hai assalammualaikum




Merasa Juga Yogurt llaolao - Ingatkan aiskrim, rupanya yogurt..hahaha. Biasa nampak orang makan, tak tau pulak tu yogurt. Tapi sedap sebab dah campur dengan toping dan bahan campuran lain. Haritu puasa dah nampak kendai llaolao ni, tapi tak beli lagi. Lepas tu, haritu shopping dekat Tesco, apa lagi nak merasa la llaolao ni..Orang pun tak ramai yang beli, mungkin sebab harga dia..huhu..Dah kita nak merasa, tak salah sekali sekala kan.

Ada beberapa jenis bekas, satu kecil, sederhana dan besar. Harga pun berbeza. Macam and pilih yang sederhana, sebab kecik macam tak cukup je. Fariza mestilah nak kan. Ada macam-macam jenis yang korang boleh letak dekat yogurt tu. Nad dah pilih siap-siap masa, nad memang nak strawberry..hahaha..tambah dengan kacang. Sedap sikit.


Ada buah-buahan lain, seperti kiwi, tembikai, eh macam-macam lagi la. Kira bagus juga llaolao ni erk, dia punya bahan semua terbaik..hehee..


Untuk toping dia, ada coklat, karamel dan macam-macam lagi. Nad pilih coklat. Tak sahla kalau tak ambil gambar. Suka pulak tengok sudu dia tu..unik..Sampai bawak balik, nad basuh..haha..


Yogurt ni rasanya masam-masam sikit kan, tapi bila campur ni semua, jadi sedap. Tak rasala yogurt tu sangat. Fariza mula-mula rasa berkerut muka..hahaa. Lepas tu di anak lagi. Mr mafia tak berapa suka. Jadi nad la tukang habiskan..hahaa.. Thank you mr mafia belanja llaolao ni..Boleh rasa yang lain pulak..hahaa.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours