hai assalammualaikum
Farhanah Mula Dah Gigit Ibu Jari, Tu Maknanyaaa - malam tadi, masa nak tidur, nad perasan satu yang selama ni nad tak pernah nampak Farhanah buat, tapi malam tadi buat. Dari dia baby sampai besar memang tak pernah dia buat, malam tadi pertama kali dia buat. Farhanah gigit ibu jari dia..hah!!, adakah tu maknanya dia mintak adik..hahahhaa. Farhanah pun dah nak masuk 3 tahun. Itula orang selalu cakap, asal anak gigit ibu jari, mesti nak adik. Eh, nad tak percara bulat-bulat pun, hahaha.
hai assalammualaikum
Beli Basikal Anak Online Je Di Shopee - Basikal ni dah lama Fariza dan Farhanah nak sangat, baru bulan ni mommy daddy mampu beli. Alhamdulillha, bulan ni mommy daddy ada rezeki lebih, mommy daddy kongsi kegembiraan dengan anak-anak. Beli basikal diaorang nipun dekat shopee je, almaklumla, nak keluar rumah tak boleh, beli online jela. Hebat kan, basikal pun boleh online sekarang, senang ya.
Anak Tertelan Duit Syiling, Mommy Trauma - Macam biasa sebelum tidur, nad akan suruh anak-anak kemas apa yang diaorang sepahkan dan diaorang memang akan ikut perintah ya. Nad pulak akan siap-siapkan tempat tidur untuk kitaorang tidur. Tengah siap-siapkan nak tidur, sekali terjadi satu perkara yang membuatkan bukan nad terkejut dan trauma ye. Nad pasti semua ibu-ibu akan alami perasaan ni.
Nak dijadikan cerita, kakak Fariza kemas duit syiling dan masukkan dalam tabung. Ada 20 sen je. Nad tengah ajar anak simpan duit dalam tabung. Tabung tu pulak letak dekat almari buku khas dia. Lama dah tabung tu ada. Entah mungkin semalam kakak atau adik yang buka tabung tu.
Kemudian dia letak dekat sebelah dia untuk kemas yang lain. Masa tu memang nad tak tengok sangat adik Farhanah buat apa. Selalunya dia tolong kakaknya kemas.
Benda ni nad tak jangka jadi, sebab selama ni, tak kira kakak atau adik masa kecik sampai sekarang tak pernah la nak makan duit atau masukkan benda dalam mulut.
Entah macam mana, semalam, tengah kemas tempat tidur sekali terdengar tabung dicampak. Terus nad paling dan nak marah. Tapi nampak muka adik tertelan sesuatu. Adik dengan muka nak muntah. Paham kan bila tertelan, sesuatu tersekat dekat leher, mesti nak muntah untuk keluarkan.
Terus nad lari dekat adik, jerit ' Adikk!!!! '..terus nad tepuk kuat-kuat.. Ye sekuat yang mungkin keluarkan benda yang tersekat kat mulut adik..
Allahuakbar, takut takyah cakap la. Takut sangat. Nad tepuk, tepuk, pulpp.. Sekali hunyi duit syiling jatuh..
Nad terkejut habis.. Adikkk.. Biar betul.. Duit.. Adik ni kenapa buat macam tu.. Nasib tak jadi apa-apa. Nad tau adik paham, mommy marah. Dia nangis sekuatnya. Takut sebab tertelan dan mungkin takut sebab mommy marah..
Adikkkkk.. Mommy trauma dah ni. Ya Allah, nasib duit syiling tu keluar dik.. Apa mommy nak buat kalau tersangkut. Mommy pun dah ikut nangis. Peluk adik sekuatnyaa.. Kakak tengok pun sedih..
Terus kakak pesan kat adik ' adik, jangan buat macam tu lagi. Duit tak boleh makan '...
Sampai harini nad risau dan trauma. Semua duit nad simpan tempat lain. Nad fikir, tabung yang kakak masukkan duit takda penutupnya, sebab kakak lupa tutup. Tu adik, pergi ambik tabung, pastu dia nampak duit, konon nak main2 goncang ke muka sekali masuk mulut. Tak pun dia buat tabung tu macam cawan, buat-buat macam minum nak bagi duit kena muka, kemudian masuj mulut..
Tapi malas fikir sangat, sebab memang trauma gila. Duit kot.. Duit syiling weii.. Ya Allah... Mujur mommy nampak...mommy dah trauma..
Kita ingat anak dah besar, paham dah, tapi umur macam ni pun kene ambil langkah berjaga, lagi-lagi duit syiling.
Selamat Hari Lahir Farhanah, Anak Kedua Mommy - Tarikh 5 February, lahirlah anak keduaku yang diberi nama Farhanah Nasuha. Cerita pengalaman bersalinkan adik mommy dah cerita dekat SINI. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Haritu genap usia dia dua tahun. semoga Farhanah menjadi anak yang solehah, insan yang baik hati dan sentiasa dirahmati baik duniawi mahupun ukrawi.
Anak kedua ni lain sikit ye perangai. Boleh baca ciri-ciri anak kedua ni ni ye dekat entry sebelum ni nad pernah buat. memang lain dan unik sikit perangai dia. Akalnya panjang, dan suka berdikari. Anggap diri dah besar, padahal, awak masih baby lagi pada mommy tau..
Dari kecil tak banyak ragam, sampai la ke besar. Cuma ragam nak susu mommy je la. Masa baby nampak macam pendiam je. Bila dah besar, terus bertukar...hhaaha. Semua benda nak buat sendiri dah sekarang. Taknak mommy tolong melainkan dia tak boleh buat..hebatt budak ni. Tak kisah kalau mommy tinggal, duduk dengan daddy pun ok. Tapi tak boleh lama, masalah bila dia bangun tidur, mesti mencari..hehee..
Ada perangai Farhanah ni suka buat lawak. Reaksi dia, perangai dia..lain maciam ye..terhibur je setiap hari. Tak kisahla macam mana pun, asalkan Farhanah enjoy buat apa yang Farhanah suka. Yang penting bila salah mommy tetap marah ok..ahahhaa..Ajar dari kecil biar sedar. Tapi kadang tak dengar ye ni budak..Bila tak suka, dia takkan buat. Bila paksa suruh buat, mendengus ye..garang betul..seram sanagt kita wak..hahaha..
Mommy cuma doa, anak-anak mommy semua jadi anak yang mendengar kata ibu bapa. Tau mana baik mana yang tak baik. taat pada perintah Allah. Mommy akan didik sepenuhnya dengan baik. Kita tak cukup kaya, tapi biar kita kaya denagn ilmu, budi bahasa.
Setiap detik bersama, saat paling berharga buat mommy dan daddy. Jadi adik yang baik dan dengar cakap kakak ok..
Mommy, daddy dan kakak love you Farhanah..
Hadiah dapat kasut sport warna hijau..
Macam Ni la Anak-Anak Bila Nad Buat Kerja - Kalau sebelum kawin, nak buat kerja, nak ambil gambar job senang je..Tapi semenjak ada anak, memang struggel ye nak buat tu semua. Selalunya, kalau nak buat ni semua, tunggu anak tidur, senang takde gangguan, tapi bukan nad. Nad buat kerja masa anak bangun dan bermain..hahaa..Lain kan..terbalik kan..Boleh ke nad buat masa anak-anak bangun? Alhamdulillah, selama ni kerja masa anak berjaga, anak bermain memang mudah je, walaupun kadang diaorang kacau, tapi takdela susah mana..Lagi susah bila diaorang tidur..
Macam ni la diaorang bila nad tengah buat kerja. memang diaorang akan sibuk nak bergamabr, nak interframe orang cakap. Jadi, sebelum buat kerja, memang la kena layan peranagi diaorang dulu. Kita have fun apa diaorang nak buat. Kemudian cakap, " ok dah, mommy nak ambil gambar "..Diaorang akan faham dan main dekat tempat lain atau main dekat-dekat nad jugala. Ambil gamabr kalau diaorang baut bising pun takpe, sebab ambil gamabr kan, tak memerlukan suara.
Macam mana pulak nad buat kerja ambil video?
Hah, part buat video memang tak boleh ada suara lain, melainkan video tu memng untuk kanak-kanak. Kalau untuk sndirian, nad akan lari masuk ke bilik. Tapi masa tu memang diaorang berjaga juga. nad cuma cakap je, " korang duduk sini senyap-senyap, mommy nak buat work "..
Budak-budak sometime dengar arahan, sometime tak. Bila tak tu, diaorang akan pergi ke bilik nad. Bila dah masuk, kalau nad tak siap lagi kerja, nad akan suruh senyap. Ya, kadang diaorang paham, kadang tak. Bila dah tiga kali nad cakap senyap, mommy nak buat work, mula cakap slow, perlahan, baik hati. selepas tiga kali taknak dengar, mestilah naikkan suara..hahaha..Suara mak pun macam kartun, diaorang takut sekejap je..Pas la pulak suruh daddy jaga.
Kadang diaorang tak kacau, sebab diaorang sibuk main atau layan tv cerita kartun kesukaan diaorang.
Nad memang tak dapat buat kerja masa diaorang tidur, sebab, bau seorang mak ni kuat tau bagi diaorang. asal nad takde dekat sebelah, mesti diaorang akan terjaga dan menangis. Memnag satu kerja pun takkan jalan kalau diaorang tidur. Satu hal la kalau diaorang terjaga nak tidurkan balik..Memnag lambat tau..
Sebab tu, nad lebih pilih untuk buat kerja masa diaorang tengah berjaga, bermain, layan tv. Macam si kakak, Fariza dah paham dah. Adik pulak akan ikut apa kakak buat...hehee..
Mungkin orang lain, susah nak dapat idea dengan keadaan yang bising. Tapi untuk nad, alhamdulillah, dapat idea selalau walaupun adik beradik tu tengah bergaduh ye..hahaha..
Kadang tengah susukan adik, dapat idea menulis. Hah, macam tu la nad buat kerja sejak ada anak ni.
Anak Nombor 2 Seorang Yang Cool, Tapi..- Jarang sangat cerita pasal Farhanah ni. Farhanah, anak nombor dua, yang banyak perangai. Kebanyakannya dia akan tiru kakak dia. Tapi dia juga ada perangai tersendiri. Setiap hari, ada je benda baru yang dia buat dan mencuit hati. Tapi apa yang nad tengok, Farhanah ni seorang yang cool dan relaks je. Bukan seorang yang kuat menangis macam kakak dia. Paling tak boleh tahan, kuat pembuli ni..hehee..Selalu juga dia buli kakak dia.
Bila berebut benda, memang si adik ni takkan mengalah. Berebut juga sekuat hati nak dapatkan benda tu. Bila dah dapat, kakak semestinya akan nangis, tapi adik, akan pergi macam tiada apa yang berlaku..hahaha. Tapi sebagai mak, nad akan ajar, supaya main sama-sama dengan kakak, atau kalau dia buat salah, perlu mintak maaf dan sayang orang tu. Farhanah memnag akan buat apa yang disuruh.
Lagi perangai Farhanah ni, dia kuat memberontak dan cepat marah. Macam kakak usik sikit, atau nad usik atau daddy usik, mesti akan mendengus keluar suara marah dengan memek muka yang garang..Yang tu tak tau dari mana dia belajar marah macm tu..ahhaa..Lawak kadang-kadang dia ni..Kadang siap cakap "NO"...perghh tatut kita wak..
Farhanah ni cepat belajar. Dia cepat tangkap apa yang dia nampak. Apa kakak buat, mesti nak tiru, esok lusa , dia buatla sendiri..
Banyak juga la perangai dia ni, ada juga yang memang menghiburkan hati.
Tapi...hah, ada tapinya..
Farhanah ni takut dekat orang. Memang ni selalu menjadi masalah nad. Lari sikit dari dia terus melalak bagai nak rak. Orang nak sentuh pun masam mencuka je.
Farhanah ni juga kuat merajuk, dan kuat terasa hati. Kene tinggal sikit dah merajuk..hahaa..Mulut pula mencebik macam itik..hehee..
Tapi dalam peranagi pelik dan unik dia, Farhanah ni seorang yang manis sangat..hehee..Kalau senyum, adoii cair je..
Ni antara sifat anak nombor dua..
Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab
Neutral
- perangai unik/pelik dari adik beradik lain
- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang
- survivor
Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
- rasa tersisih dan terabai
- mudah mengalah
- degil/keras kepala tapi masih terkawal
- suka buli adik lebih kecil
- pendiam
- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
- suka pendam perasaan
- sukar untuk difahami
- suka menyendiri
- pentingkan orang lain dari diri sendiri
- suka tarik perhatian
Adalah sikit dekat Farhanah. Tunggu besar lagi muncul la perangai dia yang baru.seronok dapat tengok anak membesar depan mata.
Fariza dan Farhanah Tak Berkesempatan Nak Kenal Dengan Nenek Timah - Untuk pengetahuan korang, nenek timah ni ialah mak kepada suami iaitu mak mertua nad. Dia meninggal selepas 4 bulan kami berdua bertunang. Hint arwah mak mertua bagi, suami cerita " senang la lepas ni dah ada orang jaga kau, mommy dah tak risau "..( inagt-ingat lupa suami cakp, tapi lebih kurang macam tu la).. Suami pernah cerita, kalau dapat cucu ( dari aku dan suami) , dia nak jaga cucunya tu, taknak kerja dah. Arwah mak mertua memamg jenis suka buat kerja, dia tak suka berehat. Dia ada niaga air dekat pasar. Tu la kata-kata dia yang dia cakap dengan suami.
Dari cerita jiran, arwah mak mertua memang bagus dan baik orangnya. Bab agama bagus, mengaji bagus. Jiran belajar mengaji dengan arwah mak mertua la. Mengurut pun pandai. Kira semua ok la. Takde yang tak ok. Nad berkesempatan berborak dengan arwah sekejap je. Teringat lagi masa pergi beli barang hantaran dekat nilai, arwah mak mertua pandai nego.. Sehabis daya dia nego harga.. Hahaha. Ada je nad pernah cerita pasal arwah. Boleh klik
- TIADA PANGGILAN MAMI LAGI BAGIKU..=(
- KENANGAN BERSAMA ARWAH MAMI
- JIKA DIA ADA PASTI LAGI MERIAH
Bila kitaorang dah dapat anak, anak tak dapat jumpa nenek Timah. Hanya gambar je boleh ditunjuk. Seperti biasa, Fariza sekarang dah banyak bertanya. Jadi, bila kita cakap pasal nenek Timah, mulalah dia tanya banyak soalan.
Haritu, masa bulan Ramadan, bawakla adik dengan kakak ni pergi kubur nenek Timah. Fariza cuma tau nenek Tipah je, ( mak nad )..Bila cakap " Fariza siap, kita nak pergi rumah nenek "..seronok dia sebab ingat pergi rumah nenek Tipah. Bila sampai kubur terus cakap " mana rumah nenek mommy"..nad jawab jela " ni la rumah nenek"..Ni nenek Timah, dia dah takde.
Budak dah makin banyak tanya, akan tanya dan tanya. " Mana nenek mommy".."kenapa dia sakit mommy".." sakit apa mommy"..dan banyak lagi la.. Nak bagi faham, nad akan layankan je apa dia cakap. Walaupun nad tau dia masih tak faham lagi.
Muka Fariza, hampir sama dengan arwah mak mertua. Ramai cakap, kalau arwah ada lagi, mesti dia sayang sangat dekat cucu dia ni. Nad boleh bayangkan.. Tapi semua tu tak dapat.. Setiap hari nad akan ajar anak doa untuk nenek mereka. Nanti dah besar, dia pahamla. Al-fatihah untuk arwah mak. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman.
Genap Setahun Usia Farhanah 5 February
Selamat Hari Lahir Farhana - Tarikh 5 February, genaplah setahun usia anak ku yang kedua, Farhanah Nasuha. Memang kitaorang suami isteri rancang nak anak kedua, untuk bagi Fariza kawan. Itu pun bila usia Fariza nak masuk dua tahun. Teringat masa nak lahirkan Farhanah, sakit dari rumah mak. Kejap sakit kejap tak. Mula-mula sakit sikit-sikit je, lepas tu tengah malam, sakit sangat, mujur kakak masa tu dah masuk tidur. Malam tu call mr mafia suruh ambil bawa pergi hospital. Hospital pilihan kitaorang Hospital Shah Alam sebab dekat sikit dari rumah mak. Dalam perjalanan ke hospital memang dah sakit sangat, genggam tangan mr mafia ( dah macam dalam drama). Tarik nafasa, hembus, tarik nafas, hembus..hahaa. Mr mafia pulak bawa laju, tapi bila ada bonggol, ken aperlahan, takut terberanak pulak dalam kereta..kihkih. Cerita pengalaman bersalinkan Farhanah, korang baca la dekat link ni ( Farhanah Lahir Ke Dunia )Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah masuk setahun dah usia Farhanah..nampak tak sekejap betul. Alhamdulillah, dari dia lahir sampai sekarang, memang mudah nak jaga dia. Allah bagi nad anak yang mudah dijaga. Sepanjang jaga dia, takda la susah sangat, nad banyak juga berehat. Sampai sekarang, memang dia seorang budak yang baik dan mudah dijaga..hehee.
Orang cakap, anak kedua ni berbeza sikit, lebih lasak, lebih banyak buat hal la..hahaa..Tapi biasalah kan, setiap anak perangai mesti lain-lain, takkan sama. Sedangkan nad dengan adik beradik pun memang lain-lain perangai. Farhanah Nasuha, bukan setakat mudah dijaga, malah cepat belajar. Usia dia 10 bulan, macam-macam dah dia tunjuk perkembangan dia. Memang cepat dari kakak dia.
Adik masa kecik, dia jenis mengutip, sampai sekarang nampak apa mesti masuk mulut, pulak tu semua cepat buat. Jenis budak, kadang-kadang dia satu-satu ambil masa, mula meniarap, merangkak, berdiri dan berjalan. Tapi Farhanah, dia terus, dari meniarap memang mula-mula, lepas tu terus merangkak dan berdiri..hah, macam tu. Lepas dah berdiri terus berjalan. Dia tak ambil masa lama, laju dia ni. Bukan tu je, masuk 10 bulan dah pandai panjat tangga, panjat kerusi, naik atas meja..dasyat sangat..Nad yang pening..hahaa. Kalau dengan dia, memang tak boleh biarkan.
Farhanah, selalu usik kakak dia, kacau kakak dia, kakak marah mana pun dia akan kacau lagi..ahaha..Sebenarnya nak bermain denagn kakak, tapi tak tau lagi macam mana..Kakak kalau mood baik, layan adik baik, macam kaan, kalau mood tak baik, hah amiklaa..
Nad syukur, dapat anak-anak yang behave bila keluar..Dulu Fariza bawa keluar pergi event pun behave, sekarang adik pun bawa pergi event behave juga. Hah!!, senang keje mommy tau. Pergi berdua je pun takpe..hehe.
Banyak sebenarnya pasal Farhanah ni, hahaa..tapi nad boleh cakap, adik memang memudahkan dan tak banyak hal.
Mommy doakan Farhanah membesar dengan baik, jadi anak solehah dan sentiasa dengar cakap mommy dan daddy. Semoga apa yang mommy dan daddy ajar adik, adik akan ingat dan dengar. Love you..
Farhanah Ada " Peneman " Dia Ke?? - Tiba-tiba malam ni nak cerita seram pulak..hahaa..Seram ke, takda la seram sangat. Mulanya fikir, budak nak membesar, jadi macam-macam perangai dia keluar. Tapi bila cerita dengan adik beradik, mulalah diaorang buat cerita seram..huh..Kita pun malas nak fikir, tapi takut-takut juga ni..hahaa. Kejam sungguh adik beradik kita tau.
Ceritanya kelmarin, nad dekat dapur tengah masak. Farhanah duduk juga dekat dapur, tengah seronok "kemas" pinggan mangkuk. Lepas tu nad pergi ke depan sekejap, tengok phone. Takdela lama sampai 15 minit, dalam 3 ke 5 minit macam tu. Lepas tu, ke dapur semula. Tengok-tengok si adik takda. Mula la dah cuak. Panggil-panggil dia " adik, adik".."Farhanah, Farhanah "..Cari dekat bilik air, sebab dia akan cari nad dekat dapur, tak pun bilik air. Tengok takda. Tengok dekat jamban, takut masuk dalam lubang jamban ke..Allahuakbar jauhkan..Tengok-tengok takda.
Pergi ke ruang tamu semula, panggil " adik, adik "..kot mana tau dia dah ke depan tanpa kita sedar. Tengok-tengok takda. Ok, jantung dah laju, dah nak nangis ni..Rasa nak telefon mr mafia dah. Tapi, tiba-tiba nad terfikir satu, adakah dia naik tangga pergi atas?
Nad naik tangga, panggil " adik, adik "..Sekali, keluar satu kepala dari bilik..Terus nad "Adikkkkkkkk"..korang paham-paham jela macam mana perasaan tu. Ya Allah, dia naik tangga. Tangga dekat rumah nad ni memang tinggi, hanya orang yang pernah datang ruamh ni je tau tangga tu tinggi macam mana. Ya Allah, nasib adik takda apa-apa.
Yang membuatkan nad terfikir, Farhanah memang tak pernah nak naik tangga. Pernah dia tengok kakaknya, atau nad naik tangga, tapi tak selalu, dan dia pernah cuba nak naik, tapi patah balik semula sebab macam takut atau was-was. Tak sangka, kelmarin, tinggalkan beberapa minit dah sampai atas , siap masuk bilik. Hanya beberapa minit. Laju betul.
Dan hairannya, masa dia naik, nad tak dengar langsung bunyi tapak kaki dia naik. Tangga ruamh nad jenis kayu, kalau orang turun memang akan dengar walaupun tak kuat. Perkara terjadi bukan dekat adik sahaja, malah kakak dulu umur setahun pundah naik tangga sendiri, senyap-senyap, sama situasi macam adik. Nad pernah cerita dalam blog ni. Klik entry Terima Kasih Fariza
Bagitau la dalam group keluarga. Mulalah abang buat onar. Kata Farhanah ada "kawan"..kakak terus sambung , terus direct cakap hantu..ciss kuang asam..menciklaaa..
Takpa kita fikir positif..Farhanah dah besar. Anak-anak nad memang pandai bawa diri..huhu..Dahla haritu Farhanah jatuh buaian..haishh..lasak sangat budak sorang ni.
![]() |
Bukan Kembar tapi Macam kembar |
Bukan Kembar Tapi Macam Kembar - Siapa tak teringin anak kembar kan. Nampak best je, seronok, sebab apa-apa buat bersama. Pakai baju sama. Nampak sweet, nampak geram je. Macam kawan nad, dapat anak kembar seiras perempuan. Comel je tengok anak kembar dia tu. Tapi jangan tak tau, dalam seronok, sebenarnya payah oo nak jaga.
Sejak ada adik ( Farhanah ), kakak ( Fariza ) happy la sikit sebab dah ada kawan. Tapi kadang tak juga, sebab dia ingat adik lebih suka kacau dari nak main dengan dia..hahaa. Adik kecik lagi la, mana paham kakak main apa. Adik pulak, memang suka nak main dengan kakaknya, sebba dia tau, yang sama budak macam dia, cuma kakaknya..Apa kakaknya buat, pergi mana, dia pun nak join. Dah macam kembar je tapi bukan kembar..hehee..
![]() |
sayang ke tuuuu |
Sebenarnya, memang nad dah taknak bagi kakak susu badan, sebab nak ajar dia minum susu tepung. Memang dah ajar, dan dia paham. Tapi kadang-kadang tak boleh, sebab dia nampak adik dia sus badan. Jadinya dia pun nak. Kadang nad abaikan je,tapi kadang terpaksa, sebab pening bila dengar dia menangis. Bila dah dua-dua susu badan, paham jela, dah macam kembar je anak nad ni. Seorang susu sebelah kanan, seorang susu sebelah kiri. Tak larat uii..Macam mana kalau kembar tu..ahhaa.
Baju diaorang kadang sama, kadang cuma sama warna je atau corak.
Korang tengokla aktiviti diaorang ni, kan dah cakap si adik ngikut je apa si kakak buat.
![]() |
Ikut juga, seorang terkeluar sorang lagi pun keluar, ni nad tengah buat kerja, tengok2 dah kat luar tilam |
![]() |
Tidur pun gaya sama |
Tapi yang kelakarnya, tidur pun kadang boleh sama...hahaha. Sweet je tengoknya..
Fariza ni sebenarnya dia ambil berat dekat adiknya. Kadang dia jaga adiknya, sayang sampai tak bagi dekat orang (acah-acah nak bagi dekat orang )
Teringin nak kembar, tapi nad dah dapat rasa macam mana kembar tu bila dijaga..hahahaha..
Ihai assalammualaikum
Majlis Cukur Jambul Farhanah - Disebabkan tahun ni ada tiga baby lahir, jadi nad, abang dan adik cadang nak buat majlis cukur jambul sama-sama. Rancang punya rancang, kitaorang buat hari Ahad lepas. Majlis pulak dibuat dirumah adik yang baru sahaja siap. Kira buat kenduri doa selamat sekali.
Selalunya majlis macam ni, ada buat bubur candil, tapi kali ni tak buat pulak. Nak tau rupa bubur candil macam mana, korang boleh tengok di http://www.miszrockers.com/2016/04/masyarakat-jawa-je-ke-tau-bubur-candil.html
Majlis kitaorng buat lepas solat Isyak. Semua orang surau, ayah jemput, jiran-jirn tetangga pun jemput. Malam tu memang meriah. Kalau sebelum ni ramai juga dijemput, tapi tak semeriah kali ni. Mungkim sebb yng cukur jambul sampai tiga baby..hehehe.
Masing-masing baby dipegang ayah masing-masing. Farhanah boleh pulak di tidur..hahah..budak tu makin bising, makin nyenyak tidur. Nad ngikut jela belakang, nak ambil gambar kenangan ni.
Untuk memeriahkan majlis, kitaorang ada buat tabur duit. Perkara ni memang selalu ada masa majlis cukur jambul. Nak bagi budak-budak gembira.
Selesai majlis, semua tetamu dihidangkan dengan makanan. Makanan ni semua mak nad tempah dengan orang kampung. Memang takde gotong royong sebab majlis kecik je. Taknak masing-masing penat. Kalau kenduri kawin baru gotong royong.
Makanan malam tu, nasi, lauk ayam kicap, ayam goreng, sayur, kuih dan macam-macam lagila. Paling penting ada laksa..hahah..makanan yang nad lama idamkan..hhuhu
Lagi satu lauk tak lupa semestinya kambing..
Kesian tetamu, terpaksa beratur nak ambil makanan. Kitaorang tak sangka, majlis kali ni ramai yang datang. Yang penting semua dapat makanan. Tuan rumah dapat makan sikit pun ok..
Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih pada yang hadir. Jadi, Farhanah akan dibotakkan kepalanya..hehehe
Dua Tilam Pun Dia Mampu Lepas Sampai ke Lantai - Budak bertuah ni dah start maju ke depan. Kadang baru letak je dah sampai ke lantai. Adik Farhanah, hang melompat ka!!..hhhaaha..adoyai anak. Farhanah start 4 bulan dia dah meniarap, dan 5 bulan terus maju ke depan. Mula letak satu tilam, tapi tengok asyik jatuh ke lantai je, masalahnya, bila dah sampai lantai, takdela dia nak nangis macam kakaknya dulu..hahaa..Farhanah jenis cool dan relaks je..jatuh pun masih boleh sambung main..hahaa..Nad yang terkejut tengok..
Disebabkan kerap dia sampai ke lantai, nad letak tilam lagi satu. Tapi tetap sama boleh dia sampai ke lantai. Anak aku sorang ni, lain pulak perangainya..hahaa. Jarang cerita pasal Farhanah ni, sebab dia cool sangat..hahaha.. Tak tau la dah besar macam mana nanti..Kalau menjerit, dia la paling kuat. Tengah malam pukul 3 pagi memang dia bangun, lepas tu ajak borak..ni yang pening. Cakap sorang-sorang, nad dah tak larat nak layan.
Farhanah ni dengan kakaknya je dia nak gelak sakan,,dengan mommy daddy dia kurang sikit. Nampak mommy dia, cuma nak susu je. Tu la nampak dia senyum berkobar..hahaa
Ramai cakap, Farhanah sama muka dengan Fariza. Dah adik beradik kan, tapi nad sendiri tak nampak mana muka dia yang serupa..hahaa..Nad kalau nak tengok, tengok balik gambar Fariza masa kecik..hah!!, taula sama ke tidak..hahaha.
Farhanah ni lahir lagi besar dari kakak dia. Memang kalau angkat dia, keras badan dia, kaki berketul-ketul macam ayam KFC. Orang cakap muka dia manis..hahaha..entahla..Yang Nad tau Farhanah
lagi putih dari kakak dia..hahaa.. Nad minum Kitsui Whitening masa pregnant..hahaha..Jatuh ke anak. Bulan depan dah mula makan. Cepat je..ahaha..mulut dia sekarang dah terkumat kamit bila nampak orang makan..hehee
Sejak ada Farhanah, Fariza mainla dengan adiknya ni sekali. Motif pun sebab nak bagi kawan dekat Fariza..hahaa. Lepas ni kita berehat sekejap ye..hahaa..Stabilkan kewangan dulu, besarkan diaorang dulu. Nak tambah kemudian..hehee..
Selesai Sunatkan Farhanah - Kelmarin, Farhanah dah disunatkan. Nad memang akan sunatkan waktu diaorang masa kecik lagi, senang takdela meronta ke ape. Sunat orang perempuan ni sakit sekejap je.Nad akan uruskan semua sebelum balik kl, senang dah nanti.
Kalau dekat Meru Klang ni, nad pergi Klinik Adibah Kapar, sebab dekat situ tak perlu appoitment atau ada hari-hari dia ke. Datang terus cakap nak sunatkan anak, nanti daftar la. Tunggu nama dipanggil, masuk dalam dan baringkan anak. Yang uruskan doktor perempuan, baik je doktornya. Tak cakap banyak pun. Cakap nak sunatkan anak, sia suruh baringkan. Nanti dia sunatkan la.
Bab sunat ni memang nad tak datang dekat anak. Ngeri nak tengok, nad serah dekat nenek dia la..hahaa. Sepatutnya kena tau sunat anak perempuan ni macam mana, tapi uishh takleh nak tengok..hahaha. Mak cakap, ala dia gunting sikit je dekat tengah-tengah tu..hahaha. Ok nalas nak bayangkan. Masa kakak Fariza pun nenek yang pegang anak..kihkih..
Sekejap je sunat. Nangis sekejap la si anak tu. Dah sunat, boleh bayar dan balik. Harga sunat anak perempuan dekat Klinik Adibah Kapar RM20. Tak tau la tempat lain. Bila dah tau klinik tu, pergi situ jela kan. Buat apa susah-susah cari tempat lain.
Kalau orang laki, dah sunat cakap dah boleh cari awek, kawin, perempuan kalau dah sunat, dah jadi anak dara..hahaha..huishh tunggu besar ye Farhanah. Jangan gedik lagi..
Sayang, Tapi Tak Tau Macam Mana Caranya - Sejak akhir-akhir ni, nampak dia mula sayang adiknya. Bila adik nangis, dia datang suruh diam. Kadang cium adiknya. Tapi cara dia tu macam ganas sangat,..hahaha. Mungkin Fariza dah tau, dia dah jadi seorang kakak, dan dia dah ada adik. Sebab hari-hari nad sebut dekat dia " kakak, kakak Fariza, ni adik Farhanah "..mungkin dia dah dapat tangkap dah..hahahha..
Nad tak jemu ajar dia sayang adiknya. Setiap hari akan buat benda sama, biar dia tau apa yang perlu dia buat. Ingatkan dia sekarang dah jadi kakak. Bila adik nangis, nad akan surih Fariza, usap kepala adik, suruh pokpok. Yang kelakarnya, kadang Fariza siap nyanyi lagi. Lagu " johnny johny yes papa " juga dia nyanyi..ayoyo..hahaha.