hai assalammualaikum

Teochew Chendul Penang Road Famous Ada di Tesco Ampang - Alhamdulillah, hujan dah mula turun dan membasahi bumi. Sejuk sikit cuaca. Sebelum ni, cuaca memang panas dan berbahang kan. Masa cuaca panas tu, nad teringin sangat makan air batu campur ( ABC ). Fikir mana nak pergi makan ye. Lepas tu haritu masuk dalam Tesco Ampang. Biasalah, tempat port pergi beli barang dapur, barang anak, barang kita, kadang saja pergi Tesco jalan-jalan..hahah. Biasalah surirumah.
Masa jalan-jalan tu nampak kedai ni. Ada cendol la..ape lagi, kita cuba makan sini. Kedai makan Penang Road Famous Teochew Chendul.

Order ABC dan Mee Kari Teochew Chendul

Masa tu tengok menu, nampak  chendul je. Jadi kita order jela, nak sejukkan tekak kan,. Ingat nak makan chendul je, tapi rasa lapar pulak. Orderla mee kari dengan mee udang. Mee kari tu nad punya, mee udang pulak suami punya.

Tak pasti chendul ke ABC, dah nama kedai chendul..hahaa..

Ni la chendul yang kitaorang order. Rupa macam ABC, ahhahaha..Tak tau la, sebab yang order suami kita, resit pulak hilang. Nampak sedap kan..tapi memang sedap..hahaa..Yang panjang-panjang tu nad rasa macam cincau. Ada letak buah, kacang merah, warna hijau tu. Pergh terbaik..

Nad rasa Penang Road Famous Teochew Chendul ni ada di Penang. Yang ni merupakan franchise dia. Sebab nad tengok dekat tv yang dia letak dekat kedai tu, menceritakan salah silah tentang Teochew Chendul ni. Pernigaan turun temurun ahli keluarga. Dah berkembang sekarang. Korang boleh je pergi tengok di https://www.chendul.my/html/ourstory.html

Mee kari

Mee udang kuah putih dengan sambal

Mee kari nad punya pekat dan sedap. Memang rasa terbaikla. Tapi Mee udang suami punya yang kuah warna putih tu lagi sedap. Tak pasti tu santan ke kot, tapi bila dicampur dengan sambal yang diletak dekat sudu tu, memang sedapppp gilerrrrrr..seriusssss..Tak pernah tengok mee kuah warna putih ni, mungkin santan ni..hahaa..Tak sangka sedap sangatt..

Give 5 star..hahah

Anak kita pun suka mee kari sini..dengan ABC dia..sedapp..hehee..

Teochew Chendul di Tesco Ampang

Sedap sangat..

Korang boleh cuba rasa, banyak lokasi francise dia ada..korang boleh tengok link http://www.chendul.my/html/location.html


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

22 comments so far,Add yours

  1. Awat mcm ABC.. Ke namanya je kedai chendul? Huhu... Tp tgk pon menyelerakan la menu dia.. Penang ni dh mcm syurga makanan da..

    ReplyDelete
  2. fuiyoo mee kari tu nampak pedas berapi betul haha. and first time tgk mee kuah putih tu heheh. well haah lah cendol dia macam abc 😅 ok la nampak mcm best jugak semua makanan kat situ 😃

    ReplyDelete
  3. Sedap tak kak nad ? Zira suka ABC cendul kurang gemar sikit Kalau makan time t/hari lagi sedap tekak rasa sejuk je kan

    ReplyDelete
  4. sedapnye tengok mee udang die...biase kat pasaray2 besar ade franchais die.bleh la try jugak ni

    ReplyDelete
  5. Omg, your food pics look delicious. This also one of my fav restaurant. I’m going to have this tonight after read your blog. 😀

    ReplyDelete
  6. Mee udang kuah putih tu CR tak pernah rasa. Nampak sedapppp

    ReplyDelete
  7. Memang nampak mee kari dan mee udang tuh kuah pekat dan sedap. Kalau pergi Ampang nanti boleh try makan ni

    ReplyDelete
  8. Sedapnya cendol dah lama tak makan teringin sangat nak cuba sini pun nampak sedap dan menarik... Mee tu pun best juga hehehe..

    ReplyDelete
  9. I like their mee kari and asam laksa also, memang wajib order chendol kan.

    ReplyDelete
  10. The white curry of the prawn noodles really look appetizing. The cendol though looks....a bit ...different from the cendol that I know. :p

    ReplyDelete
  11. Ingatkan makan kat Penang, kisahnya kat Ampang jew..hehehe. Nanti kalau sis lalu area ampang or ke tesco ampang, bolehlah singgah sini..nampak mee dia cam menarik je

    ReplyDelete
  12. teringinnya makan mee kari bila tengok mee kari dalam gambar atas ni

    ReplyDelete
  13. Wow...these foods are my fav ! Kalau dekat memang pergi sana. Love the food especially the cendol.

    ReplyDelete
  14. mi udang tu kuah putih ek.bila letak sambal jadilah merah kan. abc ke chendul tu ke nampak sedap bebenor la.tinggi menggunung bak gunung everest.

    ReplyDelete
  15. Penang Road Famous Teochew Chendul ada di Ipoh. After reading this post, I feel like going to eat there today. Ah! Sedapnya mee udang.

    ReplyDelete
  16. Adoi mommy sorang ni. Kita naik terliur la tengok semua makanan. Haha

    ReplyDelete
  17. Baca tajuk ingatkan nad mai penang sekali makan kat cawangan ja.. btw makanan kat penang memamng sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  18. I memang suka makan kat kedai ni. Senang sebab tak payah berpeluh makan kat luar

    ReplyDelete
  19. With the weather so hot nowadays I would like to enjoy some ice dessert to help ease my body heat la! haha They have so many nice Penang food to choose =)

    ReplyDelete
  20. Oh dear, your story and review is making me hungry. This is why it is fun to visit Malaysia with many good foods to find!

    ReplyDelete
  21. I suka je asam laksa !Tak sabar nak pergi try ni!

    ReplyDelete
  22. wahhh....sedapnya ABC tu...bonda mesti cuba nanti bila ke tesco ampang...diasamping pilihan makanan yang banyak...semuanya nampak sedap belaka..

    ReplyDelete