hai assalammualaikum

Tiga Sekawan Bulan 2 - Alhamdulillah, selamat dah semua nad, kakak ipar dan adik bersalin. Tak sangka, masing-masing bersalin bulan 2. Nad bersalin dulu, 5hb, lepas tu kakak ipar 9hb kalau tak silap, adik pulak 26hb Februari. Nad ada geng berpantang. Mak pulak masak makanan berpantang untuk tiga orang, senang takda lain-lain. Rumah atok dan nenek dah macam nursery, hahaha..Bila sorang nangis, sorang lagi akan nangis. Ni cucu yang ke 15, 16 dan 17..


Hah!! Ni la mereka tiga sekawan. Yang kiri tu pendiam, kuat tidur dan riang je..hahaha. Yang tengah dengan kanan, over tau..Nad dapat anak perempuan, dah dua perempuan. Kakak ipar pulak dapat anak lelaki. Lagi semua anaknya hero..Adik pulak dapat anak lelaki. Dia dah sepasang dah, sebab anak pertama dia perempuan. Nama diaorang, Farhanah, Shauqi dan Khalif ke Khalid, tak berapa pasti. Bila nak sambut harijadi, boleh la sambut bersama ye. Macam mana la besar nanti..hahha. Comel je.

Kisah kitaorang bersalin. Macam nad awal sehari dari due date bersalin. Dah sakit dari rumah. Kakak ipar pula, kena serah diri dekat hospital, sebab kencing manis. Mulanya nak kena operate, tapi doktor tengok bukaan dah buka dan boleh meneran, jadi kakak ipar tak jadi kena operate. Adik pulak, hari ahad, last kerja, dia memnag nak berhenti bila bersalin anak kedua ni. Last kerja, malam tu dia sakit pinggang, terus ke hospital dan masuk labour room. Pukul 12 tengah malam masuk labour room dan selamat bersalin. Nampak macam senang je kitaorang bersalin kan..haha.

Lepas ni stop kejap la mengandung. Macam nad, tunggu anak besar dan boleh buat itu ini sendiri. Taknak dah mengandung masa anak kecik lagi. Tak larat weii..Sekurangnya, bila diaorang dah besar, diaorang dah pandia buat kerja, nad nak mengandung pun senangla, ada orang tolong. Mintak picit pun ada orang tolong..hahaha. Sekarang diaorang masih kwcik, nak enjoy pulak. Nak bercuti pula..kihkih. Lama dah tak bercuti, pergi event sana sini. Bagi mommy buat kerja mommy pulak.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours