hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Nadia Johari - 18 Julai, Selamat Hari Lahir Nadia Johari. Ting, tong...30 tahun...yes..sekarang kita dah 30 tahun weiii..Kejapnya masa berlalu..Dengan umur ni, aku dah ada dua orang anak perempuan. Tak pernah terfikir, tapi ni la sesuatu yang berharga bagi diriku. Walaupun dulu mempunyai keinginan yang berbeza, dengan apa yang diperolehi sekarang, masih tetap manis dan bahagia. Walaupun tak kaya, masih mampu perolehi apa yang aku mahu. Allah dah tulis apa yang terbaik untuk kita.


Usia adalah nombor semata. Masih ada harapan untuk capai apa yang diinginkan. Terima kasih yang doakan kita, semoga korang pun dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia serta diberi kesihatan yang baik. Apa yang berlaku selepas ni, harap semuanya baik-baik sahaja. Mengharapkan dapat melihat anak-anak membesar.


Keluarga kecilku. Terima kasih suami, selalu sabar dan tahan dengan perangai aku..hahaha.

Malam harijadi kita, mr mafia belanja makan. Dia suruh pilih tempat, dan dua tempat dalam kepala iaitu Cheese banjir atau Shushi king. Tapi, last-last, makan Burger Bakar Abang Burn je..hahaha. Sebab??..adalah sebabnya .hehee..dua tempat tu boleh pergi lain kali.


Nad makan Burger Bakar Abang Burn dekat Dagang Avenue Food Court Ampang, depan Balai Polis Pandan Indah. Suka, sebab tempat tu belum pernah pergi lagi. Ya, nad ni simple, kalau belum pernah pergi, memang nad suka. Bila datang, tengok banyak menu lain ada dekat situ, tapi dah cakap nak makan burger bakar, kita order burger bakar. Makanan lain boleh cuba lain kali.



Nad nak rasa yang cheese Algot tu..hehehe. Jadi orderla Burger Daging campur cheese algot. Lepas tu order meatball dan satay.




Burger boleh tahan, algot dia rasa kenyal-kenyal gitu. Sedapla juga. Kenyangg..


Tempat yang ok, sebab ramai orang, macam-macam ragam orang boleh tengok..hehheh. Lepas ni boleh datang lagi Dagang Avenue Food Court Ampang ni cuba makanan lain..
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. Sedapnya burger,susahnya nak makan yang sedap begini di Sabah. Balik semenanjung baru dapat makan menu yang sedap begini.

    ReplyDelete
  2. haooy birthday nad. welcome to the club. walauoun sambutan simple tetap nampak meriah kan

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Nad... walau simple, tetap meriah kan.. sedap pula tengok burger tu :)

    ReplyDelete
  4. Happy birthday nad.. Makan burger pun syok jugak..zaza pun dah lama tak jamah burger.. Berbulan dah.. Teringin pulak rasa 😉

    ReplyDelete
  5. besday nad ke..wah hepi besday nad..semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak nad, selamat hari lahir rasa macam baru kenal akak je

    ReplyDelete
  7. Bukan Balai Polis Taman Dagang ke? Hahaha..

    Happy belated birthday Nad..BBAB Sally makan meatballs je..haha

    ReplyDelete
  8. Selamat hari jadi Nad...Umur je 30..jiwa masih 21..kan??hahahah

    Tu dia..meleleh burger dia..siap ada tercocok daging situ..Nampak sedap nya.

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday nadia. Sedapnya makan burger bakar tu. Larat tak abiskan tu. Kalau dtg sini boleh la try yg ni

    ReplyDelete
  10. Happy belated birthday nad. Sesekali celebrate birthday tanpa kek best gak. Baru la ada kelainan dan rasa istimewa sangat..

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi merasa burger abg burn yg femes satu ketika masa dhulu..hehe
    anyway hepi belated bufday kak nad. stay young ok.tahun depan yaya pula masuk 3series..huhu >,<

    ReplyDelete
  12. Oh yes! I pernah makan burger bakar abang burn tu. Memang power la, the cheese and daging omg... sedap giler.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2