hai assalammualaikum


Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Serendah 5K - Nad tau, ramai yang mempunyai impian nak menjadi usahawan, nak mempunyai produk jenama sendiri, nak jadi seperti Dato Seri Vida, Aliff Syukri dan usahawan lain yang dah berjaya tu. Terbayang korang jadi bos, gambar produk terpampang dekat billborad jalan raya, blogger review produk korang. Makin lama makin maju dan masyuk, income beribu setiap bulan. Mungkin, ada yang simpan hasrat tu, atau ada yang dah siap dengan modal, tapi tak tau nak buat macam mana? dan nak mulakan dari mana? sebab korang tak tau mana nak dituju. Lagi, korang mesti tak percaya dengan modal serendah 5K, dah boleh buat produk jenama sendiri..heehe.

Sebenarnya nak keluarkan produk tak payah ada kilang dan makmal sendiri pun!



ZY Phyto, King OF OEM - " One Stop Business Centre "

Mungkin kita fikir, bila nak keluarkan produk jenama sendiri ni kena keluarkan kos yang banyak, sebab perlu ada kilang sendiri, pekerja, lagi kena research tentang bahan dan ujian makmal. Tapi sebenarnya, semua tu tak perlu, sebab dah ada kilang yang buat semua tu dan kita hanya keluarkan modal sahaja. Ia dipanggil OEM.  OEM adalah ringkasan kepada “original equipment manufacturer.” Ia bermaksud sesuatu produk dikilangkan oleh seseorang untuk orang lain di bawah jenama orang tersebut. Tapi korang masih tak tau nak pilih kilang yang mana? Tak pelu risau, korang boleh buat produk jenama sendiri tu dengan mendapatkan perkhidmatan dari kilang OEM seperti ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd ( ZY Phyto ). Nad dah selidik pasal ZY Phyto ni, tengok nampak bagus.


ZY Phyto dikendalikan oleh Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang telah beroperasi buat kali pertama pada tahun 2007 dan mula ditubuhkan pada tahun 2011 secara rasmi. ZY Phyto adalah jenama 100% syarikat Bumiputera yang mengendalikan pembuatan kontrak untuk kecantikan dan produk kesihatan. Ia menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan dan usahawan yang berpotensi untuk mencapai impian mereka untuk memiliki produk dengan jenama mereka sendiri.

ZY Phyto mempunyai 9 anak syarikat terdiri daripada
- ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd.,
- ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd,
- ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd,
- ZY Academy Sdn Bhd,
- ZY Printpack Sdn Bhd,
- ZY Phyto Marketing Sdn Bhd,
- ZY Phyto East Coast Sdn Bhd,
- Yayasan Qaseh ZY Phyto
- Emily's Cattery.

Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Zy Phyto Impian Anda Pasti Tercapai

Buat produk dengan ZY Phyto ni korang hanya memerlukan kos pengeluaran produk permulaan yang rendah iaitu RM5K sahaja dan segala pembuatan dan perkhidmatan seperti rekabentuk, custom, KKM, R&D, packaging akan diuruskan oleh mereka. Mereka juga akan train korang yang kurang skill marketing. Mereka akan bantu korang sehingga korang bersemangat nak menjadi founder.



Ramai dah usahawan Malaysia menggunakan khidmat dengan ZY Phyto ni. Lagipun kilang mereka bertaraf GMP, mempunyai sistem pengurusan kualiti ISO9001, diiktiraf KKM, diiktiraf JAKIM & HALAL.



ZY Phyto diperkukuh oleh penyelidikan saintifik yang bekerjasama antara pasukan R & D dan Kawalan Mutu dengan universiti tempatan seperti UTM, UKM dan USM untuk penyelidikan dan pembangunan.


Langkah Untuk Mempunyai Produk Sendiri

Pertama sekali korang kena kaji atau buat penyelidikan pasaran  untuk mengetahui apa yang produk anda akan ingin lakukan yang akan dapat permintaan di pasaran atau tidak. Menyelidiki produk untuk memudahkan anda bersaing di pasaran.

Kedua, selepas dah tau produk apa yang korang nak keluarkan, datang ke kilang ZY Phyto untuk membuat sebutharga dan rundingan. Jika tidak puas hati, tak perlu buat bayaran lagi. Bayar setelah anda puashati apa yang anda mahu.

Ketiga, pensampelan dan rekabentuk produk. Sebaik sahaja anda bersetuju dengan sebut harga kami, bayaran deposit diperlukan sebelum kami membuat sampel produk dan reka bentuk untuk anda.

Keempat, mendapatkan kelayakan KKM. Sebaik sahaja reka bentuk produk selesai, produk akan dihantar kepada bahagian pengawalseliaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pengeluaran produk dijalankan. Untuk pendaftaran TIDAK mengambil 2 - 4 minggu sahaja. Untuk pendaftaran MAL mengambil masa 3 - 6 bulan.

Seterusnya pembuatan dan penghantaran- Apabila semua langkah di atas selesai, pembuatan produk akan dimulakan dan dihantar kepada anda / anda mengambilnya di kilang kami sebaik produk siap.





Nampak mudah kan, korang hanya pilih produk apa yang korang nak seperti makanan tambahan, produk teh, produk kopi, kosmetik warna dan  produk penjagaan kulit, bagi duit modal dan beri idea macam mana produk korang nak, selepas itu korang hanya tunggu je produk korang siap.  Langkah selanjutnya, korang kena berusaha sendiri untuk memasarkan dan memperkenalkan produk korang tu tau, fokus sahaja kepada pemasaran.

Hah, dah tau macam mana nak buat produk jenama korang sendiri. Yang mempunyai impian, boleh kumpul modal sekarang, kalau tak mampu ambil modal RM5k, korang boleh ambil pakej Chomey RM3K. Nak tau lebih lanjut, korang boleh layari
Website : http://www.zyphyto.com/
Facebook : ZY Phyto Group
Email : info@zyphyto.com
Address : No 55A Jalan TIAJ 2/1 , Taman Industri Alam Jaya , 42300 Bandar Puncak Alam , Selangor

Setiap benda yang korang nak buat pasti akan ada halangan dan rintangannya. Tapi korang kena sabar dan harus mempunyai strategi untuk hadapinya, macam tu jugak yang dilalui oleh para pengusaha yang dah berjaya dan terkenal sekarang ni!So sebenarnya korang pun boleh je nak berjaya macam pengusaha-pengusaha kecantikan yang dah ada kat Malaysia sekarang ni. Yang penting korang ada modal dan tahu caranya. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kat korang dan lebih memberi semangat serta motivasi kat korang yang tengah plan nak buat bisnes!





Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

29 comments so far,Add yours

  1. Wah... Menarik betul.. Ada modal je nih...

    ReplyDelete
  2. Mudah dan menarik, modal pun tak besar!

    ReplyDelete
  3. Tu la ingatkan kene modal besau nk jadi owner produk, rupanya rm5k pn boleh

    ReplyDelete
  4. Senang nak cari dan buat bisnes sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Pernah juga dengar buat jenama sendiri bila tengok modal memang murah tapi bila kira kos lain banyak marketing mesti kena banyak kan

    ReplyDelete
  6. Penah dgr psl syarikat zy phyto ni.. Xsangka dah terkenal kan..dulu penah berangan nk buat produk sndri tp sbnrnye bukan senang pon... Yg penting kne pandai bisnes...

    ReplyDelete
  7. terbaiklah pencapaian Zy Phyto ni

    ReplyDelete
  8. Menarik dan modal pun rendah jugak.. Tp sblm tu, kena bljr dulu asas2 produk dan bisnes..

    ReplyDelete
  9. Biasa dengar pasal hal macam ni. Sediakan modal untuk buat produk sendiri. Tq nad atas perkongsian ni. Menarik.

    ReplyDelete
  10. Skrg mudah nk buay produk sendiri. Lgpon ekslusif kan.

    ReplyDelete
  11. Menarik la pakej yang ditawarkan. Kalau bahan2 yang digunakan selamat bagus la. Bukan aim nak untung je tapi produk bahaya jika digunakan. Kalau yang berminat boleh mulakan dari sini.

    ReplyDelete
  12. Mudahnya nak buat produk sendiri sekarang ni ye..yang best nya, kita boleh pilih dan pantau produk tanpa perlu bersusah-susah bukak kilang sendiri..tinggal kumpul modal je..hehe

    Selalu follow sis Nadia, dan idola blogger ni..Jemput jenguk blog baru saya https://faraamusa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Wah... Dengan RM5k dah boleh keluarkan produk sendiri. Menarik sangat. Kan best kalau ada modal. Teringin juga nak ada produk sendiri ☺

    ReplyDelete
  14. Nak buat brand sini tak payah nak pikir kilang ke hapa ke sekarang. Just pikir macam mana nak buat branding dengan marketing je. Yang lain semua OEM je.

    ReplyDelete
  15. Murah jugak kalau kira modal RM5k starting. Tapi kalau orang glamer boleh lah kot nak buat brand sendiri. Kalau sendu sendu macam fadzi alahai, sape sangat lah nak beli barang kite.

    ReplyDelete
  16. seronok jugak buat produk jenama sendiri kan...alahai kena usaha lagi gigih ni..
    tq sis info.,.membantu sangat2

    ReplyDelete
  17. wow! ada produk jenama sendiri.. boleh buat sendiri.. exciting nya... modal nya pun reasonable..

    ReplyDelete
  18. Wow 5k okay sangat tu modal permulaan. Lagipun ada gmp approval lagi. Nice sharing sis

    ReplyDelete
  19. wow thats kinda cheap to have your own brand. Biggest challenge would be to make people buy your product. Thats why marketing and advertisisng is so important. And people tend to buy famous people like celebrity's products even more. So we gotta really work out to make people recognise and buy ur product.

    ReplyDelete
  20. bestnya kalau dapat keluarkan product sendiri kan..tapi kena ada paperwork x leh main belasah jer kan..modalnya pun berpatutan..ada kawan opis dah buat jenama lipstick sendiri..pelik jugak macam mana dia bleh ada product sendiri kan..kena banyak membaca lagi dan fahami ni

    ReplyDelete
  21. sebelum ni pernah tahu pasal modal RM20k untuk ada produk sndr..yg ni hanya RM5k..pergh..bersusun la product owner baru lps ni hehe

    ReplyDelete
  22. Salam petang dari Mama Hakim. Singgah bertamu blog sis mis roclers. Mama tak minat nak buat produk sendiri. Susah nak jual

    ReplyDelete
  23. Kalau sesiapa rasa nak meniaga boleh lah buat. Ibu tak pandai sangat nak jual jual ni. Hehe

    ReplyDelete
  24. Ada modal RM5k dah boleh jadi founder. Tapi bukan senang nak jadi founder nih. Kena pastikan prosuk kita tuh betul betul selamat digunakan tiada sebarang keraguan kan

    ReplyDelete
  25. Bagus juga macam ni sebab kita pun ada plan nak keluarkan produk jenama sendiri tapi produk makanan lah boleh ker buat kat kilang ni hehehehe. Ok nanti kita cuba contact....

    ReplyDelete
  26. dulu pernah berimpian nak ada produk sendiri. nak jadi usahawan berjaya. tapi sampai sekarang x tercapai lagi hehehe. Baguslah modal pon tak tinggi tu

    ReplyDelete
  27. Wahhh mudahnya nak buat produk jenama sendiri. Berbekalkan modal 5K sahaja dh boleh miliki produk jenama sendiri. Tp takut susah nk percayakan consumer utk pakai produk kita. Apa2 pon, boleh cuba buat mereka yg nk berbusiness

    ReplyDelete
  28. Bagus betul syarikat Zy Phyto ni. Membantu lagi ramai usahawan dalam memiliki bisnes dengan jenama sendiri dengan modal yang rendah

    ReplyDelete
  29. Pernah juga terfikir nak jual produk sendiri. Paling risau modal Yang nak guna sangat tinggi utk permulaan . Tadi bila baca pasal oem rm5k pun dh blh kuar produk.

    ReplyDelete