Ihai assalammualaikum


Majlis Cukur Jambul Farhanah - Disebabkan tahun ni ada tiga baby lahir, jadi nad, abang dan adik cadang nak buat majlis cukur jambul sama-sama. Rancang punya rancang, kitaorang buat hari Ahad lepas. Majlis pulak dibuat dirumah adik yang baru sahaja siap. Kira buat kenduri doa selamat sekali.

Selalunya majlis macam ni, ada buat bubur candil, tapi kali ni tak buat pulak. Nak tau rupa bubur candil macam mana, korang boleh tengok di  http://www.miszrockers.com/2016/04/masyarakat-jawa-je-ke-tau-bubur-candil.html

Majlis kitaorng buat lepas solat Isyak. Semua orang surau, ayah jemput, jiran-jirn tetangga pun jemput. Malam tu memang meriah. Kalau sebelum ni ramai juga dijemput, tapi tak semeriah kali ni. Mungkim sebb yng cukur jambul sampai tiga baby..hehehe.




Masing-masing baby dipegang ayah masing-masing. Farhanah boleh pulak di tidur..hahah..budak tu makin bising, makin nyenyak tidur. Nad ngikut jela belakang, nak ambil gambar kenangan ni.


Untuk memeriahkan majlis, kitaorang ada buat tabur duit. Perkara ni memang selalu ada masa majlis cukur jambul. Nak bagi budak-budak gembira.

Selesai majlis, semua tetamu dihidangkan dengan makanan. Makanan ni semua mak nad tempah dengan orang kampung. Memang takde gotong royong sebab majlis kecik je. Taknak masing-masing penat. Kalau kenduri kawin baru gotong royong.

Makanan malam tu, nasi, lauk ayam kicap, ayam goreng, sayur, kuih dan macam-macam lagila. Paling penting ada laksa..hahah..makanan yang nad lama idamkan..hhuhu

Lagi satu lauk tak lupa semestinya kambing..

Kesian tetamu, terpaksa beratur nak ambil makanan. Kitaorang tak sangka, majlis kali ni ramai yang datang. Yang penting semua dapat makanan. Tuan rumah dapat makan sikit pun ok..

Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih pada yang hadir. Jadi, Farhanah akan dibotakkan kepalanya..hehehe
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. alhamdulillah, syukur majlis berlangsung dengan baik. membawa keberkatan untuk semua :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, boleh dah tambah lagi sorang. ehh ! hahahaha

    ReplyDelete