hai assalammualaikum

Drama Jangan Benci Cintaku - Tak tengok pun drama Jangan Benci Cintaku dari episod mula-mula..sebab masa tengok episod 1 macam tak best je..huhuhu.. Sekali , bila orang update selalu pasal cerita ni, tetiba pulak nak layan..hahaa. Alkisahnya selepas munculnya Husna..siapa Husna??..tertanya-tanya cerita apa diaorang tengok. Sekali tanya oh Jangan Benci Cintaku. Dari cerita yang membosankan, terus jadi best pulak ye, tu pun lepas orang update dengan nada yang marah-marah gitu..hahaa..Adala tu yang mengacau..hahah


Nad baru tengok minggu lepas, separuh cerita dah, rasa dah nak habis dah..hahaha.. Tapi dah boleh tau jalan ceritanya walau dah nak habis..hahaa..Semalam pun baru tau, kenapa Fika tinggalkan Syah, rupanya dia pergi study. Tapi kenapa Syah nak marah bebenor..gitu sekali..Lepas baca sinopsis, ok paham, perkahwinan keluarga yang tentukan, Fika pulak masih muda, dan rasa terbeban denagn perkahwinan ni. Bila dia tinggalkan suami, Syah pun ada perempuan lain. Masa tu la Fika merindui suaminya pulak. Cerita ni macam drama sebelum ni, apa ye, yang isteri tinggalkan, lepas tu kawin dengan perempuan lain..oh ye Kekasih Paksa Rela..hahaha..

Sebenarnya nad tengok kisah Jangan Benci Cintaku ni kucar kacir rumahtangga Syah dan Fika gara-gara diri sendiri yang salah dan orang luar sampai orang yang takda hubungan pun..hahaha..Nampak perangai Nek Pah yang sibuk tak sudah, bila hubungan Syah dengan Fika kucar kacir, mak Fika pun campur tangan, ye memang kesian dengan anak, tapi too much ler..Siap suruh lelaki aisng ikut anaknya ke Perth..aiyaakk..Husna Syah, Irwan pulak suka Fika, sekali denagn Syazwi tu..Lagi hebat, kawan-kawan Syah dengan Fika, yang katanya nak tolong hubungan Fika..hahaah..dasyat sangat hal rumahtangga Syah dengan Fika ni..Fika pulak, kerap la jumpa lelaki..

Memang ramai geram dengan Husna, waktak bertudung tapi nak rampas laki orang. Beria-ia suruh Syah ceraikan bini dia. Muka nampak cantik, lembut tapi perangai macam lahanat..hahaa..Ok tau ni hanya lakonan sahaja ok..hahaa..

WATAK PELAKON 
- Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
- Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
- Niena Baharun sebagai Husna
- Luqman Hafidz sebagai Faris
- Izzue Islam sebagai Syazwi
- Amelia Henderson sebagai Damia
- Daler Yusuf sebagai Irwan
- Dilla Ahmad sebagai Zaida
- Esma Dainal as Tuan Shariman
- Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
- Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin
- Laila Nasir sebagai Puan Julia
- Zul Edward sebagai Uncle Jay
- Meor Mohd sebagai Hazri
- Emelie Hanif sebagai Nelly

Nad yang tengok pun, rasa stressnyaa..hahaa..memang teruk sangat ni..Cerita dari Novel katanya ye..Katanya harini last..Jadinya siap-siap depan tv ok..hehee
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours