hai assalammualaikum''


Gubahan Indah Jambangan Bunga Flower Chimp - Nad ingat lagi, pertama kali dapat jambangan bunga dari mr mafia masa nad punya konvokesyen. Hati berbunga-bunga bila dapat gubahan bunga yang menarik ni. Sekarang, hadiah jambangan bunga,bukan sahaja bagi kepada kekasih, malah kepada rakan dan keluarga pun boleh bagi bunga untuk meraikan sesuatu atau sebagai " ucapan ".

Sekali sekala nak juga tunjukkan betapa kita menyayangi, mencintai dan ingat akan mereka. Setiap orang ada cara berbeza untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Kadang ada bagi barang mahal, tapi sebenarnya bunga tetap menjadi pilihan.


Flower Chimp Malaysia

Salah satu kedai bunga yang korang kena tahu ialah Flower Chimp. Nad tengok, cantik-cantik jambangan bunga dia ada. Ada macam-macam jenis bunga dan sesuai untuk apa sahaja. Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan
tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu,




Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan mengikut kehendak kita. Harga bunga di Flower Chimp serendah RM89 sahaja.

Perkhidmatan Penghantaran Bunga Secara Percuma Ke Seluruh Negara

Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sesetengah orang sanggup ke kedai bunga dan beli bunga serta hantar sendiri kepada orang tersayang. Ada juga yang suka buat kejutan, jadi, dia suruh orang kedai bunga tu deliver kepada orang yang dia nak beri tu. Hah!!..Lagi bagus buat kejutan kan. Lagi satu, kot takde masa, tapi nak orang tersayang tu gembira masa hari istimewa dia, hantar je bunga..mesti tersenyum. Lagipun boleh hantar jauh sampai Sabah dan Sarawak..terbaik la..





Walaupun jauh tapi “Ucapkan dengan bunga!” sahaja, mampu menyemai kasih sayang lagi. Perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pelanggan mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya kerja korang, hanya memilih jambangan bunga kegemaran dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. Ya, korang boleh order online je.

Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara PERCUMA ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

Flower Chimp Menerima Pelaburan RM 6 Juta Dan Ingin Meluaskan Perniagaan

Flower Chimp menerima pelaburan berjumlah RM 6 Juta berikutan prestasi cemerlang di Asia Tenggara. Pengasas berhasrat meluaskan perniagaan ke Singapura menjelang pertengahan Ogos 2018.

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice.

“Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan.

“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Hah!!, macam mana, dah tengok website Flower Chimp, menarik kan..Kalau korang berminat dengan bunga-bunga dekat situ atau nak tau apa perkhidmatan, jenis bunga atau apa sahaja untuk hadiah bunga bagi orang tersayang, korang boleh layari

Flower Chimp di Malaysia
Website: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Website: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Website: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.


Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa
terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura
dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari
Website : www.flowerchimp.com.
Emel: pr@flowerchimp.com
Contact: +6013-886 9948
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. yang baca ni pun,berbunga bunga hatinya

    ReplyDelete
  2. senanglah kalau dia boleh buat delivery ke seluruh malaysia. Just order online jer tak yah susah2 nak gi kedai bunga. thanks nad for info

    ReplyDelete
  3. cantik2 gubahannya nad, teringin nak dapat daripada yang tersayang, hehehe

    ReplyDelete
  4. Service ni termasuk charge penghantaran termasuk tak ke lain. Canton bunganya banyak segar je di gubah pun kemas

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa kalau ada yang kasi kite munge2 tu =D

    ReplyDelete
  6. Wahh dah senang sekarang ni dengan adanya servis macam ni... nak daisy.. hihi

    ReplyDelete
  7. Lawa2 sangat bunga kat flower chimp ni.. Dh tgk ig diorang.. Bkenan rasa nak membeli je nanti

    ReplyDelete
  8. memang tak disangkal la...sbb starting price dia pun as low as RM89...pastu boleh dapat hari yg sama..online je...lagi la semua org suka!

    ReplyDelete
  9. Kakau macam nihlah jambangan bunga yang dijual memang tak rugi membelinya.cantik dan murah

    ReplyDelete
  10. kenapa La harini terbaca pasal bunga je. Geram tengok jambangan selambak macam tu. Takde ke sapa sapa nak hadiahkan bunga kat kita ni. Hehe

    ReplyDelete
  11. Sukalah tgok bunga2 dr flowerchimp ni..gorgeous2 belaka..cover 1 msiakan..senang lah xpyh ssh nak cari kedai kt luar..online pun boleh kan

    ReplyDelete
  12. Memang cantik gubahan bunga dia...bestnya tengok

    ReplyDelete
  13. Penghantaran percuma, bagusnya, harga jambangan pun lebih murah

    ReplyDelete
  14. Kalau buat kejutan dekat emak mesti best ni.. mak TB pun suka bunga..

    ReplyDelete
  15. Congrats to Flower Chimp, memang terbaik their service, delivery, designs and choices.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2