hai assalammualaikum

Resepi Ikan Siaka Kicap - Masa berpantang ni pun nak makan sedap-sedap. Makan benda sama je pun bosan juga. Lagi satu,masa berpantang tak boleh makan sembarangan, kang beri kesan dekat badan sendiri atau dekat anak. Jadi fikir dulu masa nak masak. Kalau dekat kampung, senangla, mak ada...hehee. Mak lebih arif apa yang sesuai untuk orang berpantang makan.

Haritu mak masak ikan siakap. Ikan siakap ni kan memamg sedap, kalau pergi kedai, ikan siakap mesti jadi pilihn menu. Tak sangka, ikan siakap boleh makan untuk orng berpantang. Best sangat. Ikan siakap sedap dimasak sweet sour, atau stim, tapi sebab untuk orang berpantang, mak masak kicap. Kicap bukan macam ayam kicap, jenis pekat, ni jenis cair sikit, pastu rasa pun memang sedapla. Walaupun tak pernah makan, ikan siakap masak kicap, tapi bila mak masak sedap ooo..


Ni la dia ikan siakap masak kicap. Senang je nak masaknya. Sebab nad tengok mak masak.

Bahan-bahannya
- Ikan Siakap
- Garam
- Kunyit
- Kicap
- Sos tomato
- Bawang Merah
- Bawang putih
- Halia
- Serai
- Sayur sawi

Cara membuatnya
- Lumurkan ikan siakap dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sehingga garing.
- Selesai goreng, letakkan di pinggan dan biarkan sekejap.
- Ambil kuali lain untuk buat kuah dia.
- Blender bawang merah,bawang putih dan halia.
- Tumiskan bahan yang diblender sehingga naik bau.
- Masukkan kicap dan sos tomato. Selalu mak masak kicap memang guna sos tomato sebab nak bagi pekat.Jangan letak banyak-banyak sos tomato, nanti rasa tomato pulak.
- Masukkan serai dan gaul sebati. Tuang sedikit air.
- Masukkan sayur sawi. Gaul sebati.
- Dah agak pekat kuat, masukkan ikan siakap. Ikut citarasa korang, sama ada nak tunag kuah atas ika siakap yang dalam pinggan atau masukkan ikan dalam kuah dan gaul bagi rata. Macam mak masukkan ikan dan gaul dalam kuah tu.
- Tak perlu lama gaul. Agak-agak semua ikan dah kena kuah, boleh angkat dan letak dalam pinggan.

Selamat mencuba.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. sedapppnyerrr...tak pantang pun terliur tgk ni...sebab ikan siakap tu favvvvvv sangat... hehehe

    ReplyDelete
  2. macam sedap je ni, orang tak berpantang pun boleh try ni hihi

    ReplyDelete
  3. nyumnyum sedapnya nad boleh makan ikan siakap dalam pantang.Ian memang tak boleh..sebab sudah ajar tak makan.

    ReplyDelete
  4. ooo boleh makan kicap eh kalau berpantang

    ReplyDelete
  5. ini orang tak pantang pun boleh ngap haah la dah boleh makan kicap eh

    ReplyDelete
  6. nampak sodap je masak kicap tu hihi

    ReplyDelete