hai assalammualaikum


Baby Carrier Ergobaby Mudah Digunakan Dan Berkualiti

Baby Carrier Ergobaby Memudahkan Bawa Baby Ke Mana Sahaja - Memang nad pernah beli baby carrier masa Fariza baby. Yela, fikir senang dan mudah nak bawa baby ke mana-mana. Nak pegang mesti la tak larat. Boleh lenguh oo tangan ni dukung Fariza masa tu. Nad memang tak beli stroller, sebab payah, nak kena angkutla, lagi kalau dekat shopping mall, kang lagi susah bila naik escalator ke kan. Sebab tu beli baby carrier.

Masa beli sebelum ni, memang main beli je, takda tengok atau baca macam mana sebenarnya baby carrier yang sesuai untuk baby..hahaa. Yang kita tengok, cantik, dan paling penting murah. Tapi rupanya, yang kita beli tu salah dan tak menetapi syarat baby carrier yang sebenar..hahaha. Pertama kali post gambar dengan baby carrier tu, orang dah komen " nad, tak elok carrier tu, kaki baby terjuntai "..kahkah..sabar jela..


Ni la dia baby carrier pertama yang nad beli. Beli dekat kedai. Pakai dua, tiga kali je, sebabnya baby carrier ni buat nad sakit pinggang dan bahu..hahha. Baby carrier ni takda tali dekat pinggang, jadi dia tak support pinggang, udahnya, bahu kita je kena tahan budak tu. Sakit oo..Mr mafia pun surrender pakai baby carrier ni. Last-last dia dia dukung je Fariza masa tu...hahaa.

Lepas adik Fariza lahir je, mommy dah fikir untuk beli baby carrier lain. Yang sesuai untuk baby dan mak..hahaa. Nad fikir nak beli lain sebab nanti senang, kot nak pergi event ke, pergi jalan-jalan berdua dengan Fariza ke, ada baby carrier ni senang. Sorang dukung, sorang pegang tangan. hah!!, gitu kau..Lagi satu nad cari baby carrier lain sebab fikir keselamatan. Fikir untuk keselesaan mak dengan anak. Lagi satu fikir harga juga..hahaa. Kalau lagi mahal, lagi berkualiti, tapi nad cari yang sedang-sedang harganya, tak murah dan tak mahal, pada masa masa fikir kualiti..Ada ke agak-agak macam tu??..hahaa.. Apa lgi, bila kita fikir, mesti facebook ads keluar. Biasalah, facebook boleh baca fikiran kita..haaha. Jadi banyakla pilihan baby carrier yang keluar..huhu. Apa lagi, nad pun cari satu-satu..fuh pening kau..hahaa.

Ergobaby 360 Cool Air Baby Carrier

Dan akhirnya nad memilih untuk Ergobaby 360 Cool Air Baby Carrier. Ergobaby nad pilih ni sebab menetapi ciri-ciri carrier baby. Ergobaby menggalakkan pinggul yang sihat dengan meletakkan bayi dalam kedudukan kaki katak dengan lutut. Ia juga memastikan bayi dalam keadaan selesa dan menyokong kepala bayi sepenuhnya. Ergobaby ni boleh dipakai sehingga baby setahun, lebih setahun pun boleh. Ia juga Oleh kerana bayi berkembang pada kadar yang berbeza, memasukkan bayi harus digunakan sehingga bayi mempunyai kontrol kepala dan leher dan dapat secara konsisten duduk nyaman di dalam pembawa dalam posisi kaki katak ergonomik. pembawa boleh dipakai rendah atau tinggi pada pinggang sekiranya berlaku c -section.


Ergobaby ni pun ada support bahagian pinggang. Jadi pinggang nad takkan rasa sakit bila bawak Farhanah. Bahagian bahu pulak besar dan lembut.


Ergobaby ni boleh digunapakai dengan 4 cara iaitu, bahagian hadapan, di mana muka baby mengadap ke depan, dan kebelakang, bawa dibahagian tepi, dan akhir sekali bawa dibahagian belakang.


Nad memilih Ergobaby  360 Cool Air Baby Carrier kerana ia mempunyai ruang udara di bahagian tengah ini. Jadi baby tidak akan berasa panas di dalam kerana udara masuk dan keluar di situ. Sebab tu ia dinamakan 360 Cool Air.


Ergobaby ni mempunyai banyak butang, di mana ia mengikut kesesuaian baby. Kalau macam Farhanah, nad pasang pada butang 1, sebab dia baby lagi dan memerlukan support dibahagian kepala dan kaki. Jadi tak perlu nak pegang kepala dia, dan kaki terletak elok dalam keadaan mengangkang.


Ergobaby ni mempunyai penutup kepala. Jadi kalau baby nak tidur, atau hujan atau panas, boleh gunakan penutup kepala tersebut. Hah!!, senang kan, takdela kita risau. Lagipun Ergobaby ni mempunyai kusyen yang lembut dan baby atau anak kita yang dah besar selesa duduk di dalam.


Setakat ni, nad pakai Ergobaby ni, Farhanah mesti akan tidur dalam ni..hahaa. Tu yang best pakai baby carrier Ergobaby ni. Dia rasa melekat dekat mommy dia. Lagipun senang bila Farhanah dalam carrier ni, nad boleh pegang Fariza masa keluar atau amik gamabr ke, nak pegang apa-apa je. Tangan pun tak lenguh, pinggang pun tak sakit.


SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Kak shaz tak larah usung ke sana ke mari.. mesti nak stroller jg.. tp kalau kat airpot atau travel jauh.. baru guna baby catrier..hehe

    ReplyDelete
  2. dlu IQ tak beli baby carrier ni, org je bg, so...xde choice, pakai mana ada

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing Nad. Memang tengah cari carrier baby untuk bagi hadiah kat adik yang bakal timang anak first lagi 2 weeks.

    ReplyDelete
  4. nampak selesa sgt baby pun,tapi cik sue tak pernah guna memandangkan tak boleh pakai carrierkan,perut ceazer agak terbatas sikit,jadi stroller memang pilihan utama la.kalau pakai carrier pun beli yg biasa2 je ayah humaira yg pakai,tu pun masa dia baby 3 bulan selepas pantang je hehehhe...

    ReplyDelete
  5. Senang nak berjalan guna ergobaby ni, nampak nadia selesa bawa farhanah tu, selfie pun senang hehe

    ReplyDelete
  6. Kak Ema lebih suka pakai baby carrier dari bawa stroller..hehehe..ala kaklong minta dukung ke tu.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2