hai assalammualaikum

Berjangkit Selsema Dan Batuk - Dekat kampung kalau seorang dah sakit, akan jangkit dekat orang lain. Macam anak buah, dia muntah, lepas dia elok, kena dekat Fariza pulak. Fariza bukan setakat muntah tapi cirit birit pulak. Lepas tu nad pula kena cirit birit. Lemau terus badan bila cirit ni. Nak baring je. Tapi nasib sehari je. Sebab lepas tu nad muntah. Muntah je, baring, alhamdulillah sihat.

Esoknya ayah pulak kena cirit birit. Hah!! macam tu la bila sorang dah kena, akan ada yang kena juga. Padahal tak makan benda-benda pelik atau expired pun. Makan masakan mak yang memang baru dimasak. Pelik sungguh. Tu baru cirit. Batuk dan selsema lagi la senang jangkit. Bukan orang besar je, budak kecik pun kene. Baby pun kena jangkit.


Farhanah sekarang batuk pulak. Dahla baby lagi, malam-malam terbatuk-batuk, kesian tengok. Bila baby tak boleh bagi ubat lagi. Hanya susu ibu dan bagi dia berak, biar lendir kahak keluar dekat najis dia. Itu je boleh buat. Batuk dia takde teruk sangat. Si kakak pun batuk dan selsema. Nad buat minyak bawang putih je sekarang ni.

Bila budak berdua ni batuk dan selsema, lagi tengah susukan diaorang berdua, nad pula yang berjangkit dengan diaorang. Semalam dah mula bersin-bersin. Ingat bila dah keluarkan hingus, lega la sikit, rupanya dia keluar dan keluar. Tekak pulak rasa perit. Alahaii..ni rasa tak bermaya je..huhu. Nak buat kerja pun tak larat.

Orang besar sakit takpe, ni kalau si kakak dan adik sakit, haishh risau. Nasib Kakak Fariza masih aktif bermain. Adik pun ok lagi, tak meragam atau menangis. Nad je masih pening kepala. Doakan kami semua cepat sembuh ye.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. sama macam sha jugak, main dengan baby yang demam sekali sha pulak yang demam huhu

    ReplyDelete
  2. Baby kakfiza pun senang kene batuk :'(

    ReplyDelete
  3. Kalau budak- budak kena memang kesian..biar la yang besar2 ni kena kan...guna balm tok syed tu x boleh ke nad...

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya cepat sihat ye. risau bila anak2 sakit kan

    ReplyDelete