hai assalammualaikum


Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster

Rambut Anak Wangi Walaupun Bermain Seharian - Setiap kali mandi, memang nad selalu syampu rambut Fariza. Fariza kalau bermain memang kuat berpeluh, bila berpeluh habis berbau rambut dia. Sebab tu setiap kali mandi, nad akan syampukan rambut dia, bukan sahaja untuk wangi, bagi segar sikit kepala dia tu.


Rambut anak-anak kita ni memang cepat berbau ketika dia bermain. Bau akan jadi lebih teruk bila kepala anak berminyak dan berpeluh. Jadi, kena kerap mencucinya dengan syampu rambut yang sesuai untuk anak-anak. Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.


Macam nad, syampu Carrier Junior Kids Shampoo Odour Buster menjadi pilihan. Syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, anak kita pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.


CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian.

Shampoo ini boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak.manakala saiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak.




Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.




SHARE 5 comments

Add your comment

  1. alololo tomey dia posing. wangi kan ? yang dewasa pun suka gak bau shampoo ni hahaha..

    ReplyDelete
  2. anak saya pun guna shampoo ni jugak. dia suka sangat

    ReplyDelete
  3. shampoo carrie ni wangi kan, anak sedara kak lily pun guna shampoo ni... ari-ari nak pakai hehhee

    ReplyDelete
  4. eh nak beli juga la...hehehe. Salam kenal!

    ReplyDelete
  5. akak suka bau peach tu..wangi je rambut anak kan...dia pun kalau mandi mesti nak pakai shampoo ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2