BARU TUKAR KAD PENGENALAN BARU

in , by Nadia Johari, 18:10:00
Tukar Kad Pengenalan Baru - Dah ada anak dua, baru nak tukar kad pengenalan baru..hahhaa. Masa nak ambil mykid anak, nad pun buat sekali kad pengenalan baru untuk nad. Ala kad pengenalan baru yang ada dua gambar tu. Dah alang-alang kan. Takdela banyak kos ulang alik nak buat kan.

Kad pengenalan lama nad, sejak dari mula buat iaitu masa umur 12 tahun, sampai dah ada anak dua, tak tukar tukar. Kau rasa, macam mana rupanya agaknya ye..ahhaha. Takdela teruk sangat, gambar masih elok, cuma cip tu kadang takleh detect bila nak discan.



Tukar Kad Pengenalan Baru

 Niat nak tukar tu dah lama, tapi fikir, mesti lambat agaknya, tu sampai ke sudah tak buat.

Sampaila orang JPN cakap, kad pengenalan nad dah wajib kena tukar. Yela, dah tak elok sangat. Ingat buat kad pengenalan baru ni ambil masa yang lama rupanya tak. Sebab seingat nad masa dulu mula-mula buat kad pengenalan ambil masa yang lama, nak siap pun lambat, tapi rupanya sekejap je.

Buat di Jabatan Pendaftaran Negara


Nad buat dekat Jabatan Pendaftaran Negara Klang. Memang sekarang dekat situ tak ramai orang. Sekejap je siap. Datang, cakap nak tukar kad pengenalan baru. Dia bagi nombor, tunggu dipanggil. Tak perlu isi borang ke apa. Hanya bawa kad pengenalan yang lama.

Cara tukar kad pengenalan bari


1) Pergi ke kaunter dan bagitau nak tukar kad pengenalan baru.

2) Ambil nombor giliran dan tunggu dipanggil nombor tu

3) Tidak perlu isi borang

4) Bawa kad pengenalan lama

5) Scan jap cari
- Bila nombor dah dipanggil, dia ambil kad pengenalan kita, lepas tu scan cap jari. 

6) Tukar alamat atau tidak
- Nanti dia cakap, nak tukar alamat tak. Tu ikut korang, macam nad, nad tak tukar. 

7) Denda RM20 bagi yang lambat tukar
Hah!! lagi satu, nad ada kena bayar RM20 sebab lambat tukar kad pengenalan baru ni. Sebab syaratnya " Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama iaitu semasa berumur 12 tahun, dikehendaki  menukar semula kad pengenalannya apabila telah mencapai umur 18 tahun. Sekiranya penukaran ini dibuat dalam tempoh umur  18 – 25 tahun, tiada sebarang denda dikenakan

Nad sekarang dah 30 tahun, melebihi umur yang sepatutnya. Jadi kena denda. Tak kisahla, asalkan dah tukar.

8) Ambil gambar
Lepas tu dia suruh tunggu untuk ambil gambar. Waktu tu nad pakai tudung warna warni. Ok je, dia tak cakap apa. Dia ambil gambar je..hehee. Sebab nad fikir, mungkin tak boleh, kena pakai warna hitam ke. Tapi nasib baik boleh. Dah ambil gambar, dah selesai la.

Kad pengenalan nad siap esoknya. Boleh ambil dah. Mungkin kalau datang pagi, siap awal la kot, boleh ambil haritu juga, tapi disebabkan nad datang petang, esoknya la ambil. Kad pengenalan yang lama, kita punya diambil. Boleh je nak ambil kad pengenalan baru tu bila-bila, tapi kalau korang kerja, kenala bawak kertas putih, menunjukkan kita tengah tukar kad pengenalan baru, takut disaman polis takde ic..hehhe.

Jad, sesiapa yang belum tukar, sila tukar cepat-cepat. Hanya bawak diri, bawak kad pengenalan lama dan duit sikit. Dah siap..
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2