hai assalammualaikum

Buli Membuli - Selalu dengar dekat sekolah kes buli ni. Memang sakit hati bila baca atau tengok. Tapi kes buli ni berlaku dekat rumah mak. Buli membuli antara sepupu..haahha. Bila ada tak puas hati, kenala, tak kisah kena tolak, kena tendang, kena cubit. Bila sorang dah buli orang tu, orang tu pulak tak berani membalas, dia buli la orang lain pula, untuk melepaskan amarah mungkin.


Kes benarnya antara Fariza dengan sepupu baya dia jarak, 5 bulan je, dengan sepupu paling kecik. Kalau korang tengok gambar, yang lelaki tu la sepupu baya Fariza, Raihan nama dia. Kalau dulu, dia memang suka setiap kali Fariza balik kampung. Anak buah nad ni duduk sebelah rumah mak je..anak kakak. Setiap kali Fariza balik kampung mesti dia, sambut " Faiijaaa..faiijaa "..bahasa kanak-kanak, biasalah. Sekarang pun dia suka bila Fariza balik, tapiii...

Fariza ni jenis memang suka main dengan Raihan. Sikit-sikit nak pergi rumah kakak lepas bangun tidur, lepas mandi, sebab nak main dengan Raihan. Dulu diaorang main, elok je. Sekarang, asal Fariza ada buat Raihan tak puas hati atau menyampah ke apa, habis dicubitnya, kadang ditendangnya Fariza.

Tu pun kakak yang bagitau. Kalau tak nad tak tau. Sampaila satu hari nad nampak sendiri depan mata. Raihan cubit Fariza, bukan cubit biasa-biasa tapi cubit betul-betul, sekuat hati, sampai meronta Fariza, cakap sakit, sakit..allahu..nad tengok pun geram. Tapi sabar je la..cuma cakap " heyy "..mwnangis Fariza..ya allah,nampak sangat sakitnya. Tapi Fariza ni masih nak main dengan Raihan. Itu jela kawan baya dia. Ada dia join sepupu lain main, tapi sepupu lain besar dah. Main pun benda dia tak leh main sangat.


Fariza pulak jenis takut dan tak membalas. Kadang kakak cakap, sampai dia nyorok bawah katil. Ganas sangat Raihan tu. Fariza pulak, bila tak dapat balas, dia buli orang lain pulak. Korang tengok gambar, yang kecik tu la namanya Jannah. Setahun lebih usia dia. Duduk sebelah Fariza tu. Hah!! Fariza pergi buat dajal pulak dekat Jannah bila ada benda dia rasa nak buat. Kadang tengok saje je dia buat, macam ditolak, ditarik rambutand, lagi teruk dikepit kepala Jannah dengan almari..aduh..anak-anak.

Nad dah pesan, jangan buat,, kesian Jannah, dia kecik, budak waktu tu je dengar, nanti buat lagi. Kita pun duk ulang cakap, kadang marah dia. Pengaruh sangat tengok cara Raihan buat,, sampai dia pun buat. Fariza memang mudah tiru apa orang lain buat. Tu yang takut tu bagi duduk kampung lama-lama. Tak kisah dia nak main, tangkap ayam ke, kucing kekat..tapi kalau ikut perangai tak elok orang lain, tu yang susah. Sebab tu cepat-cepat balik kl. Seram kadang. Nak betulkan semula perangai dia. Haritu duduk kampung pun sebab pantang.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours