hai assalammualaikum

Althea Milk Peel Cream Mask - Pertama sekali,  nad nak ucapkan " Tahniah Althea ". Satu-satu Althea keluarkan produk terbaru mereka yang super duper cute dan awesome. First sekali,  dengan kejayaan mengeluarkan produk skincare iaitu Bare Essential. Sampai sekarang, nad pakai Bare Essential tu dan jadikan skincare utama, sebab ia buatkan muka nad jadi bertambah elok. Second, pelancaran kerjasama dengan TV Beauty Korea Get It Beauty,  untuk Real Fresh Skin Detoxers. Lepas tu Petal Velvet Sunaway dan powder,  sekarang Althea Milk Peel Cream Mask.. Woww!!..you did a great job. Nad teruja, sebab menjadi salah seorang yang dapat mencuba produk Althea terlebih dahulu. Terima kasih Althea.


Review Althea Mask Peel Cream Mask 

Althea Milk Peel Cream Mask,  baru sahaja dikeluarkan. Teruja sangat sebab mask ni lain daripada yang lain dan mempunyai keunikan tersendiri. Kita dah biasa nampak dan pakai mask seperti tanah liat, mask bertopeng dan sebagainya. Tapi, pernah korang nampak,  mask yang datang dengan tekstur clay white kemudian mengeluarkan buih. Tak kan!!! Inilah Althea Milk Peel Cream Mask yang akan membuatkan korang teruja nak mencubanya.


Didatangkan dengan botol berwarna putih dengan penutup berwarna biru cair yang berbentuk pam supaya mudah digunakan. Simple sahaja,  tapi nampak eksklusif ok.

Althea’s Milk Peel Cream Mask, tengok sahaja nama dah ada perkataan " milk ", itu bermakna produk ini mengandungi Susu. Susu dapat memberi kelembapan dan kesegaran pada kulit. Selain itu juga, ia mengandungi AHA dan BHA sebagai bahan exfoliate efektif untuk kulit. AHA berfungsi untuk menanggalkan set kulit mati pada permukaan kulit dan BHA pula menanggalkan kotoran pada liang roma tersumbat. Seperti kita tau, sel kulit mati memyebabkan muka kita kusam, pori-pori tersumbat sehingga menyebabkan keluarnya jerawat.




Teksturnya berkrim dan pekat. Pada mulanya nad pakai dulu ditangan,  nak tengok macam mana ia terhasil. Lepas nad bubuh sedikit di tangan,  tiba-tiba keluar buih.  Dari bentuk clay,  ia mengeluarkan buih kemudian bertukar kepada white cream mask. Baunya pula seperti bau bedak baby.


Selepas itu,  nad pakai pula di muka. Pakai mask seperti biasa. Tapi pastikan sebelum tu cuci muka dahulu. Cara penggunaan, sapu clay tu pada kulit yang lembap. Urut sekejap sampai dia bertukar jadi buih krim. Selepas 30-60 saat dah boleh basuh dengan air suam. I cuci guna air biasa je hahaha. Boleh guna 2-3 kali seminggu

Produk ni sesuai untuk

•     Kulit jenis kombinasi
•     Pori besar
•     Kulit kasar dan sensitif yang memerlukan agen pengelupasan yang lembut
•     Kulit kering yang perlukan kelembapan selepas pengelupasan


Nad dah guna seminggu lebih, memang elok je dekat muka nad. Muka nad jenis berminyak,  lepas guna mask ni memang kurang minyak dah.  Masa pakai mask ni pun, ia tak menyebabkan sebarang kerengsaan pada kulit nad, kulit tak kering,  sebaliknya, kulit nad semakin lembut dan lembap, sihat dan licin. Suka sangat nad sentuhnya. Kalau boleh nak pakai mask ni hari-hari je.. Hehehe..

Korang mesti nak cuba juga kan. Boleh dapatkan Althea Mask Peel Cream yang best ni klik link https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

32 comments so far,Add yours

  1. nampak yummy sangat cream dia masa jadi buih2 tuuu ��

    ReplyDelete
  2. Takut nya putihh.tapi tau guna cuna clay bagus

    ReplyDelete
  3. Comel jer muka anaknya terkejut dok belek muka Nad putih berbuih. Hehe..
    Ramai kata bagus, teruja nak try gak!

    ReplyDelete
  4. Packaging tu buat rasa nak cuba ja, nampak pure

    ReplyDelete
  5. Amboi, tak terkejut ke si farhana tu? Haha

    ReplyDelete
  6. Bau dia fresh n ringan..sejak ada milk cream ni dah x pakai yg lain haha

    ReplyDelete
  7. setuju! memang best.. rasa nak pakai hari-hari. hihi sabar je la..

    ReplyDelete
  8. Comel betul packing dia. Kalau pakai produk berasaskan dari susu, memang kulit akan berasa lembut je. Tu yang best tu

    ReplyDelete
  9. bestnye mask berasaskan susu ni kan

    ReplyDelete
  10. Best time buih2 tu keluar.. Bau dia pun sedap dan selesa pakai

    ReplyDelete
  11. Suka giler tau bila buih2 tu keluar... Rasa geli... Hihi.. Tp best sbb kulit jd lembut je

    ReplyDelete
  12. Wah! Cx kena cuba ni! Sebab kulit muka cx jenis kering dan pori besar. Rasanya Althea milk peel ni macam just nice dan sesuai je dengan cx. Yelah dapat memberikan kelembapan kepada kulit wajah. Biasakan kalau pakai mask, ia akan kering kemudiannya tau kulit muka. Mesti rasa pedih. Tp Althea milk peel macam best je. Tq nad for sharing! Very informative!

    ReplyDelete
  13. selalu juga dengar kualiti produk Althea ni. Yang penting produk yang digunakan selamat, berkesan dan selesa pada kulit. Macam saya dah ada rutin sendiri tapi mungkin suatu hari bolehlah mencuba kan. Manalah tahu kalau sesuai dan lebih bagus. Hihi.

    ReplyDelete
  14. airah dah cuba memang suka sangat dengan kesan produk ni.kulit muka nampak bersih lepastu bahagian hidung pun licin sikit dari sebelumnya.dah la bau wangi

    ReplyDelete
  15. hehe.. love your pics, I like to use this too. Online shopping is easy now, I like to shop Althea, and many affordable price can find there. Good place to shop for gift ideas. Suitable for my skin and no irritation. I follow your gfc too, mine is namesherry.com

    ReplyDelete
  16. Nampak cantik sangat buih2 dia tu. Nanti boleh la cuba Milk Peel Cream Mask ni. Kalau nak cuba sesuatu barangan tu kena tengok kesesuaian juga. Kalau ok boleh la pakai terus.

    ReplyDelete
  17. Memang geram bila baca satu-satu punya review ni. Auni suka sangat produk berasaskan susu. Milk peel mask ni memang dalam wishlist produk kecantikan yang auni harus beli :)

    ReplyDelete
  18. Uiks..dah macam tempek susu penuh krim je tu..Nad memang pengguna setia Althea ye?

    ReplyDelete
  19. Bagus nampaknya produk ni..ada peluang nanti boleh BC mencuba..mana tau kulit sensitif ni sesuai dengan produk baru di pasaran ni kan...siapa tahu...tahniah kepada founder yang telah berjaya mengeluarkan produk terbaru ini...

    ReplyDelete
  20. Geram tengok buih buih susu tu. Tapi memang best lah pakai Althea Milk Peel Cream ni. Muka rasa lembut,bersih dan lembap lepas tu. Bau pun best sebab ada bau produk baby.

    ReplyDelete
  21. Produk dr Althea memang tak boleh dipertikaikan..sis pun suka pakai barangan Althea. Dah cuba jugak milk peel cream ni..best n menyeronokkan..bila dgr bunyi bubble tu seronok je..hehehe

    ReplyDelete
  22. Bestnya dpt produk dari Althea, kak pun suka pakai masks..tp jenis xrajin..kdg2 lupa nk pakai heee

    ReplyDelete
  23. bestnya dpt manjakan kulit dgn althea milk peel cream mask ni..nmpk ramai kwn2 dh try....kemain buihnya tu...sure lps guna kulit lembut mulus gebooo gtu

    ReplyDelete
  24. Hahahaha jujur cakap Althea antara yg bagus Dan kerap Blogger review. So far semua ckp elok tahniah Althea! Bila nak buat produk lelaki hehe

    ReplyDelete
  25. Produk Althea semua best kan? Milk peel mask ni pon lembut je pakai kan. Sesuai dengan kulit kita orang Asia ni. Tak sabar nak tunggu parcel lagi.hihi

    ReplyDelete
  26. I am still using this faithfully. Love what this thing did to my skin. Lovely smells and keep my skin moisturize well. I think this is the best product ever from Althea until now.

    ReplyDelete
  27. produk althea ni memang nampak eksklusif. setaraf dengan produk dari korea tu.. pakaging lawa, dan produknya berkesan. harap banyak lagi rangkaian skincara yang ada lepas ni

    ReplyDelete
  28. Ya Allah terkejut kita mula-mula tengok ingatkan hantu kak limah mana tadi wakakak putih melepak wakakaka.. Untung lah orang perempuan nak cantik senang kita pun nak cantikkan wajah juga hehehehe...

    ReplyDelete
  29. jelesnya dengan geng althe sebab boleh cuba macam2 jenis skincare..nak2 brand althea ni dari korea memang bagus sangat, next time nak cuba jugak sebab nak ploless macam retis korea

    ReplyDelete
  30. Hahahaa.. salfok saya lihat foto mba di atas bersama si kecil pakai produk ini. Mungkin si kecil berfikir si mamak nih pakai apa di pipi. Btw priduk ini bagus ya

    ReplyDelete
  31. so many people post about this and make me feel like trying too! haha

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    ReplyDelete