hai assalammualaikum

Cantik Seperti Orang Korea dengan Althea Bare Essential - Seronok bila dapat barang dari Althea ni. Bila dapat je mesti senyum sampai telinga dan tak sabar nak buka. Nad memang suka shoping dekat Althea beli barang makeup. Kali ketiga nad dapat produk dari Althea. Selalunya barang makeup je, tapi kali ni berlainan pulak. Kali ni dapat skincare daripada Althea. Ni adalah new babies, new product daripada Althea. tahniah Althea. Teruja kita tau nak cuba skincare Althea ni. Produk dari Korea, semestinya nak cantik seperti orang Korea kan. Kulit muka nampak putih, licin je. Jom nad share skincare terbaru daripada Althea ni.


Hah!!, ni la dia Althea Bare Essentials. Semuanya nampak warna putih je..suci bersih gitu. Walaupun nampak simple, tapi tengok macam eksklusif ye. Bare Essentials ada tiga produk yang bantu mencantikkan kulit wajah kita persis orang Korea, gitu. Hanya tiga langkah, sangat mudah sangat senang, korang dah boleh cantik. Benda paling penting penjaagan wajah ialah pencuci, toner dan pelembap. Tiga ni je sebenarnya dah cukup untuk bagi kulit korang cantik, putih, dan sihat.

Althea Bare Essentials : Cantik Dengan 3 Langkah Sahaja

Nad dah guna sebulan dah, dan hampir separuh produk Bare Essentials ni. Best sangat kau. Tiga jenis produk Althea Bare Essential yang terdiri daripada
- The Contour Cleanser - RM 23.00 / 150g
- The Primer Water - RM 43.00 / 200ml
- The Fixer Cream - RM50 / 50g


The Contour Cleanser

Benda paling penting dalam penjaag muka mestila cuci muka. Yela muka dah kena habuk semua, wajib cuci muka, pagi dan malam sebelum tidur. bersihkan muka dari segala kekotoran. Contour Cleanser, pembersih yang kaya dan berbuih yang dapat menghilangkan kekotoran. Contour Cleanser mengandungi Ice plant yang membantu menghidrat dan mengelakkan kemerahan muka serta kulit tidak akan mengelupas. Yela, kadang ada pencuci tu buat muka kita merah atau mengelupas, katanya untuk buang segala sel kulit mati jadi tak cantik la kan.


Contour cleanser ni,  Ia mengandungi kapsul mikro untuk perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuat kulit berasa sejuk dan segar. Selain itu, ia mengandungi lemon myrtle, kaya dengan vitamin c dan antioksidan bagi menegangkan kulit muka. Lagi special, pembersih ni membantu peredaran darah dan membuatkan muka berbentuk V.


Cara menggunakan Contour Cleanser sangat mudah. Hanya basuh muka dengan air. Picit sedikit ke tangan dan usap ke muka. Urut dengan gerakan bulat. Sleepas tu bilas dengan air. Buih dia memnag banyak, dan wangi. Nad pakai, muka rasa sejuk, segar dan lembut je.

The Primer Water

Langkah kedua untuk wajah cantik dan berseri ialah dengan The Primer Water. Nad ingat Primer Water ni air, tapi bukan. Cecair yang padat, tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. The Primer Water mampu menghidratkan dan botol keajaiban ini mampu menembusi lapisan kulit untuk melembutkan kulit wajah ,melicinkan dan mencerahkan kulit  kerana mengandungi Snow Lotus. Primer Water ni seperti menghidupkan semula kulit kita dan memberikan kelembapan segera serta berkesan kerana ia patented " dewdrop" formulation.


Primer Water ini bertindak sebagai toner dan primer atau asas sebelum kita makeup nanti. Penting kan sebelum makeup mesti pakai primer..tapi yang ni dua dalam satu. Toner pun boleh, primer pun boleh..best weii!


Tuangkan sedikit sahaja di tapak tangan, tak perlu pakai kapas, dan sapukan secara merata ke muka, perlahan-lahan seperti mengurut muka untuk mendapatkan penyerapan yang lebih baik.


The Fixer Cream

Langkah terakhir mestilah pakai cream untuk melembabkan dan melembutkan kulit. The Fixer Cream memberikan kulit dengan penghidratan sehingga 24 jam untuk kulit yang segar. Botol kecil tapi bagi keberkesanan yang berganda pada kulit kita. Bukan sahaja menghidratkan, malah mengekalkan kulit menjadi lembap kerana kandungan teh hijau yang ada dalam Fixer Cream ni.



Selalunya, nad kalau pakai cream, muka akan berminyak, tapi pakai Fixer Cream, muka elok je. Esok pagi bangun, lembut je. Muka makin nampak glowing gitu.


Hah!!, ni la tiga langkah mudah nak cantik you alls!!..Althea Bare Essentials ni sesuai untuk semua jenis kulit. Harga satu-satu botol nad dah bagitau, tapi nad syorkan beli satu set ni. Hanya RM 116 je dah boleh cantik bak Korea. Seriusly, nad pakai ni, muka nad memang lembap, anjal dan lembut je.

Korang boleh dapatkan Althea Bare Essentials ni di www.althea.kr ok..cepat weii..


Video nad unboxing dan gossip macam mak jemah ni serta cara nad pakai Althea Bare Essentials.



Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

23 comments so far,Add yours

  1. wahh best tgk. tekstur pun nmpk ok sgt tu

    ReplyDelete
  2. Dah guna bare essentials nih memang best kan nadia.nak nak cleanser tuh hah. Bau lemon soft saja tau. Kulit muka memang rasa bersih dan soft jer lepas guna. Guna tiga rangkaian produk nih dah cukup bagus dah kan

    ReplyDelete
  3. i love this stuff. suka giler tektur dan bau dia. best sesangat. easy to use and easy to apply.. sgt best..

    mwmang kekal nak guna ni jer.. sambil tu amalkan juga cucian air bwras sekali. good for u

    ReplyDelete
  4. Althe Bare Essential ni TB dah try pakai.. best sebab dia tak memedihkan muka bila pakai.. krim dia pun sedap je bau.. Yang penting tak melekit.. mudha meresap dalam kulit kan Nad.. Sebelum pakai makeup.. TB suka je basuh muka dengan contour cleanser tu.. best..

    ReplyDelete
  5. Akak suka BE ni..dan memang dah lama jatuh cinta dari mula guna..psst..akak dah order contour cleanser yang lain baru..hehehe...rasa nak teruskan guna BE ni la..sebab sangat sesuai dengan kulit akak..muka jadi sangat bersih dan cerah sekata..

    ReplyDelete
  6. Wah. .. nad pun pakai Althea Bare Essentials eh... ?? Kak Nina tengok ramai kengkawan dah cuba pakai ni feed back semua best²...!!
    Harga pun idok lerrr mahal mana. Nak try gak laaaa

    ReplyDelete
  7. Orang perempuan kalau nak cantik nak mudah dan cepat jer tapi kalau nak bersiap tu hehehe makan masa berejam nak tunggu wakakaka tapi tak apa janji tetap cantik kalau keluar mana2kan.. bagus produk ni tengok pun lembut jer untuk kulit wanita asia.

    ReplyDelete
  8. Suka tengok packaging dia so minimalist. Nak cuba jugak set ni tak sabar nak beli

    ReplyDelete
  9. Ramai betul yang beri feedback positif produk althea nie yer. Di import dri korea pulk tu. Pasti berkualiti dan bagus kan. Teringin beli primer tu. Nampak best je

    ReplyDelete
  10. Contour Cleanser nih kayaknya cocok dibawa kemana mana saat traveling karena simple cara pakainya. Hanya membasuh muka dengan air lalu dipijit2

    ReplyDelete
  11. Pada yang tercari-cari produk yang bagus dan tak rumit, memang BE adalah jawapannya. Hanya 3 produk je nak dapatkan kulit yang sihat dan lembap. Kak ana paling suka Primer Water dia. Rasa segar je lepas guna. Fixer cream pun best. Kulit jadi lembap pada masa yang lama.

    ReplyDelete
  12. ramai juga blogger yang dpt box dari althea ni. lengkap plak tu set skincar diorng bagi

    ReplyDelete
  13. yeayyyyyy kita pun tgh pakai,memang best,nak habiskan set ni kalau ok dan sesuai nak repeat.

    ReplyDelete
  14. Akak sejak dapat produk ni..memang produk lain akak dah tolak ke tepi..suka pulak akak pakai yang ni sebab nampak sesuai sangat dengan kulit wajah akak. Nanti dah habis ni memang akak nak teruskan beli dan pakai ni aje...:D

    ReplyDelete
  15. klau liez suka la mcm ni sbb simple je utk rawatan muka. hanya 3 langkah je. ramai juga blogger kata best so nnt liez nak kena cuba juga

    ReplyDelete
  16. Selamat menjadi cantik jelita ye Nad. Haha. Bila dah cantik jangan stop pula pakai produk tu. AL maklum lah perempuan kalau dah dapat kulit flawless, dia terus stop penggunaan skin care. Hahaha

    ReplyDelete
  17. Lia pun suka sangat pakai produk Althea BE ni sebab hasil dia sangat best pada kulit. Kulit jadi bersih dan segar. Primer water tu wangi selalu sangat pakai.

    ReplyDelete
  18. Ramai yg dah review kata produk ni bagus. Ayu belum kesempatan lgi. Adoi. Kena start juga jeles tgknkawan3 muka semua makin berseri-seri

    ReplyDelete
  19. Mudah betul athea skincare ni. Dengan 3 cara terus cantik. Mommy nak juga cantik

    ReplyDelete
  20. Ramai gk pengguna Althea ni ye. Konfem2 produk bagus nih. Laki boleh consume tak?

    ReplyDelete
  21. Menarik la 3 3 produk ni..teringin sangat2...
    Takpa nanti kalau ada rezeki lebih kita nak try jugak..geram tgk semua org ckap best kan

    ReplyDelete
  22. I'm also using this set from Althea, Bare Essentials is really a great yet affordable product, I love how simple it can be, just 3 steps and viola we are ready to go.

    ReplyDelete