampai ke sabtu ahad. Siapa tak suka cuti. Harini patutnya pergi event, tapi ada hal yang tak dapat dielakkan. Sedih tak dapat pergi..jeles tengok kawan-kawan yang pergi. Takpela..adala rezeki lain.

February, bulan yang ditunggu-tunggu untuk nad. Setiap hari kira bulan..hahaha..bila nak kunjung tiba, sekali dah tiba kau. February, adalah bulan dijangkakan nad bersalin. Sebenarnya tarikh due date 6.2.2018, tapi kalau takde tanda apa lagi, doktor dah anjakkan 10 hari lagi, sebelum masuk wad terus. Kalau tambah 10 hari, maknanya 16.2.2017 nad kene pergi hospital terus kalau takda tanda. Kalau si adik keluar bulan 2, maknanya sama bulan dengan daddy dia..hehe.

Macam lama je lagi..hahaha. Kalau sebelum ni, Fariza pun terlebih overdue. Kita tengok adiknya awal ke lambat. Esok pulak nad ada check up lagi. Selagi tak masuk hospital, check up la kita. Lepas tu, balik kampung. Sebab nak beranak dekat Hospital Klang, tempat sama masa bersalinkan Fariza. Nak jadi anak Selangor kan. Banyak kelebihannya. Lagi haritu bajet 2018 ada kata pasal anak Selangor ni kan..huhu.. Nad pun akan berpantang dekat rumah mak dekat kampung. Takkan dekat bandar ni. Laki kita mana tau apa..huhu.

Lagipun dah rindu dengan masakan mak..hahaha. Rindu dengan ayam kicap dia, ikan tomato, sup ayam, jantung pisang eh macam-macam la..sebelum beranak nak makan makanan hasil tangan mak. Rindu bangetttt....

Harap-harap semuanya selamat dan dipermudahkan nad bersalin nanti. Dah siap sedia semua, sebab nurse dah cakap awal-awal anak akan kena tahan sebab jangkitan kuman gbs. Takpela, duduk jela dekat hospital tu. Doakan ye korang, harap baby sihat, kuat dan sempurna semuanya. Risau juga sebenarnya. Walaupun dah ada pengalaman bersalin, tapi tak tau kan kita. Harap kuatla data dekat hospital nanti..hahaha..kalau tak bosan..

Doa semoga nad dimudahkan urusan..terima kasih korang.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. semoga dpermudahkan urusan nad..aamiin

    ReplyDelete
  2. Have a safe delivery. Enjoy the journey and you'll miss it.

    ReplyDelete
  3. Moga semua dipermudahkan ye Nad...Yeahh Tak lama lg Fariza dapat adik

    ReplyDelete