hai assalammualaikum


Meja Tulis Latt Ikea Untuk Fariza - Akhirnya, daddy belikan Fariza meja untuk dia belajar menulis dan membaca. Sebelum ni, nad pernah ada post, yang Fariza memang suka membaca dan menulis. Kesiannya, dia menulis dekat sofa je, lepas t tertonggeng-tonggeng menulis. Kadang tu baring meniarap sebab nak tulis. Kesian dekat dia, haritu kitaorang pergi Ikea untuk cari meja tulis untuk Fariza. Bagi Fariza lebih selesa dan seronok bila ada meja tulis ni. Motif lain, mestilah nak tarik minat anak kita supaya terus minat membaca dan menulis kan. Yela, seronok ada meja tulis sendiri.


Datang Ikea, dia memang tak tau pun nak beli meja tulis dia. Bila sampai bahagian meja kanak-kanak, dia suka sangat. Saja tengok, dia pilih mana..hahaa. Pertama sekali dia pilih kerusi. Kau tau dia pilih kerusi warna pink yang boleh berpusing tu ( seperti dalam gambar ). Takpe, kitaorang bagi can dia pilih, tengok mana dia berkenan.

Sambil-sambil tu, kitaorang pun tengok mana yang elok, murah dan sesuai dengan usia dia dua tahun ni. Akhirnya mr mafia nampak satu meja ni, set dengan dua kerusi. Harga murah, tersangatla murah. Tengah ada promosi masa tu. Mr mafia panggil nad " sayang, abang dah jumpa meja sesuai untuk Fariza "..sebenarnya sebelum ni, mr mafia nak carikan Fariza meja berlaci, sebab dia jenis suka simpan barang dalam laci almari..hahaa. Tapi kalau yang jenis macam tu mestilah mahal. Jadinya beli yang simple dan cantik je.


Nama meja tulis Fariza ni Latt, harganya RM79. Meja dan dua kerusi ok, Murah, okla kan. Design putih dan berkayu. Comel je dia duduk dekat meja tu, dengan " kawan " dia..heehe. Meja ni takdela kecik sangat, memang sesuai untuk dia. Bila dia dah besar pun masih boleh pakai. Lainla kalau dah remaja. Tulisla dekat meja lain.

Lepas ada meja ni, setiap kali nak menulis atau membaca dia akan tarik sendiri kerusi tu dan duduk. Ni pun dah jadi tempat makan dia..hehee. Lepas tu mesti dia kemas balik meja dia sendiri. Kerusi dimasukkan, barang disusun. Kalau diusik, marahla dia..gitu sekali.

Meja ni pun mommy boleh pinjam buat ambil gambar produk review mommy kan..hahaa.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours