hai assalammualaikum


Sakit Rengat Memang Menyengat

Sakit Rengat Ketika Menyusu Anak - Sebenarnya nad tak tau pun nad diserang sakit rengat, nad tau pun lepas nad google. Hah macam ni la kita, nak tau apa-apa mesti google, mesti dapat jawapannya. Ceritanya, lepas sehari lahirkan Farhanah. Hari kedua, waktu malam, nad susukan Farhanah, tiba-tiba terasa perut sakit sangat yang amat. Nad dah cuak, kenapa pula ni kan.

Bila susukan Farhanah, mesti sakit perut. Sakit yang amat, yang tak dapat digambarkan. Masa susukan Farhanah, mesti siap sedia, kaki cengkam tahan sakit. Mula nad ingat, sebab nad tahan kencing ke apa, tapi lepas buang air, masih ada lagi sakit tu. Nak bagitau nurse takut, sebab takut dia cek bawah, kot kene buka jahitan, jahit semula ke macam kes lahirkan Fariza dulu. Eewww..takut weii..jadi nad diam kan jela. Tahan sakit tu masa susukan Farhanah.

Lepas tu apa lagi, nad google la. Tengok-tengok, nad tengah sakit tu namanya " rengat"..atau " after birth pain "..eh yeke..hahaha. Belasah je. Nad baca-baca setiap satu, yup memang betul, nad kene serang sakit rengat. Dia kena masa lahirkan anak kedua. Anak pertama memang tak kena. Masa balik mengurut pun, tukang urut kampung tu cakap, " rengat ni ada lagi ni "..dia urutla bagi hilang rengat dan kecutkan rahim. Tapi masa balik tu, nad dah takda rasa rengat. Alhamdulillah la, nad rasa 2,3 hari je. Tapi paham-paham jela, susukan anak sehari berapa kali. Jadi kena tahan jela.

Ni info yang nad dapat masa google. Rengat merupakan proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya. Kesakitannya akan diamplifikasikan berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan. Ini keranan penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera. Sakit rengat sama macam kontraksi atau sakit nak bersalin atau senggugut.

Ada ibu yang tak dapat lawan, sampai demam, macam nad, nasib boleh lawan lagi. Ada cara nak hilangkan rengat, dengan sapu minyak panas, bertungku, minum air masak, dan macam-macam lagi. Jadi korang yang ada sakit masa susukan anak tu, bertabahla. Kene kuat.

Macam ni la kita ibu bersalin, sakit bawah tak hilang, ada sakit lain lagi. Ni kalau lelaki tak hargai, tak tau la.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Sakit rengat tu mmg ada nad. Tp insha allah boleh bantu rahim. Kuat nad

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa lagi.. hehehe..
    semoga cepat sihat nad..

    ReplyDelete
  3. baca pasal terus tanya mak mentua.. dia cerita pasal tu seram la hahahahah... x merasa lagi menngandung..

    ReplyDelete
  4. Cepat sihat NAD. Tak pernah lagi rasa rengat masa anak no 1&no 2..
    Coming soon ni x tau LA mcm mane plak rentak dia..

    Kita sbg IBU ni kena kuat Dari semua segi kan?

    ReplyDelete
  5. Darah beku tak habis keluar tu, kena rajin tungku dan minum air akar kayu. Insya Allah cepat baik dan rahim cepat kecut.

    ReplyDelete
  6. owh bru thu rengat ni mcm mana.. xdpt bygkan kesakitan yg nad rasa..besar pengorbanan ibu...

    ReplyDelete
  7. 1st time juga dengar rengat ni sebab tak pernah kena sakit camtu time bf baby.. tapi mujurlah rengat tu mmg normal, means bukan serius case. Kalau tak mesti dah risau nak kene ke hospifal pula kan.

    ReplyDelete