hai assalammualaikum

Keperluan mak dengan anak ke hospital

Siap Dah Kemas Barang Mak Dan Anak - Dah sebulan sebenarnya siap kemas barang nad dengan baby, excited kan..haha. Taknak kemas lambat-lambat, nanti kelam kabut jadinya. Lagipun semua keperluan baby dah ada dan lengkap dah. Semuanya nad selongkar kakak Fariza punya. Semua dah ada, dari baju, seluar, topi, sarung tangan, bedung, eh semuala. Cuma nad tambah pakaian sikit dan beli pampers newborn je. Kalau lupa tu, nad tengok balik entry lama berkenaan keperluan ibu dan anak nak dibawa ke hospital..hehe. Nasib ada tulis.

Tahun ni, nad tak pergi pun expo baby, macam nad pergi untuk anak pertama. Ingat nak pergi dekat Midvalley tu, tapi masa tu takda. Lagipun nak ke Midvalley tu sesak. Jadinya, nad beli baju dekat Sogo. Pampers newborn pun beli dekat Tesco. Kalau rasa nak beli lain, nad singgah je kedai baby. Lagipun sejak nak dekat bersalin ni, banyak pulak iklan kedai baby. Jadi nad screenshot jele..hehee. Tunggu habis pantang baru tambah apa nak beli untuk keperluan baby nanti.

Nasib baik nad simpan elok dalam kotak semua baju Fariza dan nad punya semua macam bengkung semua tu. Cuma fikir sekarang pilih untuk set berpantang je, apa yang bagus agaknya ye..hahaa. sebab sebelum ni, nad guna makcik tukang urut punya je..hehe. Takpe, tunggu dah set nanti nad pilihla set berpantang apa yang ok kan.

Setiap kali check up, nurse mesti tanya, dah siap barang ibu dan anak. semestinya nad cakap " dah "..Bila dah siap kemas terus letak siap-siap beg tu dalam kereta, dah sampai masanya nanti senang. Nad memang kena bawak lebih sebab akan ditahan dekat hospital. Tak tau berapa lama. Harap sekejap jela. Doa baby cepat baik. Tak larat duduk hospital lama-lama. Makanan ringan macam roti, biskut, boleh suruh suami nanti datang bawakkan. Hospital pun ada sediakan makanan. Makan jela apa yang diberi..hahaa.

Okla, selesai semua..Dah takde nak join event sana sini buat masa sekarang..Duduk senyap-senyap orang dapat job jela..hehe..kita buat entry personal jela.. Debar juga  ni nak tunggu bersalin..haha.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. salam kak nad..
    bguihnya siap semua da awai2.
    utk kmudahan juga nti kan.jadi xdelah kelam kabut ^_^
    semoga segalanya dpmudahkan kak nad..Aamiin
    beshnyer nak dpt bby lgi ni..hehe

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan..lepasni kna pantang elok elok tau.. ehehehe..jangan layan perasaan tu..syaitan duk kacau je tu..Banyak makan buah kurma ye nad

    ReplyDelete
  3. Perkara mcm ni mmg perlu persiapan awal agar apa2 nanti mudah dan tak kelam kabut. In shaa Allah, semoga lancar dan dipermudahkan segalanya... aamiin.

    ReplyDelete
  4. Semoga urusan nad dipermudahkan.tak sabar tunggu baby keluar ya

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan semuanya.. Aminn

    ReplyDelete