hai assalammualaikum


Pilihanraya Umum 14

PRU 14 : Undilah Dengan Bijak - Wah ramai dah balik ke kampung halaman. Dah macam balik raya. Bersemangat diaorang nak mengundi. Yela 5 tahun sekali je dapat undi, jadi mestilah rakyat nak ambil peluang ni untuk mengundi. Kempen sana sini dah semakin galak nampaknya. Status berkenaan PRU 14 memang dah selalu ada dekat facebook, twitter dan instagram. Nad hanya mampu baca je la. Malas nak campur. Kita undi apa biarlah rahsia..yang penting undi dengan bijak.


Dari hari boleh semak undi, terus cek nad dapat undi dekat mana. Ok sama macam sebelum ni, dekat Sekolah Kebangsaan Meru 2. Lepas tu nad semak lagi, keluar dah siapa calon Parlimen dan calon DUN dekat area situ. Pepandaila kita pilih ye.

Tak cukup pasal parti, pasal tempat mengundi pun boleh jadi cerita dekat timeline media sosial..hahaha. Yela, kebanyakan undi dekat sekolah, diaorang buat status " esok undi dekat sekolah,nak pakai baju sekolah atau baju koko "..eh macam-macamla..hahaha..ada je idea diaorang ni kan.

Malam ni ade pengumuman daripada pengerusi Barisan Nasional. Biasalah esok dah nak undi, ada lagi yang dijanjikan. Pengumuman Besar tersebut adalah:

1) Belia berumur 26 tahun dan ke bawah diberikan pengecualian cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta. Bagi cukai pendapatan yang telah pun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada mereka.

2) Cuti peristiwa khas selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 14 dan 15 Mei 2018. Bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, cuti peristiwa khas ini akan jatuh pada 13 dan 14 Mei 2018.

3) Pengecualian tol sebanyak 5 hari untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri  - 2 hari sebelum Hari Raya, dan hari pertama, kedua dan ketiga Hari Raya Aidilfitri.

Yang sebelum ni pun ada, pasal brim, pasal peluang pekerjaan. Tak tau la kan janji ni ditepati atau tak. Jadi ikut hati kita, kalau nak undi, jangan tengok janji-janji ni semua, tapi tengok calon tu memang bekerja betul atau tak. Jangan masa kempen je baru turun jumpa rakyat, bila terpilih, duduk pejabat je..kahkah.

Apa yang perlu dibuat masa Pilihan Raya:

- Bawa Kad pengenalan
- Keluar awal, tapi keluar lambat pun boleh kalau taknak beratur lama. Masa mengundi dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
- Pakai pakaian yang sopan dan tidak memakai atau membawa barangan yang mempunyai gambar calon, nama parti atau logo.

Panduan Mengundi

- Tunjukkan Mykad
- Dapatkan slip nombor saluran mengundi.
- Serah mykad dan slip semakan kepada KP1.
- Gerak ke KP2 untukcelup jaridengan dakwat biru.
- KP3 akan beri dua kertas undi untuk ahli parlimen dan ahli DUN.
- Gerak ke petak undi dan pilih calon anda dengan tanda X.
- Lipat kertas undi dan masukkan kertas undi ke peti undi.
-Pengundi OKU boleh dibantu oleh seorang yang dipercayai ( warganegara dan 21 tahun ke atas ) untuk membuang undi bagi pihaknya.

Selamat mengundi. Undilah dengan bijak. Pilih pemerintah yang berwibawa, yang boleh mendengar hati rakyat dan memajukan negara. Esok undi bawak Farhanah ok tak, boleh undi cepat, tak perlu beratur..haaha.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours