hai assalammualaikum

Desa Pandan Coconut Shake - Nak pergi ke Melaka jauh sangat nak dapatkan coconut shake ni, nah ni dekat dengan rumah, Desa Pandan Coconut Shake ada..hehee. Dah lama nak rasa sebenarnya, tapi laluan ke situ macam sibuk je nad tengok, sampailah sebelum puasa haritu, nad dapat juga rasa Desa Pandan Coconut Shake ni. Dah lama dia beroperasi, tapi baru sekarang dapat rasa..Biasalah, kalau bukan orang terlambat nak ras tu memang tak sah..hahaa. Yang penting dapat rasa dah..


Desa Pandan Coconut Shake, memang dekat dengan rumah, dalam 10 minit dari rumah, dan 5 minit dari Tesco Ampang. Masa balik dari bayar bill digi, terus lalu dekat Desa Pandan nak ke Tesco, lepas tu, suruh mr mafia berhenti kedai coconut shake ni. Nasib dia lalu dekat tengah-tengah kedai ni, bolehla berhenti. Mr mafia yang pergi beli, nad duduk dalam kereta, ambil gambar kedai tu jela..hahaa. Malas nak keluar, si kecik tidur, baru lepas kena cucuk 3 bulan.



Ni la dia Desa Pandan Coconut Shake. Siap ada aiskrim lagi. Harga dia RM 4.00 .Sebelum ni nad pernah minum coconut shake satu tempat tu, tapi rasa dia pelik. Tapi yang ni, rasa kelapa tu ada. Memang puas dan menyegarkan. Sekali sedut, mesti terus sedut. Sedap.. Adakah dia sama dengan dekat Melaka tu. Kena pergi sana jugakla ye..hahaa..

Fariza mestila makan aiskrim dia tu. Puasa ni tak tau la dia buka ke tak. Kena lalu sanala kalau nak pergi beli.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. lama xmkn coconut shake...

    ReplyDelete
  2. Ada satu tempat tp tak ingat dah sebab dah lama.. Memang sedap sgt coconut shake dia.. Betul2 terasa.. So yang nad rekemen ni tak terjah lagi.. Nanti kena try jugak sbb zaza pun pengemar air kelapa dan coconut shake..

    ReplyDelete
  3. Uiks sedap la.. tengah panas2.. teringat coconut shake kt klebang

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. Lama dah Cik Ash tak minum coconut shake ni.. Tengok nak tunjuk teringin la pulak hahaha.. Nanti nak kena cari gak ni

    ReplyDelete
  5. nampak sedap nya lahai..siap ada aiskrim tu..

    Yang rasa pelik tu entah2 sebab dah masam..

    ReplyDelete
  6. Walaupun kawen.dengan org mlka, tak pernah rasa yng kat melaka. Haha
    Kt gemas pernah bli, sekali je. Sedap

    ReplyDelete
  7. Wah dekat desa pandan ye...kalau lalu boleh beli la nanti

    ReplyDelete
  8. Tak pernah minum coconut shake...

    ReplyDelete