hai assalammualaikum


Kaunter Pembayaran Layan Diri - Benda ni dah lama sebenarnya ada, tapi baru haritu cuba nak guna..hahaa. Yela, selama ni nak bayar, beratur, lepas tu tengok jela cashier tu buat kerja dia, scan barang, bila dia sebut harga, terus je bayar..hahaa.. Yang ni pulak, kaunter pembayaran layan diri. maknanya, kau la yang kena scan barang, kaula kene tengok barang tu betul ke tak, kaula yang bayar sendiri masuk dalam mesin..gitu..



Sebelum ni ingat, kaunter pembayaran layan diri ni, untuk kad kredit je, huhu..rupanya cash pun boleh. Pertama kali guna, biasalah, terkial-kial. Huru hara juga la, dengan anak lagi..hahaa. kelam kabut, baru tau keje cashier ni nampak je mudah, tapi payah..kah..




Macam biasalah, mula-mula scan, lepas tu tengok barang tu, betul tak, harga sekali. Satu-satu buat sampai la habis barang. leps tu masukkan duit. Kalau lebih, tunggu la, mesin ni akan pulangkan duit kita..kihkih..Kalau tak pulangkan, mau ngamuk aku kat situ..haahha..

Kalau tak tau guna, ada je pekerja Tesco dekat situ akan tolong. Cepat juga guna Kaunter Pembayaran Layan Diri ni..hehe.. lepas ni boleh guna lagi..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Ya konsep ni dah lama tp kan tak semua tesco implement cara macam ni tau, sebaiknya buat untuk semua lot, senang semua orang boleh belajar guna konsep layan diri mcm ni

    ReplyDelete