hai assalammualaikum

Baby FN kedua

Selamat Melahirkan Anak Kedua

Pengalaman Melahirkan Adik Fariza, Baby FN kedua Dah Selamat Melihat Dunia - Alhamdulillah, alhamdulillah, syukur sangat, nad dah selamat melahirkan anak kedua. Terima kasih pada yang sentiasa mendoakan kesihatan nad dan baby, dan mendoakan urusan nad dipermudahkan. Syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Rasa lega bila seorang budak keluar dari perut mommy..hehehe.

Awal Sehari Dari Tarikh Due Date

Tak sangka, adik Fariza nak keluar awal dari tarikh due datenya. Ingatkan nak lewat juga macam kakak Fariza..heehe. Tarikh due date nad 6.2.2018. Nad balik awal ke kampung, 3.2.2018 sebab takut bersalin awal. Yela, macam kakak cakap, anak kedua mungkin lahir awal.

Malam tu, 4.2.2018 dalam pukul 9 malam, nad dah rasa sakit. Tapi tak terlalu kerap. Sakit yang macam nak buang air besar. Malam tu pun dah cakap dengan mak dengan kakak, " mak, diah ada rasa sakit la "..mak cakap " kau sakit macam manamana? "..nad cakapla,sakit macam nak berak tu. Kakak pun cakap " sakit kalau kerap, hah iye la tu ". Nad cakap tak kerap lagi, tapi ada rasa sakit. Nad was-was sebab dah lupa macam mana. Tapi, nad tetap kira berapa kerap dia sakit.

Dalam pukul 1.30 pagi nad masuk tidur. Tengah susukan Fariza, siap boleh buat entry blog tentang jantina baby. Masa tu memang datang sakitnya. Nad biarkan dulu, tahan, sebab nak tengok waktu kekerapan sakit. Nad kira kejap dia datang 5 minit, kejap 8 minit. Pukul 2.30 pagi, makin sakit sangat dan kerap 5 minit. Sebelum tu, memang dah whatsup mr mafia, nad cakap sakit. Dia pun dah siap sedia nak datang dari Kuala Lumpur. Masa nad dah sakit kerap tu, nad dah whatsup mr mafia, memang dah sakit, datang suruh ambil. Nasib baik, tengah pagi, jalan lenggang. Memang cepat mr mafia sampai.

Dia sampai je, terus nad gerak ke hospital. Uishh, dalam kereta, sakit tu makin kuat. Rasa macam dalam drama pulak..huhu. Nad duk pegang tempat pemegang tangan dala kereta tu sambil tahan sakit. Sampai hospital dalam pukul 3.20 pagi. Pergi ke kawasan ibu bersalin. Nad pilih nak bersalin dekat Hospital Shah Alam, hospital baru katanya. Lagipun dekat dengan rumah mak, memang sekejap je sampai hospital tu.

Nak Meneran Bersalin

Sampai je dekat kawasan bersalin, nad masuk dulu, mr mafia pergi cari parking. Sebelum masuk, kena tulis nama, waktu dekat guard. Ayoyo, masa tu memang dah sakit sangat. Lepas tu kena tunggu dekat meja nurse untuk nurse ambil butir-buti peribadi. Weii, bayangkan, tengah sakit, dia tanya macam-macam. Memang genggam-genggam tangan ni. Bila hilang sakit, lega la sikit. Bila datang, allahuakbar, macam nak tercabut nyawa.

Tempat menunggu, tengah menahan kesakitan sampai rasa nak meneran

Selesai, tanya butir peribadi, nurse suruh baring dekat katil kosong. Lepas tu dia cek la graf baby. Biasalah, kalau cek tu, memang lama la. Tapi masa nad, takde lama sangat. Waktu nad datang pun, tak ramai orang. Selesai cek, dia bawa nad ke labour room tingkat 4. Masa tu nad dengan seorang perempuan bersalin gak. Sampai labour room, tengok ramai juga dekat situ..hehehe. Tapi takdela crowded sangat. Waktu tu, kena tunggu giliran lagi. Weii bayangkan, waktu tu memang dahdan sakit sangat-sangat, rasa nak meneran dah. Cuba bayangkan, nad tahan daripada pukul 3.30 pagi sampala ke subuh, baru nama nad dipanggil. Sebelum nama nad dipanggil, nad ada tanya, lambat lagi je nurse. Nurse cakap ye, doktor takde, sebab doktor buat yang czer. Maknanya, malam tu, mesti doktor kurang dan doktor yang ada pergi buat pembedahan. Memang tahan jela, nak cakap, nad dah nak meneran, tapi tak cakap. Tahan jela dekat kerusi menunggu tu. Genggam kerusi tu sampai rasa nak cabut kerusi tu. Waktu tu, macam rasa air sikit keluar dekat spender. Basah sikit dekat kain batik,.

Dekat labour room tu, dengarla suara baby, mak-mak menjerit bersalin, mengadu sakit, haishh macam-macam. Kita yang debar pulak, sambil tahan sakit. Lepas nama dipanggil, Allah, lega, terus ke tempat dipanggil tu. Doktor pulak tanya macam-macam. Nasib sekejap je, terus dia suruh baring atas katil kosong. Nad terus baring dan doktor tu datang cek laluan. Sekali dia cek, dia cakap dah 8cm terbuka. Fuh, patutla rasa nak meneran, laluan dah terbuka banyak. Terus panggil nurse, suruh pasang branula tu dengan masukkan antibiotik sebab nad ada jangkitan kuman GBS. Nurse cakap, " kalau nak meneran bagitau "..telefon mr mafia, cakap dah ak bersalin, naikla kat tingkat 4, zon hijau. Lepas call, tak sampai beberapa saat,, nad panggil nurse, sebab dah nak dah rasa nak meneran betul-betul. Terus diaorang tolak dalam bilik tertutup.

Sampai situ, doktor yang sambut, doktor perempuan. Dia cakap " sabar ye puan, jangan teran dulu, saya tengah nak pakai glove ni, kalau tak macam mana nak sambu ".aduh doktor, sy memang tak tahan, tapi tahan jugala dari meneran. Selesai dia pakai glove, pastu suruh teran. Memang nad teran sekuat hati. Kali ni, macam susah sikit, tak tau kenapa. Penat juga nad meneran sampai hilang nafas..huhu. Yang sambut nad ni, doktor perempuan. Memang perempuan la semua, takda budak praktikal pun.

Suami Boleh Masuk Ke Bilik Bersalin

Waktu tu, nurse ada tolong panggil suami untuk masuk ke bilik bersalin. Yup, suami boleh tengok isteri bersalin. Bagi sokongan la kan. Tapi, nurse cakap " dah panggil suami awak, tapi dia takda "..dalam hati nad, mana suami kita ni. Masa tu teran dan teran lagi. Akhirnya keluar juga budak seketul tu dalam pukul 8.13 pagi. Alhamdulillah, legaa..sedih bila suami tak masuk..sobsob.

My baby. Besarnya dia daripada kakak dia

Lepas tu doktor letakkan baby dekat atas perut. Alaa, nangis nad, dapat baby perempuan juga. Doktor pun mula jahit bahagian bawah tu. Fuh terasa jugala, hahaha..sebab masa Fariza, tak berapa rasa sangat. Nad tak tanya pun, koyak banyak ke, berapa jahitan ke, sebab taknak tau..huhu. Yang nad dengar, jahitan cantik je..Lepas tu doktor cakap berat anak 3.21 kg. Pergh, patutla payah sikit, besar juga baby kita ye..Dulu Fariza 2'8 kg je,adiknya dasyat.

Selesai jahit, nad dibawa ke bilik khas, sebab bilik bersalin tu nak diguna. Yela, hospital baru,bilik tak cukup. Bilik khas ni, sekejap je, sebelum ditolak masuk wad. Masa dekat bilik ni la, baru mr mafia ada. Tu pun nad yang telefon, cakap dah bersalin..huh..mana la dia pergi sebelum ni pun tak tau. Dia cakap, dia pergi isi borang itu ini. Buat itu ini. Takpela, asalkan dia dah datang dan tengok anak perempuan kedua dia.

Selesai dia azankan anak, belikan nad makanan, borak-borak pe semua, dia balikpun bawak uri baby bagi dekat mak nad. Makanya nad, dengan baby jela tinggal. Sementara baby tidur, nad pun tidur. Tapi sebelum tu, online la sekejap-sekejap..hehehe. Lepas tu, kejap-kejap nurse datang cekand, doktor datang cek. Baby paling kerap kena cek sebab nak pantau keadaan dia, yela nad ada jangkitan kuman GBS positif. Jadi baby kena pantau, sepenuhnya.

Doktor datang cek, tengok perut la, lepastu macam biasa, cakap " dah kencing "..biasa orang mengandung, walaupun lepas bersalin, kena bangun dalam keadaan sakit, kena kencing. Macam tu la.

Katil 1 wad 8 A

Ditolak Masuk Ke Wad

Dalam pukul 4 petang, wad ada katil kosong. Jadi nurse pun suruh siap-siap semua bawak barang dan baby ditolak masuk dekat wad 8A. Nad dapat katil 1, depan sekali lepas masum ikut pintu. Bersyukur sangat, walaupun ada jangkitan kuman GBS, baby takda ditahan ke bilik lain. Baby ikut mommy dia masuk wad. Dan paling bestbest, adik Fariza ni jenis tidur je. Bangun bila betul-betul haus. Nad pun tidur lena la juga..hehhe. Boleh je nak update entry waktu tu, tapi penat kan..Sebab tu baru muncul entry ni..hahaha.

Nad kena tahan dekat wad selama 2 hari setengah. Sebab dimasukkan antibiotik, kena tahan 48 jam. Jad, dudukla dekat wad tu. Nasib wadnya ok dan selesa. Dua hari tu memang okla. Hari kedua, malam, dipanggil untuk doktor cek jahitan. Eee,ngilu weii..tapi nasib sekejap je. Malam tu, juga nurse macam biasa akan cekjoin ibu dan anak. Tiba-tiba nurse cakap anak demam. Ala, janganla, penat dah duduk hospital ni, harap balikla esok. Nurse cakap mungkin, budak ni diselubung dengan kain., jadi dia panas. Yang nad fikir,,mungkin dia sejuk..Nurse pun buka bedung dia, bagi angin masuk.. Dalam beberapa minit, nurse cek, ok tak demam. Syukur sangat.

Letak bawah lampu. Boleh pulaj dia bantai tidur, santai ye..hehe..ok la tu

Tapi nurse nampak kuning pulak dekat baby. Alahaii,nad risau lagi. Esoknya hari ketiga, pagi tu nad cakap,dah boleh discharge ke. Nurse cakap doktor kanak-kanak tak cek lagi baby, tak boleh discharge. Pulak tu, baby kena cek darah kuning pulak, tengok tinggi ke tak, kalau tinggi kena tahan. Sedihh...masa tu nad dah cakap, "baby, berak banyak-banyak ye..taknak la duduk sini lama-lama, kesian kakak fariza dah rindu kita. Kakak Fariza tengah demam tu "..menangis nad..hahaha. Lepas dapat keputusan darah, nurse cakap tak tinggi pun, 181 je. Tapi tetap kena letak bawah lampu biru. Lampu tu diletak sebelah katil ibu. Ibu boleh buka dan matikan sendiri lampun biru tu. Memang mudah macam tu.

Tiba-tiba nurse cakap, " petang ni awak boleh balik, awak tau kan ".Nad cakap tak tau. Nurse dah confirmkan,nad boleh balik..syukur alhamdulillah. Cukupla duduk dekat, hospitak ni 2 hari. Melepas tengok #kekasihpaksarela..eh..hehehe. Baby pun tak kena tahan lama-lama dekat, hospital. Petang tu, memang ayah, mak dan kakak nak datang melawat. Tapi nad bagitau, nad dah boleh balik. Nasib diaorang nak datang, kalau tak, takdok siapa nak ambil. Mr mafia waktu tu tengah kerja.

Balik rumah nenek, pantang sana

Bila dapat balik, cepat-cepat kemas..ehehe..welcomw home baby FN kedua..hehehe


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Welcome to the world Baby FN

    Tahniahh kak Nad.. Alhamdulilah semuanya selamat.. Selamat berpantang

    ReplyDelete
  2. Ngeri plak akak Nad citer bab bersalin ni..dah 14 tahun akak x bersalin ni..heheheh...selamat berpantang ye

    ReplyDelete
  3. Tahniah Nad, sukalah Fariza dapat kawan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Nad.. lama jugak nak tunggu check bukaan tu ye.. adik dilah pun planning nak bersalin kat hospital shah alam ni.. tengah tunggu hari jugak tu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...fuhh habis sy baca cite akk ni...hahaa serramm... hehe pape pon tahniah kak

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...senangnya bsalin

    ReplyDelete
  7. Tahniah Nad. Alhamdulillah semuanya dah selamat. selamat berpantang

    ReplyDelete