hai assalammualaikum

Resepi Ayam Panggang - Orang berpantang ni boleh makan panggang, bakar ni semua. Tapi mak tak pernah la buat..huhu. Selalu buat sup, goreng. Nad pula teringin nak rasa panggang atau bakar ni. Jadi, hari minggu haritu, semua ada dekat rumah. Kakak kita yang suka masak offer diri nak masakkan. Tapi, syarat nad kena beli ayamnya.

Takde masalah pun. Mr mafia la beli ayamnya..hahhaa. Beli bahagian peha ke tight. Tak tengok pulak cara dia masak, tengok-tengok dah siap.

Ayam dipanggang belum bubuh kuah

Ayam dengan kuah..nyumnyum

Ni la hasilnya. Nampak sedap ooo..lembut je ayamnya. Lepas tu nad mintak resepi dekat dia. Hah, nasib dia nak bagi. Meh nad kongsi dengab korang juga.

Bahan:
- Ayam
- 1 Kiub ayam
- Serai
- Halia
- Lada hitam
- Bawang putih
- Bawang merah
- Kicap
- Sos cili

Cara membuatnya
- Ayam rebus diletak garam dan kiub ayam
- Ayam yang dah direbus, nampak dah lembut boleh toskan.
- Sementara toskan dan tunggu sejuk ayam tu, boleh la blenderkan serai, halia, lada hitam, bawang putih dan bawang merah. Ikut korangla berapa biji ye nak guna.
- Ayam yang disejuk tadi boleh dibubuh kicap dan sos cili dan campur dengan bahan yang diblender tadi.
- Perap 30 minit atau lebih atau sehari.
- Lepas tu bakar atau panggang ayam tu sehingga masak. Selesai masak letak dipinggan.
- Sos perapan yang lebih dekat kuali, boleh buat sos ayam. Caranya tambah sedikit air dan masak.
- Sekejap je masak sos tu, dan boleh tuang atas ayam..siap...

Selamat mencuba.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. sedap saya dah cuba.air rebusan ayam tu dibuat nasi ayam di gandingkan dengan ayam tu.memang kena

    ReplyDelete
  2. sedap saya dah cuba.air rebusan ayam tu dibuat nasi ayam di gandingkan dengan ayam tu.memang kena

    ReplyDelete