hai assalammualaikum

Rehat Sepuasnya Di Kampung - Semalam selamat sampai di kampung. Memang sebelum bersalin, balik awal kampung nak berehat kejap. Lagipun nak bersalin dan berpantang dekat sini. Memang barang yang nak dibawa balik, nad dah siap-siap kemas, biar takda benda yang tinggal. Kesian ngan mr mafia, ulang alik Kuala Lumpur ke Klang.



Sampai kampung, memang bestnya sebab tenang je. Lepas tu, senang la nak dapat makanan..hahaha. Ada je makanan yang ada. Stok makanan tu terlalu banyak sampai dah terlalu kenyang nak makan. Kedai pun banyak dekat-dekat. Dah rindu dengan masakan mak oii..

Kalau balik kampung pun sebab nak rehat je, yela dekat bandar dah terlalu sangat banyak buat kerja. Bukan maksudnya rehat, takde buat apa-apa, buatla juga, cum rehat tu lebih dari dekat bandar. Lagi-lagi, kurang jaga Fariza, sebab Fariza dah jumpa dengan sepupu-sepupu dia. Memamg main jela dengan sepupunya tu.

Ramai yang tengokkan Fariza. Jadi nad pun bolehla rehat kejap. Lagipun dah nak dekat tarikh bersalin. Nad pun berpantang dekat sini. Lama sikit la dekat kampung kan..kasi badan ni betul-betul kembali bertenaga. Dekat kampung ramai boleh bantu, anak buah pun dah besar-besar.

Tahun ni je, atuk johari dan nenek latipah dapat tiga cucu ooo..kakak ipar, nad dengan adik tengah mengandung dan menunggu waktu je. Nad dengan kakak ipar bulan 2, adik bulan 3. Kalau ikut tarikh, nad yang bersalin dulu baru kakak ipar, tapi kalau nad lambat due, kakak ipar dulu la. Adik bulan 3. Lambat lagi. Lagipun nanti, bila nad dekat hospital, adala tengokkan Fariza.


Meriahla rumah atok johari dan nenek latipah lepas ni..huhu..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. semoga dpermudahkan urusan nad..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah nad dan kakak ipar dah selamat bersalin. Meriah rumah dengan org berpantang. Hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat berpantang dan selamat berehat kat kampung...

    ReplyDelete