hai assalammualaikum

Bila Atuk Nenek, Sayangkan Cucu - Amboii,bila mommy tak bagi buat sesuatu,mommy marah Fariza, mesti ada yang backup dia. Mesti ada yang salahkan mommy balik sebab tak bagi Fariza buat atau makan sesuatu. Siapa lagi, kalau bukan atuk dengan neneknya. Macam tu la kan, cucu mesti disayang lebih.


Adalah haritu,nad tak bagi dia makan jajan, sebab berterabur Fariza makan. Jadi,nad ambik la jajan tu. Nak tau lepas tu apa jadi, atuknya boleh amik jajan lain bagi dekat Fariza, sebabnya tak tahan tengok budak tu menangis. Biasalah budak,bila diambil benda yang dia tengah khusyuk tu, mesti nangis punya. Nangis pulak jenis, melalak,mana tak kesian atuknya.

Lepas tu, pernah nad marah dia, sebab dia buat perkara yang nad tak suka. Tapi,nenek backup Fariza, mommy kene marah sebab marah anak. Sedangkan nad nak ajar Fariza..huhuhu. Sabar jela. Sedangkan mak kita dulu garang giler dengan kita masa kecik juga..habis dicubitnya. Bila sampai dekat cucu, semuanya salah..hahahha.

Biasalah kan, cucu la yang memeriahkan suasana walaupun kadangkala, cucu ni memeningkan atuk dan nenek dengan perangai masing-masing. Rumah bersepah, bising sebab diaorang terjerit sana sini. Benda tu la yang mengubat kesunyian mereka. Yela,anak-anak dah besar, nak bagi riuh, cucu jela.

Bila cucu semua dah balik rumah masing-masing, dah sunyi..hehehe. Sebab tu atuk dengan nenek sayang sangat dengan cucu-cucunya.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Hehe memang selalunya mcm tu. Kalau bab cucu ni, atuk nenek memang lemah. Jadi jatuh syg ggila kat cucu. hehe. Tapi Ahamdulillah la kan :) Seronok tengok kasih syg antara cucu dgn atuk nenek. Ika datang sini. https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/al-fatihah.html

    ReplyDelete